Friday, May 31, 2013

TEKNIK AL-BAGHDADI |puas hati!|

10 comments:
sempena nak gi BBQ, ibu beli kan tudung baru utk kakak-kakak...

ari ni last day anak-anak dara di atas berBBQ di ALC (al baghdadi learning centre) bukit katil :-)

after da hampir complete 5 bulan nurin & syuhada join mengaji di ALC bukit katil, baru now nak citer la pasal tu.
sgt seronok nak citer sebab before saya buat keputusan utk they all da join BBQ (bengkel bijak al quran) (klik link ye, wajib!!!) minggu ni, saya bertanya dgn ustazah terlebih dahulu prestasi diorang, terutama syuhada...

now, diorang belajar tamhid al baghdadi.
nurin terus masuk kelas tahap 1 ~ because nurin da boleh membaca.
syuhada plak masuk pra ~ da kenal huruf, boleh baca tapi tak lancar.
according to ustazah :

  • nurin sgt bagus. dia boleh membaca dgn lancar dan lengkap. sebutan nurin juga jelas. dia mudah faham. alhamdulillah...
  • syuhada pula, memang sgt aktif dlm kelas. apa-apa pun kebanyakan nyer dia jadi ketua. talkative sgt!!! syuhada pun bakal naik tahap 1 tak lama lagi sebab dia juga da boleh membaca ayat al quran yg pendek. huruf dia da kenal. alhamdulillah...


TAMHID AL-BAGHDADIBuku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
  • Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
  • Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
  • Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.





yuran bulanan hanya RM50 seorang, berpatutan...
ni hah bahan yg diberikan utk nurin & syuhada masuk kelas tiap minggu.
ok, diorang suka...

alat ketuk nyer...

buku tamhid dan buku2 aktiviti...

abis je silibus tamhid ni, in shaa Allah nak continue kan anak2 dgn kelas tajwid plak...

:-)

Photobucket


Thursday, May 30, 2013

ANAK DARA KAKI KENA CANTIK

8 comments:
takde story la plak nak citer pagi-pagi  ni...
cuti? sedang nak mencuti kan diri la ni.
tapi tak bleh!!!
jap lagi kena masuk ofis hu hu hu...
tak bleh, ada kes mahkamah berderet-deret...

next week baru start cuti-cuti malaysia :-)

ada plak koleksi gambo yg rasa nyer lom tempek sini hi hi hi...





hasil tangkapan di mahkota parade on 4 mei lepas...
sorang dpt 2 kasut ~ 1 for jalan-jalan and 1 for raya nanti...
penting peranan kasut di kaki diorang ni.
saya tak brape gemar diorang gi jalan-jalan pakai selipar!
nampak mcm tak siap hi hi hi... unless gi pasar mlm ke, family store jap beli brg dapur ke...
tu ok la kan.

mcm yg pernah saya ckp kat nurin ~ "anak dara kaki kena cantik..."

kasut raya tu da selamat dirasmikan sabtu 19 mei ari tu. takde makna nyer for raya hi hi...
nak gi wedding, diorang sibuk la nak pakai kasut raya.
malas nak soal jawab, si ibu yg baik ni (baik ke??) benarkan la kasut itu digunakan...
hmmmm... adakah kena beli kasut raya lagi nanti??? hu hu hu...

bye for today uolls...
Photobucket

Wednesday, May 29, 2013

WW : VROOOOOOOM VROOOOOOOOOOM TEMBAM BU NAIK MOTOR :-)

7 comments:






Photobucket

Tuesday, May 28, 2013

JUSCO TETAP DI HATI KU...

8 comments:
dari kecik dulu kala time sekolah rendah lagi jusco ni la tempat saya dan adik lepak.
dekat dgn umah, kami gi naik bas...
jusco ayer keroh...

dulu2 ni jer la tempat shopping yang ada.
bila kami naik sekolah menengah, baru la wujud tesco kat bachang tu, mahkota parade, ...
melaka mall dulu kala dipanggil kotamas.
tak ramai org gi kotamas sebab berdepan dgn jusco ayer keroh ni, tutup!

now, no more jusco ~ da tukar jadi AEON...

few monts ago time singgah jusco ayer keroh, nampak diorang tgh up kat new signage ni ~ AEON...
gini rupa nya cara nyer...

siap dah...
tersergam indah dari jauh....
snap gambo ni time trafik light merah, simpang nak masuk umah...

amik anak dara dua orang ni jadik model jap...
da siap sepenuhnya...
but kami still panggil 'jusco'... anak-anak familiar...

now if boring dok umah but malas nak jalan jauh2, gi la jusco ayer keroh ni.
paling dekat dgn umah...
window shopping...
makan-makan...
still di hati ku :-)

bye :)

Monday, May 27, 2013

TEMBAM BU DIRI !!!

5 comments:
sgt excited nak lihat perkembangan izzat.
ari tu gi cek up kat kpj kajang, dr asmuni...
dr asmuni ada advice agar jgn biarkan izzat tak aktif.
kene exercise kan dia selalu. jgn asyik baring jer...

muka tu sila control skit dik ooi...

izzat cepat give up...
tak lama pun dpt suruh dia diri...
paksa dia!!!

kan da kena peluk dgn ayah :-)

next week izzat da masuk 10 bulan, merangkak pun belum!
merayap la membersihkan lantai umah ibu ni...

moga tembam bu sihat ye :-)

Photobucket

BENGKEL BIJAK AL QURAN |pengisian cuti skola anak-anak dara !|

2 comments:

ready da pagi tadi, excited diorang.
bengkel start today until friday.
8 pagi hingga  4 petang, siap sarapan dan makan tghari...


and sampai je kat ALC (al baghdadi learning centre) bukit katil tu, tak pandang dah kat ibu, terus masuk kelas :-)
i like u both darling, bersemangat !!!

sebenarnya anak-anak dara berdua tu da start belajar mengaji teknik al baghdadi since januari 2013 lepas.
setiap jumaat, 8.30 - 10.30 malam.
dekat je dari umah, alhamdullillah...
then, bila ada program for cuti sekolah, tanpa lengah-lengah terus saya masukkan diorang.

sebenarnya umur layak join BBQ is dari 8 tahun.
but according to ustazah, syuhada da boleh join kerana dia sgt ok meskipun dia baru 6 tahun.
alhamdullillah...
so, ok la kan...
antara pengisian bengkel ni ialah ~ bacaan al-quran, hafazan surah lazim dan amali solat.


utk orang melaka yg berminat join BBQ ni, boleh daftar lagi.
call ustaz din ~ 019-7787478.
ALC bukit katil kat lot kedai IKS bukit katil berdepan dgn masjid saidina ali.
minggu ni satu sessi. minggu depan pun ada lagi boleh uolls join.
in shaa Allah...

Photobucket

Friday, May 24, 2013

IZZAT TIDO LENA TAK?

5 comments:


geram nyer tgk gambo gambo di atas. saya snap time izzat lena. memang time dia tido la sedap nak cium. and most of the time, izzat tak terjaga. may be dia akan bergerak-gerak skit, and sambung tido. cukup susu, suasana tak panas, tak bising, apa lagi kan tido lena lerrrr... izzat tak pakai buai. memang anak-anak saya tak dibuaikan, tak kuasa nak usung buaian ke mana-mana. tido tiarap. lena...

ada satu mlm tu dia tido hampir jam 12 tgh mlm. tak nangis but nak merayap!!! aduhai, letih melayan bujang sorang ni. kakak da tido awal-awal lagi la...

izzat mesti pegang puting time dia tido. if dia terjaga, otomatik dia masukkan sendiri puting dia. if dia tak jumpa, baru dia nangis... comel!

saya da bagi tips camne nak baby tido lena dulu ---> TIPS BAYI TIDO LENA...

and memang saya apply ler. my mr.asben byk bantu. most of the time, dia yg lebih tahu part mana nak cek dulu... what to do... tq ayah!

kalau izzat susah jer nak tido mlm, merengek ~ mesti cek pampers dulu, berak ker, kencing byk ker, melecet ker, ruam ker... tang pampers saya layan dulu. if ok... saya ke bahagian perut. hmmmm perut berangin ker, sakit perut berak-berak ker, then dgn segera amik minyak yu yee cap limau. saya pun sapu la kat area perut dia dan tang belakang atas punggung. urut skit skit... in shaa Allah ok la pas tu. most of the time lerrr...

then, kalau la semua di atas ok. no problem... terus saya aim tang dahi, panas tak anak boy ibu ni? hmmmm penting! saya memang cukup jaga temperature badan baby. dari nurin dulu, ke syuhada hingga ler ke izzat. stok tempek kepala tu memang standby at least sekeping dlm rumah. apa-apa hal, tempek sekeping dulu...

one thing yg sgt obvious bikin izzat tak selesa ialah ~ selsema!!! da 2-3 kali dia kena selsema, memang siksa ibu ayah... dia memang takkan tido selagi hidung dia tak clear... tertiarap salah, telentang salah, dukung pun salah! alololo anak ibuuu...

izzat cepat panas... tak bleh kurang angin skit, berpeluh! maka, skang ni setiap malam antara jam 8 mlm hingga 11 mlm ibu terpaksa on air-cond. hmmmmmm up dlm RM20 - RM30 bil elektrik ibu tau sayang oiii... sejuk, baru dia ok. if not, tergaru-garu kepala!!!

izzat lena tido malam, ibu ni and ayah pun lena lerrr... sebab tu ibu ayah jaga awak agar tido lena hi hi hi... if izzat langsung tak nak tido disebabkan ntah apa-apa, ayah dia la yg last sekali akan buat dia diam dari terus nangis. mr.asben memang lebih tahu dari saya bab ni. sebab saya kurang sabarrr!!!

apa apa pun, baby ni memang tak menentu... ikut sedap dia je most of the time.

Photobucket

Thursday, May 23, 2013

ADDICTED TO DAISO!!! |mengkotakkan segala yg boleh dikotakkan|

12 comments:
lagi dan lagi!!!

frens semua da baca tak post saya yg dulu ?  EVERYTHING I NEED !!!
saya da tersangkut dgn daiso... dulu setakat beli felt jer. skang, addicted to boxes / storage items...
skit skit kemas umah. try to buat 5S kat umah. saya ni assistant ketua kumpulan utk 5S kat ofis. umah kena gaks 5S. tapi, umah saya yg kecil ni penuh!!! sarat!!! brg semakin hari, semakin byk... ye ler, anak da bertambah, harta dapur da bertambah hi hi...

ok ni apa yg da saya shopping kan kat DAISO. 3 - 4 kali pergi tau ~ DAISO jusco bandaraya melaka and DAISO mahkota parade.



origami papers utk nurin & syuhada...


few days juga di ambil tuk meng'5S'kan semua... skit-skit... masa bukannya banyak. then, sebelum buat kena fikir dulu. apa nak kemas, mana nak letak, ada ke tempat, ... tagging lom buat lagi. tempat pertama yg saya nak kemas, laci kabinet make-up. adumak aii, sepah! nurin & syuhada plak memang dok kebas brooch ibu. byk da brooch rosak yg harus disisihkan dulu ye... and kotak aksesori tangan ~ gelang & cincin. emak saya gi umrah last 2 years byk belikan gelang kristal. cantik-cantik. termasuk la sebentuk cincin batu apa ntah, mahal la kat mekah. kotak tu pun sepah, takde time nak kemas!!!


dulu...

*
*
*
hasil nyer di bawah...

tiada barang kemas tulen ye di atas! semua kristal, swaroski dan emas celup-celup aje...
sekarang...

*
*
*
lagi hasil 5S...

ni brg original kereta asben, daripada beli dulu...
tukar barang skit, yg original ni kena la simpan...
so, da ada kotak khas utk dia. tak le berhabuk !

ni plak adalah kompilasi cd & dvd gambar famili... video famili...
semua nyer dari 2006 hingga 2011...
2012 takde, lom sempat create, masuk terus ke external hard disk.
akan create gak later utk back up.
so, semua ce & dvd da masuk kotak hi hi hi...

ni box berikutnya...
letak segala wayar yg wujud lama rumah!
termasuk koleksi phone lama yg antik gitu !!!
bleh refer SINI untuk citer pasal antik ye... menarik!!!

box yg sama cuma bila dialihkan phone di atas, tu hah berselirat segala wayar la, charger la, etc...
mcm2 gajet beli complete set dgn segala jenis wayar.
tu yg jadi sgt byk!!!

setelah semua dikotakkan dgn sempurna, ada question mark yg MAHA BESAR dlm fikiran timbul.
mana aku nak letak semua kotak ni??!
hmmmmmm lom ada ruang yg free sebab umah kecik molek kan...
kena tunggu la rumah baru bila-bila masa beli ha ha ha ha...


hah gitu la susunan sementara ye...
di satu ceruk di dalam salah satu bilik!

tu jer saya nak share this time :-)

Wednesday, May 22, 2013

BEWARE OF PENIAGA ONLINE MENYAMAR SEBAGAI PEGAWAI KANAN KASTAM !!! JGN TERTIPU !!! SEBARKAN !!!

10 comments:
mlm tadi tgh mlm ada member mesej kat fb.
punyer la marah!!!
ofismet @ bff kena aniaya oleh orang yang tak bertanggungjawab!!!




berhati-hati dgn akaun facebook 
if korang beli, account holder name 
yg dia akan bagi lain plak iaitu 
RAIHAN ALI.

gambar ofismet saya tu dia cilok sebab gambar beruniform lengkap.
dia PM orang yg nak beli and kata ianya BARANG RAMPASAN KASTAM.
kurang ajar!!!
ko nak cari rezeki, ko guna la cara halal...
apa-apa masalah nanti, ofismet saya tu bakal jadi sasaran, kan?

and ada info dari siasatan frens, ada orang da beli, da bayar, tak dpt barang pun...
Allahu Akbar!!!

tolong la sebar kan ye.
agar tiada blogger and frens kepada blogger yang tertipu.
if ada yg kenal or da terkena ~ sudi-sudi la inform saya...
kami nak amik tindakan keras kerana guna nama jabatan!!!

kami kat melaka ni rapat. bila ofismet teraniaya, kami semua rasa marah.
kami mana ada jual barang rampasan!!!
apa yg dia jual kat fb dia tu, kami TAK RAMPAS!!!
terutama gajet, sebab gajet takde cukai, apa hal kastam nak rampas???!
ingat kami takde keje lain ke???!

Photobucket

Tuesday, May 21, 2013

KOTAK JAHIT !

11 comments:
saya minat menjahit... tapi tak tahu teknik menjahit yg betul, pakai belasah aje kalau jahit apa-apa kat umah ni. biasa nyer jahit butang kat baju, kancing kain sekolah nurin yg longgar, bantal peluk anak-anak yg da nak terburai... tu aje la. jahit baju? bak kata mak saya, "awak bekerja, ada duit, anta tempah aje..."

saje je nak kongsi kotak jahit saya edisi terkini... lengkap tau... ha ha ha...


view depan...


view belakang...

ok tak?

mcm-mcm ada. jarum je mcm-mcm saiz. benang mcm-mcm warna. butang mcm-mcm saiz... sgt minat menjahit, nak carik masa yg sesuai untuk maintain minat yang satu ni. cross stitch pun da lama sgt tertunggak ni!!! dari pregnant hingga la skang izzat da pun 9 bulan ha ha ha...

p/s: byk benda beli kat daiso!!! ha ha...


 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif
Photobucket

Monday, May 20, 2013

THE BODY SHOP MEMANG NAKAL!!

3 comments:
ha ha tajuk tak bleh tahan!
mana tak nyer nakal, abis duit i!

hasil tangkapan di the body shop sabtu lepas.
singgah few minutes kat jusco ayer keroh just utk shopping kat sini :-)
ada extra diskaun 10% utk member...

merah nyerrrrrrrrrrr.....
last time dpt paper bag body shop yg gorjes, i like.
kali ni body shop da guna plastik plak hmmmm...

isi dlm plastik merah ituuuu...
mana yg murah tu amik la more than 1.
murah tu dlm kategori 50% - 70%. and extra 10% utk member...
i like! bleh la penuhkan laci buat stok...
ni la tips jimat cermat nyer ~ bila time sales, uolls kena gi and borong sebanyak mungkin!
make sure semua tu barang yg korang memang guna la.
if keluar tajuk, tak nama nyer jimat cermat...

and time sales gini, korang bleh try benda baru yg korang impi kan nak try but tak try sebab mahal.
ni la time nyer cuba beli sebab murah... berbaloi!

antara benda yg saya borong semestinya EDP white musk, body spray white musk, lipstik (beli kaler lain, kaler pilihan sudah abis!!!), compact powder, loose powder, scrub kaki, face mist, asben's EDT of a man, asben's body wash kistina... berbaloi!!!


something new for me to try.
set skincare berasaskan seaweed.
oily & combination skin...
kalau sesuai and best, akan pakai la...

tu jer...
ada lagi diskaun, kat jusco melaka hingga 16.6.2013...

Photobucket