Monday, July 02, 2012

JOM KITA PACK BEG GI HOSPITAL :)

rutin biasa seorang ibu yang sudah sarat mengandung. menghitung hari, detik demi detik. sambil tonton tv, dok pegang perut kira gerakan baby. best! baby yg ni memang sgt aktif bermula dari usia dia 20 minggu. gerak-gerak sakan. i like!!!

jgn lupa... ari ni adalah hari pertama dlm minggu ke 36 saya pregnant :) semua sihat ~ ibu dan baby... alhamdulillah...

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.) 

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.


checklist ni berdasarkan pengalaman sendiri ~ ni nak sambut anak ke3 la kata kan hi hi hi...


BEG 1 - bilik bersalin

buku pink ibu & GL
pek lengkap bersalin * beli kat poliklinik RM15
maternity pad – 2 pcs
 shampoo head to toe Carrie Junior (kecil)
seluar, baju, mittens & stokin for baby – 1 set
tuala mandi baby
selimut baby (hooded)
diaper – 2 pcs

BEG 2 - ward

t-shirt ibu
kain batik
maternity pad - 1 pek
stokin
selipar
tuala mandi
baju sejuk
tudung hitam
toiletries ibu - cleanser, toner, body shampoo, berus & ubat gigi
bra & panty
air zamzam
air suam
biskut lemak
seluar, baju, mittens & booties for baby - 3 set
topi baby
minyak yuyi
diaper - 5 pcs
botol susu kecil
pot isi susu tepung baby
puting baby
losyen mustajab pati halia
camera * charge penuh!


rasa nyer mcm da masukkan semua yg penting dlm list... hmmmm.... "ok aida, start packing dan jgn lengah-lengah!" moga Allah permudahkan segalanya buat saya dan husben...


Photobucket

5 comments:

  1. semoga selamat hendaknya...

    ReplyDelete
  2. wow excited kan nak sambut org baru, akak tumpang happy n berdoa semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  3. WAH DH SIAP NI..MIA PUN LUM SEDIA..GD LUCK

    ReplyDelete
  4. hhhmm... tahun lepas aku.. tahun ni ko punyer turn.
    semoga mama & baby selamat...
    amin.

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan semuanya aida..take care

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)