Bila Izzat Tiada Selera Makan...

izzat ni memang la semangat. kalau dukung bleh lenguh tgn ibu ayah ni!
susu 24 jam. tak nak makan!!!
tapi saya tak risau, khamis lepas gi check up kat kk ayer keroh.
berat izzat 8.9 kg. skit lagi nak kena kawasan merah = overweight!!!
nurse dah warning da :-)

dlm gambo atas tu saya bagi dia makan biskut coklat utk kanak-kanak bwh 8 bulan.
yes. at first memang suka dia makan. lepas tu, dia reject!
biskut rusk tu pun dia suka, tapi setengah jer dia makan...
then bagi lagi dia tak nak... few days lagi, bagi baru dia nak...
alamak aii syg ibu...

izzat alahan susu lembu. minum isomil, susu soya since few months ago.
tgk la after dia cukup 1 tahun ke, baru try tukar ke susu lembu semula.
isomil ni doktor pakar kata maksima hingga baby umur 2 tahun je.
after that kena paksa minum susu lembu!!!

saya google, dia kata anak enggan makan sebab :
  1. sakit gigi!
  2. bosan dgn makanan yg sama!
  3. terlalu byk main = tak lalu makan!
  4. takde geng nak makan!
  5. takde selera time tu...
  6. ibu paksa makan = dia malas nak makan!

boleh gitu? hmmmm...

and few tips yg saya google kata nyer :
  1. dlm susu tu bubuh sekali nestum - yg ni saya tak suka amalkan. takut tersedak ke, apa ke, ... susu is susu...
  2. pelbagai kan makanan anak agar dia tak boring - bak kata teacher izzat, mcm2 resepi diorang buat, izzat tak mau makan jugak. hi hi hi... kesian teacher izzat!
  3. makan ramai-ramai baru anak ada selera - kat taska memang la ramai-ramai makan. sorang teacher suap sorang baby. izzat tak mau jugak. baby lain elok jer makan dgn bersemangat sekali!

Bila Izzat Tiada Selera Makan...
sakit gigi ??!
takde makna nyer... gigi pun baru 3 batang.
tu pun lom abis tumbuh hi hi hi...

sengaja!!! izzat sengaja tak mau makan!
dia jelir lidah... dia luahkan semula...
kuat minum susu aje...

kakak-kakak izzat dulu pun hingga umur 1 tahun tak makan.
bergantung sepenuhnya dgn susu.
hingga la sekarang, susah nyer la nak suruh makan.
sebab tu hingga kini kakak-kakak izzat berdua tu still makan bersuap.
bila bersuap dgn ibu, makan berdua lumba-lumba baru abis 1-2 pinggan nasi 😊.

as for izzat, selagi sihat, ok la ye.
ibu pun tak paksa la izzat makan.
yg penting, berat izzat maintain up and up and terus up 👍.