salam hari isnin semua :-)
memang hari ni mostly kita lemah nyer la nak gi keje, kan?
tambahan plak izzat mlm td tak selesa tido sebab batuk!
memang kelam kabut la malam tadi saya dok bangun-bangun tgk izzat...
pening kepala pagi ni hu hu hu...
nak citer pasal zakat...
bulan lepas, 15.2.2013, kat ofis ada taklimat pasal zakat.
memang bersyukur sgt pengurusan buat taklimat ni.
memang byk beri kesedaran...
ada 3 jenis zakat yg saya take note on that day yg memang saya kena kira-kira :
- zakat pendapatan
- zakat simpanan
- zakat emas
antara mesej dari pemberi taklimat (ustaz dari Pusat Zakat Melaka) :-
- zakat tu sama berat dgn solat. dlm al-Quran memang byk sebutkan perkataan zakat & solat secara bersesama... wajib!!!
- hanya 2.5% je dari pendapatan kita wajib dizakatkan. if tidak, haram!!! tak halal tau pendapatan kita. ni perkara yg paling saya terkejut time ustaz tu inform. alamak??! zakat fitrah time aidilfitri tu lain... kita bersedekah tu lain. zakat ni lain and zakat ni paling penting. wajib!!!
- berzakat kerana Allah. bukan sebab tak nak bayar income tax...
- kalau kita buat loan dan masuk ke dalam akaun utk tujuan peribadi / saving. wajib byr zakat simpanan sekiranya loan tu kita buat secara islamic. if loan konvensional, tak wajib dizakatkan...
- wang simpanan, if tidak lagi menjadi milik sempurna kita, tak wajib zakat lagi. sebagai contoh, masuk ke simpanan tetap dgn tempoh matang 3 tahun. selama 3 tahun tu nilai simpanan tetap tu tak wajib dizakatkan.
ada 2 cara camne kita nak kira zakat pendapatan :-
- gaji hakiki + elaun. then darab dgn 2.5%.
- gaji hakiki + elaun. then, penolakan perbelanjaan yg dibenarkan seperti di bawah ni hah...
mode of settlement, bleh terus ke pusat zakat negeri masing-masing...
samada nak byr lump sum or tolak bulan-bulan for that year...
next, bila kita nak declare for income tax, bleh letak amaun zakat kita, dpt la pelepasan.
kata le utk tahun 2012, kita bakal kena bayar income tax sebanyak RM1400.
but, kita da bayar zakat pendapatan sebanyak RM1000.
so, kita just kena bayar income tax sebanyak RM400.
and if kita bayar zakat pendapatan lebih dari RM1400, kita da tak payah byr income tax.
gitu la secara kasar yg bleh saya explain...
lebih lanjut, refer kat pusat zakat dan LHDN.
pendapatan bagi negeri Melaka. |
untuk negeri Melaka. |
yang kedua, jangan tak tahu ~ ada zakat simpanan tau!!!
ketiga ~ zakat emas... ni sebagai perempuan kita kena take note la ye...
- emas yg kita pakai. walaupun sekali pakai, kira pakai la tu kan. sebab kita ni kan tukar-tukar pakai emas ikut function. semua emas yg kita da termasuk la yang baby girl kita pakai, anak-anak dara kita pakai. jgn lupa!!! if lebih dari 200g, da wajib byr zakat...
- emas yg tak pakai, contohnya jongkong emas. ataupun orang lelaki dpt hadiah klip tali leher emas, pen emas, dll... semua tu pun kena timbang. if lebih dari 85g, wajib byr zakat dah...
itu aje perkongsian utk ari ni...
orang melaka ~ jengah sini utk maklumat lanjut dan dpt kan kalkulator utk kira zakat uolls :-)
"sikit kita beri, in shaa Allah lebih byk kita dapat..."
2 Comments
part2 zakat ni kkdg kita terlepas pandang kan...
ReplyDeletethanx for this info & reminder :)
u r welcome :-)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.