ada countdown to gst 2015.
kat website gst...

dari waktu saya mula menaip ni ialah...
2 hari 13 jam 55 minit dan 15 saat ke arah gst hu hu hu...

mcm2 isu on gst.
saya x nak kupas kat sini...
masa da suntuk!

TIPS UTK SEMUA :
  1. sebelum membeli barang atau mendapatkan apa-apa servis, tanya dulu ~ harga tu termasuk gst ke?
  2. jika ada gst, make sure inform peniaga atau pemberi servis tu, awak nak resit rasmi. era gst nanti, resit rasmi ni nama nyer ialah tax invoice. kat tax invoice tu mesti ada butir-butir nama syarikat, no pendaftaran syarikat (akta ssm) dan no ID gst (12 digit).
  3. jika tiada tax invoice dikeluarkan, jgn berurusniaga !!!
  4. daripada tax invoice yg peniaga atau pemberi servis tu bagi, awak boleh cek keaslian nya di website gst ~ masukkan butir nama syarikat, no pendaftaran syarikat (akta ssm) dan no ID gst (12 digit)
  5. jika peniaga atau pemberi servis tu takde dlm senarai kastam ~ sila buat aduan ke kastam bersekali dgn tax invoice tu ye. peniaga atau pemberi servis tu boleh dikenakan denda RM200k jika tidak berdaftar gst tapi kenakan gst kepada customer...
ELAKKAN TERTIPU!!!
TIADA RESIT @ TAX INVOICE, JGN BELI!!!

kenaikan harga?
sekarang pun harga da dinaikkan, lom lagi gst dilaksanakan.
kalau x puas hati pasal harga, report ke kpdnkk ye...


viral gambo di ataa 3-4 hari lepas.
dan gambo tu betul.
tu adalah pengiraan basic yg public kena tahu ye...

keadaan di atas berlaku juga sekarang ye.
ia adalah berdasarkan akta cukai jualan 1972 & akta cukai jualan 1975.
now, konsepnya tetap sama di bawah akta gst 2014.
2 akta lama di atas, dimansuhkan...


nombor 1 di atas = harga asal barang belum masuk gst ye.

nombor 2 di atas = display price sudah masuk gst ye.
inilah yg kalau kita tgk kat menu restoran, price inclusive of gst.
pengiraan nya adalah seperti di nombor 3.

nombor 3 di atas = camne peniaga dptkan harga diorang setelah masukkan gst.
actually ia dah ada da sekarang iaitu cukai jualan.
bezanya, cukai jualan sekarang ni ialah 10% !
gst hanya 6%...
ini lah harga yg uolls tgk dlm menu restoran, makanan di hotel, harga makanan fastfood iaitu mcD, KFC, pizzahut, kenny rogers, the chicken rice shop...
ketahui la bahawa semua harga da pun masuk elemen cukai jualan 10%...
gst nanti hanya 6%.

nombor 4 di atas = apabila uolls gi bayar kat cashier di kaunter, ada plak lagi gst, kan?
ini ialah, kalau sekarang ni, cukai perkhidmatan.
cukai perkhidmatan kadarnya sekarang ialah 6% jugak, sama gst nanti.
restoran ke, hotel ke, akan letakkan 10% caj servis.
ni kalau kat negara omputeh dipanggil tips.
suka kita la nak bagi tips berdasarkan layanan restoran tu.
kat malaysia, tips ni wajib !!!!
so, caj servis ni la tips yg kita dipaksa byr 10% walaupun layanan nyer mcm hampeh !
makanannyer tak sedap !
airnya tawar !
gst dikenakan ke atas caj servis ni.
ini yg uolls nampak dlm resit @ tax invoice nanti.


tu la serba sedikit saya boleh explain...

yg penting kena faham bahawa sehingga 31mac2015 ada 2 akta :
  1. akta cukai jualan 1972
  2. akta cukai perkhidmatan 1975
start 1april2015, 2 akta di atas digabungkan menjadi akta gst 2014.
gst = Goods and Services Tax.
tapi 2 akta tu masih digunapakai bagi kes-kes yg belum selesai, cth nyer tuntutan mahkamah.

membawa maksud bahawa kita dah pun byr cukai sejak 1972 lagi.
gst di ubah sistem percukaian ke arah yg lebih baik.
elemen cukai tu dah wujud, bukan baru...

... sekian!


Photobucket