Jan 31, 2012

ADIANIEZ GIVEAWAY : very simple !

79 comments:
~ ni post melekat, post baru kat bawah ekk ~

Photobucket

untuk semua friends
baru and lama
a very simple giveaway
sorang pemenang akan dipilih
lucky draw dlm bowl
cabutan oleh my husben
hadiah nyer ialah voucher


join la ~ from today iaitu 19.1.2011 hingga 31.1.2012 ~

  1. follow la aida dulu ~ tanda friendship bermula
  2. tinggalkan komen kat post ini serta email address (senang contact direct)
tu je...
the more the merrier


Photobucket

NURIN DA MULA LETIH...

No comments:
semlm spt biasa amik nurin balik sekolah agama. and spt biasa bila dia nampak jer ibu nyer di luar kelas, senyum lebar la dia... suka ati ibu... rinduuuuuuuuu kat nurin... dlm kta, separuh jalan lagi nak tiba umah, dia tersandar je. pandangan mata nyer lurus ke depan... diam seribu bahasa... nampak sgt view dia tu kosong...



ibu : kakak penat eh?
nurin : a'ah (dia tersenyum)
ibu : cian anak ibu... sabar ye. nak sampai umah da. nanti kakak terus mandi tau.
nurin : ok (senyum lagi)
ibu : ada homework sayang?
nurin : ada (nurin jwb sambil senyum juga)
ibu : nanti kita buat sama-sama ye. cepat-cepat. nanti kakak bleh cepat rehat...

nampak sgt keletihan di muka dia. semcm je... mana tak nye. kul 6:30 pagi da dikejut bangun... ke sekolah... kul 2:30 ptg da masuk sekolah agama. rehat tghari cukup-cukup utk makan & tukar baju je kat tadika...


"sabar ye sayang. nanti weekend ibu & ayah upah main game kat jusco... ibu sayang kakak..."


Photobucket

Jan 30, 2012

UPDATE : giveaway ku yg simple itu :)

4 comments:
i love uolls...
ramai rakan blogger baru tuh :)
bertambah panjang la bloglist aida utk dijejaki saban hari...
from time to time aida akan menambahkan semua blog kat bloglist tu ye!

57 org yg baik ati join setakat ni.
oleh itu, pemenang bertuah yg sorang tu bakal terima hadiah tambahan seperti yg aida janjikan sebelum ni :)
i like...

Photobucket

Jan 27, 2012

TERLEBIH SASARAN ...

1 comment:

26.1.2012 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menaikkan sasaran pungutan hasil kepada sebanyak RM31.1 bilion tahun ini selepas mencatatkan sejarah dengan memungut hasil tertinggi RM30.4 bilion pada tahun lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalid Yusof berkata Bahagian Penguatkuasa pula telah merampas barangan yang ditegah dan larangan bernilai RM542.9 juta dan menyelamatkan hasil cukai berjumlah RM471 juta tahun lepas.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke-30 yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


Photobucket

Jan 26, 2012

DUA KALI AMIK DARAH... SEDIH!

6 comments:
ari ni gi check up kat poliklinik ayer keroh... seperti biasa agenda yg standard ialah :-
  1. daftar diri amik nombor...
  2. amik darah ~ 10 ml...
  3. urine test ~ +ve...
  4. timbang berat ~ 58.5 kg (ajaib nih sebab lebih ringan dari before pregnant!!!)...
  5. jumpa nurse ~ cek perut & breast... kaki tak bengkak... due date dianggarkan 29.7.2012, insya'Allah... tiba-tiba nurse kata leher nampak lain mcm! bengkak skit kata nyer. so, kena jumpa doktor...

maka, dgn hati yg takut, jumpa doktor. baik doktor india ni, i like... senyum jer walaupun hari da petang. doktor pun scan baby :-
  1. baby gerak aktif!
  2. nampak kepala, perut, kaki, tangan dan jantung dup dap dup dap :) ibu happy!
  3. baby sihat dan aktif. due date dari scan, anggaran is 25.7.2012... lebih kurang gitu giut la hari nyer iaitu di bulan Ramadhan yang mulia nanti...

doktor pun confirm that leher nampak bengkak... kena amik darah utk test ada tak tiroid. aduuuuuuuuuhai! lomah badan den... maka, da bagi darah. tunggu la result. next appointment on 23.2.2012 ~ birthday kakak nurin :)
terus call kakak. bertanya ada ke tiroid effect pregnancy??? dia kata "boleh"... tambah lomah la diri ku ini sob sob sob... but kakak kata, tunggu result dulu, jgn sedih lagi. rasa nyer takde... hopefully betul la kata kak na tu... amin...
Photobucket

Jan 25, 2012

MISI MINGGU KE 4 - NURIN

8 comments:
nurin sgt ok. takde komplen yg negatif pasal sekolah pagi or sekolah agama. lagu sekolah pun dia da hafal. bila bercakap pasal sekolah pun dia tak la muncung or tak suka or ... nurin ok. nak kejut bangun pagi pun da senang. mana tak nyer, kul 10 mlm da naik katil...

"awak tidur ke, tak tidur ke, tu ibu tak nak tahu. yang penting awak da naik katil kul 10 mlm..." anak-anak memang bengang la bila si ibu da bunyi kat siren mulut. kena dibiasakan. biar jadi amalan tido awal. tido kena cukup...

misi minggu ke 4 ni ialah :-
  • cara tgk jadual waktu dan susun buku dlm beg ikut jadual waktu. takkan la ibu gaks yg nak menyusunkannya... penat eh! da tiba masa belajar cara tgk jadual tu. apa dulu, apa kemudian. kat sekolah pun mudah juga...

p/s : cuti CNY lepas ni kami ke Holiday Villa Cherating :) layan gambo ye... bye!


check in chalet


lepak tepi pantai

riang ria dara berdua

dara berdua dengan ibu

syuhada...


anak manja ibu...


nurin swim dgn ayah
Photobucket

Jan 24, 2012

SANGAT SUKA HATI :)

No comments:

tq sebab ramai yg sudi join giveaway simple saya. ramai kawan blogger baru, tu yg best. insya'Allah saya akan follow kembali & tag kat bloglist saya.

dan yg best, if capai la 50 orang yang join, insya'Allah saya tambah hadiah. instead of pemenang dpt 1 hadiah ~ voucher KFC ~ pemenang tu bakal dpt hadiah tambahan. apa? sedang fikir :)

update nama yg join, ada kat komen post giveaway ye friends...

tq so much!

Photobucket

Jan 18, 2012

NAK PREGNANT... BILA PREGNANT... JANGAN!

10 comments:
google sana sini ptg ni sementara tunggu time nak balik, jumpa la info ni kat blog mamakembar3. saya pohon izin share ye...

Berpantang dari makan & minum 4 benda ni - elakkan air tebu, buah salak, tapai & nenas. Ni ada mak bidan yang suh Mama jangan makan. Katanya semua benda ni sejuk/bisa/tajam & tak baik untuk rahim. Selagi belum peknen, selagi tu lah tak boleh makan 4 benda tu. So bertahun laa Mama tak merasa semua tuh, dah la semuanya memang fevret Mama. So lepas dapat si kembar ni, Mama dah makan puas puas balas dendam lepas gian hehehe









berpantang la ye 4 benda di atas. ada sorang member saya, keguguran selepas 5 bulan pregnant kerana makan tapai. da jadi citer benar, bukan sekadar tips cakap-cakap orang.


Photobucket

NURIN MC :(

6 comments:


hari pertama utk minggu ke3 persekolahan, nurin da tak sihat. demam ~ tonsil bengkak skit. dpt MC from klinik isnin lepas. antibiotik, ubat deman & ubat batuk. mencuka muka nurin bila nampak 3 botol ubat tu. sian anak ibu...

nurin : "susah la kalau demam ni!"
ibu : "tu la. lenkali dgr cakap ibu. jgn minum air ais. vitagen 1 hari 1 botol je... ni la akibat nya."

start ptg ahad dia da start batuk skit & badan panas. aduhai! lemah badan ibu... risau hati ibu. tgk tekak dia pun da merah! hmmm... 2 mlm tido dgn ibu, tak sampai hati nak biarkan dia tido sendiri. ayah tido dgn adik...

semalam pagi kejutkan nurin nak gi sekolah, dia nangis. agak nyer badan still tak sihat. but saya rasa nurin da tak panas. batuk pun kurang... saya paksa nurin gi sekolah. tak nak amalkan terlalu byk cuti sekolah. apa plak pandangan cikgu nanti, kan?

pergi la nurin ke sekolah semlm. bimbang hati ni ada. pe la kabo anak dara ku di sekolah ekk? then, ptg amik nurin sekolah agama. alhamdullillah, nurin keluar kelas dgn senyuman. syukur, anak ibu sihat... dia penat...

hopefully kakak cepat ok ekk. weekend ni kita nak gi holiday kat cherating. kakak mesti sihat :)

Photobucket

Jan 17, 2012

::::: 5 TAHUN SUDAH :::::

7 comments:
17.1.2007 - 16.1.2012
genap usia syuhada 5 tahun
ari ni adalah hari pertama dlm episod tahun ke-6

moga ianya menjadi episod yang cemerlang juga
moga syuhada menjadi lebih cerdik
lebih comel dan lebih gebu
hi hi hi

as at now syuhada baby bucuk ibu dan ayah
still gelar diri as 'adik'
adik oh adik
takpe... ada lagi 6 bulan untuk adik terus jadi adik
pasni jadi kakak pula
merasa la menjadi orang yang kena mengalah untuk adik
seperti mana kakak nurin selalu kena buat untuk syuhada


sewaktu lagu happy bday yang dinyanyikan, syuhada termalu-malu pulak :)

senyuman birthday girl :)

with beloved kakak nurin :)

seperti 4 tahun yang lepas-lepas, bila time nak tiup lilin jer, sure syuhada ada sedikit sengal hi hi hi... kes segan nak tiup lilin! hmmm...

final part, favourite part ~ potong kek ~

MOGA ALLAH SELAMATKAN ADIK DUNIA AKHIRAT, PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI SEPANJANG MASA...


Photobucket

Jan 13, 2012

~ CATATAN SEORANG ISTERI ~

No comments:
Heart Pictures, Images and Photos



ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE’...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

‘Ya ‘ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."

-Sinar Harian-



besar nyer dugaan seorang isteri. tabahnya beliau... setiaku di sini sentiasa... tersentuh hati ni tika membaca... sekali lagi, ini bukan post POLITIK ye... hanya berkongsi. just bayangkan wan azizah seorang isteri lelaki biasa... letakkan diri di posisi beliau kiranya kita di uji oleh Allah sedemikian rupa... dpt kah kita setabah dan sekuat beliau? Allahu Akbar...


Photobucket

Jan 12, 2012

TAK SIHAT ...

2 comments:
  • selera makan takde ~ pagi ker, ptg ker, mlm ker ~ all the time... badan tak cergas!
  • tonsil bengkak ~ demam & tekak berkahak always...
  • kerap bersin dek krn resdung ~ hidung ni pun da melecet sebab kerap disental dgn tisu!
  • mood keje hilang start semalam ~ bakal tukar ke department yg saya tak suka! dipaksa! arahan pun da kuar...

sedang edit friends di FB. yg tak de kena mengena, yg suka jadi batu api, yg tak bleh simpan rahsia... unfriend forever...

Photobucket

Jan 11, 2012

SAYU... SEDIH... KALAU LA KITA DITEMPAT DIA...

2 comments:

dulu saya lawyer, dok saman org. mcm2 pattern defendant (yg kena saman) saya jumpa. kesian... padan muka... sedih... tgk la defendant camne yg dijumpai ari ari... tak byr loan bank. byk sebab :
  • beli property nak buat investment, tapi lokasi x menarik, tak larat nak bayar 2-3 property
  • faktor keje tak menentu
  • sakit and da tak keje
  • salah tadbir duit sendiri, ni kategori tak ukur kan badan sendiri ~ kuasa membeli lebih besar dari pendapatan

tu di antara nyer civil cases la. kalau borrower takpe, sendiri pinjam, sendiri tanggung. ada gak kes guarantor! ni paling sedih... antara nyer :

  • anak beli, bapa guarantor. anak lari / hilangkan diri ~ dgn bapa sekali muflis! si bapa la sibuk turun naik court bela diri.
  • kes cerai, husben / wife guarantor. bila da cerai, loan sangkut. ni la baru drama rumah tangga kat court...
  • kawan jamin kawan. kawan lari. si guarantor nak dimufliskan. dok la turun naik court bela diri sebab kalau muflis, tak bleh keje. terpaksa bayar utk lepas kan diri sendiri puluh ribu riban...

if kes kriminal ~ rogol, dadah, rompak... saya tak buat kriminal so takde la pengalaman direct nak citer. but just tgk gitu-gitu jer la...

but yg nak citer nyer, if la kita ditakdirkan satu hari kena jadi defendant, memang siksa nak bela diri. nak buktikan kes kita... aduhai! contoh nyer mcm satu orang ini...


and ini petikan dari MalaysiaKini yg saya suka nak share :

... Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan PKR; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya. ...


bukan saya nak kata DSAI tak bersalah, itu terpulang kpd mahkamah if ada appeal nanti. but as at now, dia tidak bersalah. bukan saya nak BERPOLITIK kat blog ni tapi saya nak refer kepada luahan perasaan dia di atas betapa dia bersyukur kepada Allah setelah lama tersiksa dek kerana keaiban yang telah berlaku. ini bukan kes kecik, seluruh dunia tahu.

kalau la kita di tempat dia... per kita nak kata. bukan kita nak tentukan seseorang itu bersalah. kita ada mahkamah dunia... mahkamah akhirat tu sudah pasti. setiap kesalahan pasti ada balasan tak kira di dunia atau di akhirat...

dulu saya admire DSAI. dia kan that time presiden UIAM. dia hensem!!! waktu tu dia TPM dgn Tun M. dua-dua saya admire... but, waktu saya 1st year, kes liwat I... no more DSAI kat UIAM. saya frust sebab dia tak jadi orang yang bagi saya scroll time graduate nanti hi hi hi...

tun M saya admire pasal dia berwawasan. walaupun byk gossip pasal tun M, dia telah mengubah negara kita jadi amat best dan penting di mata dunia...

moral of the story ~

  • jgn susah kan org lain!
  • sendiri pinjam (loan), sendiri bayar!
  • jgn suka-suka jadi PENJAMIN tak kira la famili, fren or BFF or whatever. time nak bayar da takde BFF daaa...
  • ukur baju kat badan sendiri, jgn dok tgk iklan kat tv per gadget terbaru, semua nak beli...
  • byr bil... saving... baru pk nak beli per, kalau baki cukup...
Photobucket

BUDAK MESTI TIDO AWAL !!!

1 comment:
~ anak-anak lena dlm selimut kat laketown hotel, bukit merah resort.
lepas dpt sebotol susu, masing-masing tertidur hingga ke pagi ~


" Kanak-kanak yang tidur lewat tengah malam didapati 25% lebih berisiko mengalami tekanan jiwa dan berkeinginan membunuh diri daripada mereka yang tidur pada atau sebelum pukul 10 malam. Demikian menurut kajian yang disiarkan dalam majalah Sleep.

Kajian dilakukan pada 17,000 pelajar yang berumur antara 12 dan 17 tahun dan ibubapa mereka di Amerika. Mereka mendapati remaja yang tidur selama 5 jam atau kurang mempunyai 71% risiko tekanan jiwa dan 48% kecenderungan membunuh diri jika di bandingkan dengan mereka yang tidur sekurang-kurangnya 8 jam.

Dr. James Gangwisch, professor di Columbia University College of Physicians and Surgeon di New York menyatakan bahawa kajian tersebut adalah selari dengan theori yang menyatakan bahawa tekanan jiwa berkait rapat dengan kekurangan tidur.

Beliau menambah lagi bahawa tidur dan rehat yang cukup adalah rawatan terbaik dalam menangani tekanan dan stress.

Para penyelidik percaya bahawa tidak cukup tidur memberikan kesan secara lansung terhadap tekanan, ini membawa mereka menghadapi kesukaran mengharungi cabaran harian dan sukar menyesuaikan diri dengan kawan-kawan atau orang dewasa lain, dan mereka juga lebih mudah menjadi murung.

Kajian terbaru ini juga mengesahkan kajian sebelum ini yang mendapati bahwa kesukaran tidur boleh membawa seseorang menjadi gila.

Selama ini para pakar telah mengaitkan masalah tidur dengan masalah mental tetapi ianya dianggap sebagai kesan sampingan sahaja, namun kini para saintis di Harvard percaya kesukaran untuk tidur merupakan penyebab kepada berbagai masalah jiwa.

Kekurangan tidur juga menyebabkan badan anda mengalami kekacauan yang teruk terhadap hormon-hormon badan termasuklah hormon yang diperlukan dalam menangani tekanan. " ~SUMBER : wartashubhi~



betul betul betul !
tak payah la nak cakap kat budak-budak. effect dia pada kita org tua @ dewasa ni pun da jelas kita ketahui. kalau tido tak cukup je, mula la fade up sana fade up sini. muka toya jer kat ofis. marah sana, marah sini... tekanan jiwa la tu. ini kan pulak budak-budak kecik. maka, betul la tindakan saya ~ nak jadikan anak-anak tidur awal, paling lewat diorang boleh berlegar-legar keliling rumah is at 10:20 mlm.

as for adik syuhada no problem sebab most of the time dia akan terlelap sendiri before 10 mlm. problem? kakak nurin... mata dia sgt la tahan. kalau la ibu & ayah masih tonton tv kul 1 tgh mlm, sehingga itu la dia bleh tahan berjaga... takpe takpe... lama kelamaan nanti akan jadi kebiasaan... insya'Allah...


Photobucket

Jan 10, 2012

PENAT ANAK IBU EH ?

3 comments:
semlm first day la kakak nurin sekolah pagi & sambung sekolah agama 2:30 - 6:15 ptg. sian anak ibu... ibu ayah punya waktu keje pun tak sepanjang nurin sekolah, sayang... ibu sedih tgk muka kakak waktu baru sampai ptg semlm, ayah amik. da la helmet berat ye darling hi hi hi...

ibu : "after dinner, kakak rest dulu ye? kul 8 baru kakak buat homework ye..."

abis kakak makan nasi ~ sambal kentang, kicap & telur goreng. peluh-peluh tahan pedas :)

homework tak la susah, mewarna saje. but, mesti kena buat elok-elok, nanti boleh teacher tampal kat whiteboard :)

ibu : "kakak penat ke sayang?"
nurin : "hmmmm (tersengih-sengih)... penat... tapi best!"
ibu : "nurin gud girl ke noty girl? buat bising tak kat sekolah?"
nurin : "tak. win buat keje je..."
ibu : "apa-apa kakak nak cakap dgn ibu ye. apa-apa cikgu cakap, kakak cakap dgn ibu tau. jgn lupa!"
nurin : "ok ibu..."
ibu : "esok ibu bekal kan kakak nugget ye. kakak mesti abiskan makan ye. tak nak bwk balik, nanti basi!"
nurin : "yeyeh! ok ibu..."

kakak tido sendiri. sebab terlalu penat. tak perlu ibu jadi tarzan suruh masuk tido. tepat 10:30 mlm kakak da terlena kat sofa depan sambil ibu ayah tgk movie. sian anak ibu... harap nyer tak la susut pipi tembam anak sulung ibu ni. nanti kurang comel nyerrr...

tu la dia kita as ibu bapa zaman skang. selagi ada ruang, selagi tu la nak suruh anak belajar. lom lagi bab KUMON, swimming class, piano class... aduhai si ibu! tak menyabar betul!!! nasib baik ayah nurin bangkang. if not, lagi serabut la nurin :)


Photobucket

Jan 9, 2012

SAYA TELAH 'DIBERSIHKAN'

No comments:




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah diatas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

“Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik.

“Oleh itu tertuduh dibebaskan,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, semasa membacakan keputusan kes itu.


Photobucket