Thursday, January 31, 2013

DA MASUK BAJET BULANAN ~ IZZAT'S

14 comments:

2 hari izzat mamam heinz parsnip, lobak merah & ubi keledek kat atas tu.
no problem dari segi alahan, sakit perut or berak-berak.
1 balang tu utk 2 hari.
teacher cedok skit, and baki dlm balang simpan dlm fridge.
semua ok.
but izzat je tak brape nak makan.

today and tomorrow pun akan makan puri yg sama.

In Shaa Allah, weekend saya akan buat puri sendiri.
da beli lobak merah & kentang.
puri kan mix 2 sayur tu, utk izzat makan sabtu & ahad.
buat stok juga for isnin & selasa di taska.

saya nak ikut ~ 4-Day Wait Rule ~

  • cara mudah utk kita pantau food allergies or sensitivities kat baby kita. allergic reactions normally akan muncul 24 jam after pemberian makanan. and digestive problem plak akan ada (jika ada) selepas tu, lebih lama dari 24 jam la.
  • kita juga dapat tgk camne baby react terhadap makanan yg kita bagi tu...
  • and kita senang nak eliminate kan makanan yg patut kita eliminate kan :-)

then, bleh la kita campur aduk kan makanan baby kita. buat bubur yg lebih kompleks :-)

dlm kabinet, saya da beli semua di bawah.
da masuk bajet bulanan selain daripada susu formula izzat dan kakak-kakak.






amboi amboi aida...
byk nyer makanan instant utk izzat!
:-) frankly speaking, masa saya amat terhad utk memasak di rumah.
ni la hakikat idup saya sebagai ibu bekerja.
and anak-anak dok taska.

and di atas tu stok if nak travel.
da ada, angkut je masuk bakul :-)

bila ada masa, PASTI saya buat utk diorang.
PASTI saya masak utk diorang...

Photobucket

Wednesday, January 30, 2013

DESARU OH DESARU :-)

8 comments:
25 - 27 Januari 2012
Lotus Desaru Beach Resort

~ family day ofis asben ku ~ 

tingkat bawah ~ luas & selesa...
meja makan, meja tulis...
microwave, cerek and peti ais yg besar le jugak...
tandas :-)

sofa yg selesa & tv...

katil...
bilik mandi and bath tub!

best betul dapat gi holiday. pertama kali utk tahun ni. ofis asben buat family day nyer di desaru plak this year. last year kami ke gambang :-) tak pernah ke desaru sejak abis sekolah. dulu gi sekali waktu tingkatan 3, sekolah buat rombongan 2 hari 1 mlm kat desaru. time tu sekolah kat STF, jb.

sambil tonton tv, bergurau senda dgn izzat di sofa.
buka sliding door, angin sepoi-sepoi masuk menampar pipi.
kami dok tingkat 5 :-)

inilah dia anak bertuah yg lepak atas sofa...

ibu & izzat kat atas, lepak dlm bilik...
ayah & kakak-kakak swim...

pool yg besar & bersih...

kami dok tingkat atas sekali - tingkat 5.
saujana mata memandang!




kali ni ada baby, saya tak dpt la berseronok dgn anak2 dara mandi swimming pool. most of the time, lepak kat bilik.
tak dpt pun amik gambo waterpark lotus desaru ni. tak le besar sgt, kecik je. but ok la, anak2 dara enjoy.

sabtu malam ahad tu kami dinner di lotus ballroom. tema green apple. puas juga le mencari baju hijau kat supermarket. demi nak menepati tema dan sedondon sekeluarga :-)

dinner :-)

tema dinner - green apple :-)

izzat pun green juga ler...

lepak main bantal peluk dlm stroller :-)

gi breakfast...
jauh nak ke cafe.
naik bas resort sediakan...

kami anak-beranak dok belakang sekali...

main entrance...
snap gambo dari atas bas...

guard follow setiap bas...
jaga keselamatan penumpang ler katakan.

izzat naik bas ye ?
hi hi...



sukaneka !!!

beratur utk acara sukaneka yg seterusnya ;-)

hadiah sukaneka yg kami bawak balik...

bye desaru...
kami nak balik melaka!

best!
ahad tu after lunch kat tepi pantai yg indah & bersih, kul 2 ptg kami shoot balik ke melaka. singgah jap di JPO :-) next entry ye utk JPO...

Photobucket

Tuesday, January 29, 2013

IZZAT MAMAM NYUM NYUM !

8 comments:
6 bulan sudah ~ makan time :-)
excited si ibu ni nak bagi baby bulat nyer makan hi hi hi...


izzat lepak taska siang hari, teacher la yg bagi izzat mamam.
1st day (semalam), bubur nasi for lunch ~ hingga sudu ke5 aje.
then teacher kata izzat mcm nak muntah!
petang, nestum beras merah ~ 3 sudu aje then izzat tak nak dah...
teacher pun tak paksa. ok la tu...
and malam ~ dia melalak, merengek... tak selesa apa ntah pun tak tahu!
da susu kan... susu botol pun da tambah... perut sapu minyak yu yee.
da dukung pujuk... penat ayah nyer memujuk!
kul 10 mlm baru ok :-) and tido lena hingga kul 5 pagi tadi.

today ibu bekal kan 1 balang makanan di bawah ini...


kita tgk izzat mau makan ke tidak.
da pesan teacher, lunch and petang bagi puri heinz tu aje.
dan minum susu...


agar izzat lebih gebu dan berzat :-)

Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian.
Berikut adalah 10 perkara yang perlu diambil kira oleh semua ibu bapa sebelum memberi bayi makan makanan pejal.
1. Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberi makanan pejal di antara dua hingga tiga kali sehari.2. Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa. Beri bayi anda masa untuk belajar makan makanan pejal.3. Makanan pejal yang sesuai untuk bayi berusia enam bulan ialah puri. Puri tersebut bolehlah dicairkan dengan mencampurkannya bersama susu ibu.4. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, pisang, labu, lobak merah, kentang dan brokoli sesuai untuk dijadikan puri.5. Pada peringkat permulaan, elakkan memberi bayi anda makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju, kekacang, makanan laut dan telur.6. Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan bayi anda kerana buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.7. Mulalah perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu ketika usia sekitar lapan bulan.8. Jika anak menolak makanan yang anda berikan padanya. Jangan marah dan terus memaksa anak makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia menerima makanan tersebut. Cuba berikan anak menu lain. Paling penting, ibu bapa jangan cepat berputus asa.9. Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri dia menu yang sama selama empat hingga tujuh hari. Hal ini penting untuk melihat tindak balas tubuh anak terhadap makanan tersebut. Adakah dia mengalami masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang anda berikan itu.10. Sekiranya anak anda demam atau sakit, anda perlu memberi dia minum banyak air dan berikan dia makanan yang paling digemarinya.

Photobucket

Monday, January 28, 2013

HAPPY BIRTHDAY, IZZAT :-)

3 comments:
28.1.2013
umur : 6 bulan



i love u.
ibu & ayah akan buat yg terbaik utk izzat.
kakak-kakak & izzat harta ibu dunia akhirat...



kita ambil teladan dari kisah adik William Yau Zhen Zhong.
usah disalahkan ibu bapa william or sesiapa, da itu ketentuan Allah.
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segalanya...

Klang: Mayat William Yau Zhen Zhong dituntut keluarganya dari rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi tadi.Ibu bapa kanak-kanak itu kelihatan di hospital berkenaan dalam keadaan tenang tetapi tidak dapat mengawal perasaan ketika mereka 'memanggil semangat' anak mereka untuk mengikuti mereka. Ibu William yang memakai baju berwarna hitam dan seluar pendek warna putih, membawa patung yang bertulis nama anaknya dan sebatang gaharu, manakala bapa kanak-kanak itu memegang bahu isterinya sambil memasuki rumah mayat berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi. 
Difahamkan, mayat William akan dibawa ke Bukit Jelutong, Melaka untuk upacara pengkebumian kira-kira jam 2 petang ini.Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak itu menjalankan upacara ringkas di Jeti Sungai Sireh sebelum menuntut mayat anak mereka.-Disiarkan kat MyMetro 28.1.2013-


Photobucket

DAPAT DURIAN RUNTUH !!!

1 comment:
alhamdullillah :-)
memang tahun 2013 ni Allah kurniakan byk rezeki pada kami...


pengumuman oleh Menteri Kewangan Kedua sabtu lepas sempena HARI KASTAM SEDUNIA.
top up bonus kami setengah bulan lagi.
jumlah ~ dpt la 2 bulan bonus keseluruhan nyer...
best!
memang meriah la aidilfitri & aidiladha kami tahun ni...
best!
best!

sasaran 2013 - RM34 bilion...
bekerja la kami sesungguhnya In Shaa Allah...

alhamdullillah...

Photobucket

Friday, January 25, 2013

DAPUR IDAMAN KU :-)

10 comments:
dapur lawa ~ mood masak membara...
sedap tak sedap tu belakang kira hi hi hi...

ari ni saya coti. ada hal skit weekend ni.
nanti saya citer next week ekk :-)

terpandangkan dapur saya yg x lawa tu, terus berangan-angan nak dapur lawa. survey kat internet, bajet minima kena ada RM5,000. then baru bleh citer. gitu gini gitu gini ~ ntah-ntah capai RM10,000 kan? takpe... ikat perut dari skang ni hi hi hi...


perfect!
my taste 100%!!!
saya suka kabinet nyer warna dark gitu-gitu. and table top nyer terang. nampak semua benda atas table top tu :-) top nyer pakai granite or solid surface ~ tahan! pintu tu biasa nyer melamine jer kan? solid wood mahal!!! 
pengasingan di antara ruang memasak, idea yg bagus!!!

wet kitchen kecil :-)
warna putih, nampak luas plak kan?

this is marbeles!!!
saya sgt suka konsep ada small bar tu :-)


yg saya suka-suka tgk kat internet, ramai suggest masukkan rak mcm di atas dlm almari. jenis tarik keluar. senang la susun pinggan & piring kaca. praktikal. tak murah rak tu!!! satu set tu tak kurang RM200!

nice... dry kitchen...

i like!!!
roller blind yg sgt best!
kemas & sesuai utk dapur.

aduh! besar nyer bajet if nak semua di atas... tapi tak mustahil!!!

* gambar credit to en.google :-)
Photobucket