Friday, March 22, 2013

FIDYAH |wajib ye kawan-kawan|

perkongsian saya di pagi jumaat :-)

dari segi bahasa : tebusan
dari segi istilah : satu kadar tertentu yg wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian harta (makanan) kepada fakir miskin di atas sebab-sebab tertentu...

dari segi bahasa kita org biasa ni, fidyah ni mcm satu denda kepada org yg tak dpt ganti puasa bulan Ramadhan yg lepas sehingga bulan Ramadhan satu lagi tiba. dalam islam, hukum byr fidyah ni wajib! dan bila kena byr fidyah, puasa tu kena ganti juga, bukannyer tak payah ganti ye... kena faham la kat situ. ganti tetap ganti.

and, kalau la bilangan hari tu da melangkah tahun berikutnya, fidyah tu akan digandakan. sehinggalah fidyah tu diselesaikan...

kadar fidyah plak dikira ikut kadar harga beras secupak. sebab beras ni adalah makanan asasi kita kat malaysia ni kan. kadar harga ni pun berubah-ubah. kita kena refer di negeri masing-masing... so, kalau ikutkan kita boleh bayar dlm bentuk tunai ikut kadar harga di atas atau kita terus beli beras.

kalau kita bayar dlm bentuk tunai kepada pemungut zakat, diorang akan belikan beras dan agihkan kepada fakir miskin. diorang takkan agihkan dlm bentuk lain seperti tunai ke, pakaian ke, perabot ke... agihan dlm bentuk beras juga.


 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif

sape ye yg dikenakan fidyah dlm islam ?
  1. org yg uzur iaitu sakit kuat dan tiada harapan utk sembuh atau org tua yg memang da tak mampu puasa atau kedua-duanya sekali...
  2. wanita yg hamil. dgn syarat, wanita tu bimbang akan keselamatan anak dlm kandungannya. so, wajib byr fidyah dan ganti puasa...
  3. wanita yg menyusukan anak. dgn syarat juga wanita tu bimbang anaknya kurang air susu dan terus jejaskan kesihatan anak tu. wajib byr fidyah dan ganti puasa...
  4. org yg telah meninggal dunia. waris kena sempurnakan bayaran fidyah dgn ikut bilangan hari yang si mati tinggal puasa dan sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  5. org yg lambat qada' puasa. lambat ganti puasa hingga bulan Ramadhan satu lagi sampai. wajib byr fidyah dan ganti puasa. then, bayaran fidyah tu akan berganda ikut jumlah tahun-tahun yg ditinggalkan. selagi tak qada' abis, fidyah bertambah.

ni satu lagi perkara dalam islam yg patut kita bebetul faham.
ia mungkin berlaku kepada kita.

hmmmm saya ni kena ganti 1 bulan ni sebab last Ramadhan cuti lahirkan izzat :-)
tu yg tiba-tiba sibuk cari info pasal fidyah...
but, in shaa Allah dlm masa terdekat ni saya akan start ganti puasa...
ikut kalendar 1434H ni, 1 Rejab bakal jatuh pada 11 mei nanti.
tak sampai 2 bulan dari sekarang, kan?
hmmmm cepat nyer masa berlalu... ganti puasa cepat wahai puan aida oii!

kalkulator ringkas...
dpt kan di sini ~ fidyah...

Photobucket

1 comment:

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)