3 minggu berkursus, balik je ofis ~ komputer ofis rosak! aduuuuuuhai lenovo... ntah apa-apa! da masuk bengkel utk repair. today kena bawak lappy utk siap kan keje tertangguh selama 3 minggu ituuuu... lagipun, bosan nanti tanpa komputer kat ofis yg memang da sedia bosan nih!

lebih kurang 21 hari nak sampai ke due date. seronok nyerrr! as at now, everything da 80% ready. termasuk la mental & fizikal ku :) baby dlm perut pun da amat aktif. perut tak berhenti bergerak! terkejut-kejut dibuatnya. kakak-kakak pulak amat excited tgk perut ibu bergerak hi hi hi... diorang pun da sibuk menghitung hari kelahiran adik baby ni.  

badan da sakit-sakit. pinggang da macam kena tarik! terutama mlm. skang ni melaka tiap hari hujan start dari nisfu sya'ban ari tu, sejuks! so, malam hari si ibu ni da start ngeluh sana, ngeluh sini dek kerana sakit pinggang yg amat tak tertahan... nurin and syuhada peneman setia. tolong pijak kaki, tolong urut belakang... bleh la diharap meskipun still naughty and sepahkan umah hi hi...

ada la 1-2 malam lepas, kami anak-beranak borak pasal baby. tiba-tiba ~ "dlm perut adik ni pun ada baby, nanti baby adik kuar kat pusat..." syuhada cakap. saya pun tergelak ha ha ha... takpe la dik, nanti da besar, adik tau la ye. tak kuasa ibu nak explain :)

ok la. post ni takde gambo sebab si ibu ni malas nak upload gambo. bleh gitu? hi hi hi... byk aktiviti keluarga, but nak upload tu yg eden lomah... nak online shopping jap, kalau ada berkenan di hati :)



p/s : korang nak tempah kuih raya? or... korang buat sendiri ekk? baju raya keluarga korang da complete? rumah da kemas? ada ke beli perabot baru? hi hi hi... 

Photobucket