pagi ni gi spital cek-up & injection izzat 1 bulan. izzat sihat ~ berat 3.86kg. alhamdullillah. naik 1.06kg sejak hari lahir dulu, sihat... aktif...

semlm izzat byk buat perangai! asyik nangis je, mcm tak puas susu pun ada... mcm sakit perut tak lawas berak pun ada! but, berak ok je. perut tak kembung. bird pun ok je ibu cek... aduuuuuhai. semalaman ibu & ayah tak tido dibuatnya. ada ke patut, kul 5 pagi baru dia tido. tu pun selepas menangis sepuas-puas hati hingga takde suara! mamai ayah dibuatnya di ofis hari ni.

perangai baby nak tukar bulan kot? hmmmm... 

berat aku plaks ~ 54.7kg. alhamdullillah, lebih ringan daripada sebelum pregnant iaitu 58.5kg!!! yes... aku memang gemuk berat. sejak plan nak pregnant awal tahun 2010, memang da tak jaga badan, belasah je nak makan pe pun hi hi hi... badan memang naik berat nyer! tak sangka plak susah nak pregnant, kan?

memang cita-cita aku pasni nak teruskan usaha diet! nak kurus??! tak la sgt sebab sedar diri yg nak kembali kpd berat asal time anak dara dulu amatlah mustahil. diet utk tak gemuk dan sihat. agar hari tua nanti tak le kena usung 1 bakul ubat ~ diabetes, darah tinggi, jantung problem, etc. 

dan aku rasa time berpantang ni ada titik mula yg paling tepat dan bagus. tak bleh makan tu... tak bleh makan ni... dok hadap makanan @ menu yg sama dan memboringkan. jadi nyer, selera kita tu kurang. makan pun slow... tambah pula pakai bengkung, ikat ketat hingga susah nak bernafas!!! if kita da terbiasa... perut pun tak meragam if kurang makan... ok la tu if diteruskan.

harap le aku dpt merealisasikan cita-cita murni ni. jgn cakap tak serupa bikin je yg puan aida :)

dpt kurangkan kpd 50kg menjelang 26.10.2012 (tarikh naik keje ~ after cuti bersalin 3 bulan) nanti pun orait. segak le skit balik ofis hi hi hi...

perancangan menu aku lebih kurang gini le :-
breakfast - horlicks cereal 3 in 1 / nestum 3 in 1 minum panas-panas!
lunch - mesti makan nasi, tapi skit le. lauk lebih. 
tea time - buat air panas lagi. mana-mana yg teringin le seperti menu breakfast di atas. kopi o pun best gak cicah biskut kan?
dinner - skit nasi dan lauk...

nak lebihkan protein, kurangkan karbohidrat... minum air suam tak kurang 1.5 liter...
pagi & malam - telan 3 biji jamu bersalin mustika ratu yg tersedia ada hingga abis...
petang - half an hour before dinner kot or earlier, minum secawan jamu tea mustika ratu.

gitu la perancangan nyer. nak disiplin kan diri. insya'Allah hari ke 51 berpantang nanti nak start sauna setiap pagi. bilik belakang tu penuh dgn barang-barang! nak kena kemas skit-skit and beri ruang utk letak set sauna.

Photobucket
da lama tak sauna sejak plan nak pregnant... rinduuu!
awal-awal tu sauna 15 minit dulu. if da ok, up kan kpd maksima 30 minit.
guna wap biasa dulu. sebab lom beli herba sauna. tak pasti nak beli herba yg mana satu...

cuba dulu gitu-gitu tanpa guna apa-apa produk kurus. harap nyer sukses! mak aku da bising dah suruh beli gamogen la... umaira la... pe pe vitamin. mak kata, kena makan utk tenaga dan kesihatan perempuan. lom plan nak beli pe pun. nanti ler dulu after abis pantang baru fikir :)


Photobucket