alhamdullillah, nurin sukses dlm perjalanan puasa nya di hari pertama. meskipun jam 1 ptg tadi dia sibuk la bertanya, "bila la nak malam nih?!!" berulang kali juga nurin bertanya. saya & mr.ayah hanya buat don't know je. tak mau layannnn... as for adik syuhada, dia tewas! jam 1.30 ptg dia minum susu di bilik belakang & 1 pek cikidis... hmmm...

kul 4.45 pagi tadi memang both of them dikejutkan utk bersahur bersama ~ nasi, milo panas, sambal goreng kentang & telur goreng. syuhada makan abis!!! nurin yg separuh jalan makan tak abis, tak selera kot nurin. tapi, syuhada yg kantoi awal :)

ni gambo diorang kul 6 ptg tadi.
kakak nurin buat-buat tido ~ konon nyer penat ler tu pose!
adik syuhada peluk kakak ~ konon romantis ler tu ... hi hi...
(sila abai kan tilam yg tidak bersarung ~ tukar cadar di hujung minggu)

maka spt dijanjikan ~ kakak dpt RM5 dan adik dpt RM2 saje (half day!)... upah menggalakkan berpuasa cukup sehari. praktis meks perfek kan?

bagi saya, aduuuuuuhai! sakit pinggang memuncak lebih kurang kul 11 pagi tadi. langsung tak boleh jalan. saya memang tak puasa, takut if terberanak tiada tenaga. so, terus mr.ayah panaskan sambal & nasi, saya lunch. minum nestum... alhamdullillah...

ptg tadi, gi jap bazar ramadhan dekat dgn umah je. hmmmmm saya langsung tak boleh jalan laju. setapak... setapak... setapak yang menyakitkan. rasa-rasa nyer baby da penuh kat area bawah ni. naik pening nak abiskan satu bazar ramadhan yg kecik tu hi hi hi... aduuuuuuuhai! sok lusa and seterusnya, tak payah la nyusahkan diri & mr.ayah sibuk nak gi bazar ramadhan hi hi hi... 

~ saya berjaya ~


syuhada yg naughty ~ separuh hari !!!

menu berbuka kami 1 Ramadhan...
mr.ayah yg masak tau !

bila la nak bersalin ni?
esok da cuku 39 minggu.
badan ku amat tak sihat dah... hu hu hu...

Photobucket