yes! holiday yg ni adventure...
holiday naik bas KL hop-on hop-off city tour :-)

ni citer minggu lepas, 1 minggu saya amik cuti sempena ada 2 cuti umum ~ deepavali & Maal Hijrah. and memang da plan kali ni just nak jalan-jalan kat KL. kakak saya yg suggest kita ronda KL naik hop-on hop-off ni. teringin nak naik after tgk program meletop kat astro ria ~ azwan ali pakai rambut afro pink :-)

isnin ~ 12.11.2012...
pepagi kami nak bangun, ready... anak-anak amat excited! saya, asben, nurin, syuhada, kakak-kakak saya & 2 orang anak buah... seronok!!! izzat terpaksa tinggalkan dgn emak & abah saya. takkan izzat tahan nanti naik turun bas. sian dia nanti...

dari rumah kakak di usin onn, kami ke stesen komuter serdang. kami plan nak ke KL sentral and tangkap bas hop-on hop-off tu kat situ. mudah skit nak balik nanti, kan :-) park kereta pun kat area stesen komuter serdang tu. berduyun-duyun la kami sekeluarga berjalan kaki memulakan holiday adventure ni...
seawal jam 8:36 pagi anak-anak ni da posing kat stesen komuter. baby amrina dan baby izzat kena tinggal sebab belum cukup umur!!! dari kiri ~ muhammad, ayuni, syuhada & nurin ~






wajib ler posing dgn ibu :-)

dari komuter serdang, kami ke KL sentral. dapat la anak-anak ni buat bising dalam komuter plak :-) macam-macam pertanyaan sewaktu beberapa minit dalam komuter tu! kami breakfast kat KL sentral dulu, makan banyak-banyak...
sempat le bergambo juga di kolam kat KL sentral tu sempena deepavali the next day... hampir-hampir muhammad nak 'terjun'ke kolam tu hi hi hi...
kitorang tunggu bas kat sini. ni la landmark bus stop for hop-on hop-off :-)

ni la dia KL HOP-ON HOP-OFF CITY TOUR bus :-) open deck dia skit je kat belakang tu hah...

"weolls happy sgt...!




änak-anak ni happy sgt !

experience yang tak bleh dibeli la. first time dlm idup saya naik bas 2 tingkat dan ada open deck gitu. laju plak tu. sib baik kitorang naik tu on monday ~ working day. tak la ramai sgt orang nak naik bas tu. dan alhamdullillah, KL pun tak trafik jem! may be sebab kami dpt naik bas ni early in the morning, trafik orait.

panas??! memang panas terik. terutama time bas tu stop 10 minit kat istana negara yg baru tu. tourists mostly turun utk amik gambo kenangan. weolls semua releks la je dlm bas. kakak saya hingga buka payung le katakan... panas terik!!! sib baik ada dect tertutup, ada air-con :-)



tiket utk dewasa ~ mesti bawak mykad!!!

tiket kanak-kanak ~ mesti bawak mykid!!!

atas tu harga tiket. kami beli tiket 24 jam saje. hopefully dpt naik dari pagi hingga ke petang la je kan. bas ni beroperasi 8.30 pagi hingga 8.30 mlm saje ye. tak payah cari kaunter nak beli tiket. tunggu saje kat bus stop nyer, beli tiket atas bas je. mudah!


ni la map perjalanan bas ni... jgn risau! kat atas bas tu nanti ada booklet informasi. kita boleh baca lepas ni kita akan berhenti di mana... apa tarikan ada di situ... nak hop-off ke tak... decide sendiri... pada pendapat saya, 1 hari tak cukup if nak hop-off more than 3 tempat. kena consider trafik di KL juga. faktor cuaca lagi, kan... advisable if korang holiday ke KL, beli la tiket 48 jam ~ korang bleh sambung naik bas ni tomorrow morning nyer.


tips penting saya nak share ~
  1. bagi korang yg tak pernah sampai KL, early in the morning naik bas ni and mesti tawaf seluruh KL dulu. korang memang dpt tgk semua best best spot di KL. marbeles!
  2. then 2nd round baru la korang hop-off di mana tempat korang da target hasil daripada 1st round tawaf tadi. sure happening! tak cukup gi on the 1st day, continue hop-on and hop-off the 2nd day :-)
but... but... but... pengalaman saya on that day. once you hop-on, you all da kena set & plan nak hop-off kat mana. because spt yg saya mentioned earlier ~ faktor trafik KL dan cuaca...

weolls...

i like shape building ni dari dulu-dulu ~ Tabung Haji... gambo snap dari atas bas.

bangunan mercu negara ~ KLCC ~ pun snap gambo ni dari atas bas :-)

chewah ... pak uda bergambo kat shopping complex kegemaran ku dulu kala time belajar kat KL...

ibu plak le nak posing skit-skit... latar belakang pertama kompleks & medan mara...

then, after few hours dlm bas tu, kul 12.30 tghari kami tiba di tempat pertama kami nak hop-off today ~ Menara Kuala Lumpur :-) ni kira nyer kat bus stop no. 2.


ni hah tiang bus stop nyer :-)

menara KL


kami lepak-lepak kat menara KL tu lebih kurang hingga kul 2.30. best! nanti next post, baru saya citer pasal menara KL ekk... dlm 30 - 45 minit juga kami tunggu next bas nak hop-on. sambil dok lepak situ, doa juga la agar cuaca kekal cantik, jgn hujan!!! bas dia akan datang lebih kurang 30 minit sekali. tu pun bergantung kepada trafik dan cuaca ~ mungkin lebih masa dari tu!!! sabar jer la ye menunggu.....

next hop-off is kat bintang walk ~ stop 6. masa tu nak kul 5 petang kot. kami menapak la beramai-ramai ke arah berjaya times square utk bergumbira kat theme park nyer... also next post saya citer ekk...



best!!!

memang best! dlm kul 8:30 malam baru kami keluar dari berjaya times square. alhamdullillah, kat situ ada surat utk solat. tq...

kami naik monorail plak kali ni dari stesen monorail imbi. terus ke KL sentral. dlm kul 10:30 mlm baru komuter nak balik tiba kat stesen tu. anak-anak berempat tu semua da mula tak tahan... penat! kaki da sakit-sakit! sampai rumah hampir kul 12 tgh malam...

memang adventure!!!! best!!! seronok...

korang mesti try holiday naik hop-on hop-off ni.
nampak mcm tak interesting & tiring.
memang tiring because naik bas, kan...
but, experience... tu yg mahal!
anak-anak pun happy :-)
as malaysian, mesti naik hop-on hop-off kl ni!

akhir sekali, kat bawah ni saya citer briefly spot yg best yg korang bleh hop-off selain dari kat atas yg saya citer. saya mungkin akan naik lagi bas ni and hop-off few spots :-)


kat stop 4 ni ~ KLCC, Jalan Pinang. bas akan berhenti exactly sebelah Mandarin Hotel and taman KLCC. and di sini la stop utk pergi ke Aquaria KLCC. at first kami nak gi Aquaria, but after diskus dgn kakak-kakak, we all decided utk ke berjaya times square theme park. lagipun, saya dan anak-anak da gi Aquaria ni, tak le terkilan sgt :-)

stop 5 ni pun interesting ~ Kompleks Kraf Kuala Lumpur. tgk bangunan nyer yg ala-ala istana melayu dulu-dulu pun da terpikat! but, next time kami datang ye :-)

here, stop 8 ~ Petaling Street. tak payah citer la, memang amat menarik Petaling Street ni. dulu kala, time saya still belajar kat KL, ni la salah satu tempat kat KL yg saya biasa pergi cuci mata and pernah juga beli barang. best! crowded! busy!

Central Market KL at stop 9. pun tempat yg sgt selalu saya singgah dulu-dulu. pun tak payah citer la, semua org satu malaysia ni sure da pegi jejak kaki kat central market ni :-)

Brickfields ~ Little India. sini saya tak pernah pergi. dlm tahun 1996 - 1997 dulu saya lalu naik bas je. Matriks UIA that time di Lembah Pantai, if kitorang nak gi KL, bas memang lalu brickfields ni. but, nampak menarik tempat nyer. 

Muzium Negara ~ hampir-hampir kami nak hop-off sini. asben saya tak pernah gi muzium negara lagi. yk perubahan saya observe di persekitaran muzium compare time saya pergi dulu tahun 1997.

Tun Abdul Razak Heritage Park at stop 14 ~ atau nama yang paling kita kenal ialah Taman Tasik Perdana.  another place yg mesti hop-off. from here korang bleh gi tasik, deer park, butterfly park and hibiscus park. tugu negara pun kat area sini. 

stop 15 ~ KL Bird Park. tak brape jauh dari stop 14 actually. in one big area. sini if saya tgk kiri kanan time atas bas tu, kita bleh singgah orchid garden, memorial tun abdul razak, national planetarium (ni paling best!) and islamic arts museum of malaysia. next time pun jadi tempat hop-off saya kot, nak gi planetarium :-)

paling best antara semua stop ~ Masjid Negara. memang tepi masjid je bus stop nyer. very very convenience. tourists pun dpt gi sini dgn senang sekali :-) 

here ~ Dataran Merdeka. bas akan berhenti kat hujung padang, dekat dgn Royal Selangor Club. berhenti for few minutes utk kita turun and amik gambo, especially for tourists. kami tak turun. bukannya apa, sekali lagi ia adalah satu tempat yg setiap hari sabtu, dulu kala time belajar, saya singgah lepas merayap kat pasar malam Jalan TAR tu. tempat yg paling best lepak malam minggu dgn kawan-kawan.

Istana Budaya ~ and the best, bleh ke Tasik Titiwangsa... 

tu la dia citer part 1 saya pasal holiday lompat-lompat kami :-) memang best!

Photobucket