Sunday, April 26, 2015

MUHAMMAD IZZAT CLEVER BOY ~ PUTUS PUTING :)

7 comments:
izzat yg dulu...
comel !

sekarang :)
lagi comel !
sebab da tak hisap puting dah :)

tanggal 15.3.15 ari tu...
hari ahad, kebetulan pagi tu kami di umah mak mertua ~ seremban.
pagi-pagi kami da bangun, sebab kena balik melaka awal ~ saya keje :)
and pagi tu la pagi terakhir izzat hisap puting.

sorok kan puting...
tak nak bagi izzat nampak!
if dia nampak, dia akan amik dan hisap terus.

dia mencari... ibu ayah buat x tau aje.
2 mlm yg pertama, dia ok. tido nyenyak...
alhamdulillah...
but 3-4 mlm yg berikutnya, dia x lena tido...
tgh mlm terjaga, meraba-raba mencari puting.
hu hu hu hu seksa nyer la si ibu ni, tak cukup tido hu hu hu...

kalau ibu ni tak kuatkan semangat, memang da bagi puting kat dia.
Allah Maha Berkuasa... ibu setabah izzat :)
hingga ari ni orait...
puting pun saya da buang :)


ayah belikan izzat lego.
alih perhatian izzat dari hadap tab / henfon :)

ibu ayah kakak-kakak syg izzat !

Photobucket

Wednesday, April 22, 2015

WW : HATI PEREMPUAN ~ SUDAH TERJEBAK & DI TGH MLM GOOGLE EPISOD-EPISOD LEPAS !!!

7 comments:



Photobucket

Saturday, April 18, 2015

BLOGGING KE LAUT, KELUARGA DI UTAMA KAN :)

10 comments:
weekend ni umah saya penuh.
emak abah, adik pompuan saya & anak-anak sedara dtg...
alhamdulillah!
dari awal pagi tadi hingga la setengah jam yg lepas, saya kat dapur :)
best!
kalau adik saya dtg, byk la projek masak kami berdua hi hi hi...

abah plak kurang sihat dari semlm...
alhamdulillah, skang ni kat depan tu hah sedang tgk bola ~ jdt vs. kelantan...
da dgr suara abah...
abah da ada selera makan...
tq Allah!

bersyukur krn dpt spend masa kat umah weekend ni.
dgn anak-anak...
meskipun rabu lepas adalah cuti umum kat melaka ni, tapi saya keje 8 am - 5 pm.
saya yg menurut perintah :)

lama juga x dpt nak blogwalking ke umah frens.
dek tuntutan keje yg byk sejak 1 april...
dek tuntutan tugas hakiki di umah yg tak dpt nak ketepikan...
waktu blogging takde!

tq krn ramai masih klik and dtg ke blog kecik ni... tq!
i love uolls yg masih setia di sini...

till then ~ have a nice weekend :)

Photobucket

Friday, April 10, 2015

JALAN-JALAN MAKAN-MAKAN DI PANTAI TIMUR :)

12 comments:
last weekend saya berlima sekeluarga ke kelantan.
stay 1 mlm di holiday villa lagi... 
mr.asben ada urusan.
kali ni takde aktiviti shopping...

pergi sabtu & balik ahad... letih!
anak-anak sempat 1 slot je swimming kat pool.

on the way back tu, kami ikut jalan ke arah highway pantai timur.
ikut jalan lama, lalu besut hingga la sampai ke tol kuala terengganu.
on the way ke tol tu, jumpa satu gerai jual kuih akok & kuih bakar.


kuih akok...
kuih ni bahan asas nya telur...


kuih beko (maap kalau salah)
saya ikut apa yg makcik jual tu cakap.
sedap! garing!
kelapa dan telur...

tak beli kuih bakar, kat melaka melambak jual.
kuih akok & kuih beko tu dibakar atas kayu api dan sabut kelapa.
so tradisional...

then... melalui highway pantai timur, ada exit ke chukai, terengganu.
nak ke pantai teluk mak nik makan satar :)

kepok lekor...

otak-otak ikan & satar...

otak-otak ikan pantai timur...
lain sikit dari otak-otak kempas.
sedap!!!

a very short trip...
nice...

Photobucket

RESIT GST TULISAN TANGAN ~ 1 MEI TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL !

4 comments:
kesinambungan dari entry INI...
saya share sedikit perkembangan.



ini membuktikan kerajaan amik serius aduan rakyat.
kita da bagi guidelines utk peniaga ikut.
kedegilan mereka membuatkan rakyat keliru!
kealpaan mereka byk merugikan rakyat!

apapun sekarang, pastikan cek tax invoice anda.
buat tempoh masa 3-6 bulan, akan adalah mcm2 masalah.
peniaga yg mcm2 kerenah...

bersabar aje la...

yg pasti start 1 mei 2015 takkan ada lagi peniaga yg nak caj gst menggunakan tax invoice tulisan tgn.
harap dpt la buat aduan, kiranya terjumpa ye.
kalau tiada aduan, peniaga tu takkan ubah! takkan berubah!
akan terus menerus menindas org awam & menjejaskan hasil negara...

kuasa di tgn kita ! guna kan la sebaik nya...

di melaka ~ opis kastam buka 24 jam sehingga 30 april.ada apa2 aduan, boleh dtg atau call 2325855 (call centre gst JKDM melaka)

Photobucket

Thursday, April 09, 2015

YESZAAAAA... REZEKI DARI ALLAH ! TERTEKAN DEK GST, DIGEMBIRAKAN DGN NUFFNANG :)

13 comments:

sudah terima cek pertama dari nuffnang...
alhamdulillah...
esok mau bank in.
ari ni x sempat, meeting pagi dan ptg...

ubat diri di kala tertekan dek gst !
syukur nikmat Allah...


Photobucket

Sunday, April 05, 2015

INFO GST : RESIT TULISAN TANGAN BOLEH DIGUNAKAN

7 comments:
salam hujung minggu :-)
hari ke5 di era gst.
baru hari ke5 da mcm2 hal...
and semua dilemparkan kpd kastam ~ kunun nya kastam x bersedia.
kastam x bersedia?
kpdnkk x bersedia?

atau peniaga yg kelam-kabut & x bersedia sebenarnya?
guidelines telah diberikan.
mereka telah mendaftar sebagai registrant gst.
tanggungjwb mereka utk ikut guidelimes yg kastam & kpdnkk gariskan.

org awam?
maklumat ada, tapi pegang jugak maklumat yg salah.
viral yg x betul.
kata-kata dari jaguh menaip di laman sosial...

apapun, kerajaan dan rakyat kena saling mendukung.
kerajaan perlu kan support rakyat...

and again kali ni kastam buat keputusan utk ringankan beban peniaga.
kelonggaran dlm isu tax invoice.
tulis tgn dibenarkan TAPI butir-butir nama, alamat & id gst WAJIB dlm format printed.

ni salah la.
takde id gst...
kalau dia upgrade skit tax invois ni.
letakkan id gst ~ VALID :-)

ni pun salah!
tak boleh cop-cop!!!



jgn plak ada tuduhan ~ kastam mcm angin, berubah-ubah!
think positively...
kerajaan beri kemudahan kpd rakyat.
beri apa yg boleh utk rakyat ikut undang-umdang.
hasil negara tak terjejas...

Photobucket

Friday, April 03, 2015

TIPS GST : DI MANA & BAGAIMANA NAK SEMAK SYARIKAT / PERNIAGAAN BERDAFTAR ATAU TIDAK ?

8 comments:
semlm saya citer pasal tax invoice di SINI.
boleh la klik and baca dulu.
sebab ini berkaitan...

camne org awam nak cek samada syarikat / perniagaan tu berdaftar ke tak?
pertama, klik ke website GST.



akan ke page seperti kat bawah ni.
boleh jugak kalau nak direct ke page TAP ni.




rasa nya mudah kan nak follow gambar-gambar di atas ?
alhamdulillah...

seperti yg saya share kan di SINI semlm, ada guidelines utk tax invoice, kan.
mesti ikut la kan...
bagi syarikat / perniagaan yg clear ada nama syarikat, no syarikat dan id gst ~ tiada masalah.
tapi jgn dilupa, masih ada perniagaan yg letak trade name.
contoh di bawah...

ada clear tunjuk 'tax invoice'...
clear ada juga buti-butir brg dan harga & gst.
tapi tiada no gst...
bila pelanggan cek dlm TAP, takde pun tersenarai burgerbyte sri permaisuri!

terus la pelanggan tu komen dlm fb burgerbyte sri permaisuri.
and, dpt la reply yg positif :) seperti di bawah...

di atas ni adalah gambaran utk registrant ye.
rupa-rupanya burgerbyte tu trade name saje.
register atas nama lain ~ nama perniagaan ~ najwan legacy...


so dinasihatkan burgerbyte perbetulkan tax invoice bagi tidak kelirukan pelanggan.
boleh la refer kastam utk khidmat nasihat :)

atau buat mcm tax invoice di bawah...
ni sementara nak perbaiki sistem printed tu la kan...


ok....
itu aje saya nak share ari  ni...
in shaa Allah, kalau ada apa-apa boleh tanya di ruang komen :)

Photobucket

Thursday, April 02, 2015

VIRAL 1 APRIL 2015 ~ BASIC TIPS NAK FAHAM TAX INVOICE DI ERA GST :)

8 comments:
ni guidelines for tax invoice...

basically setelah semlm keluar mcm2 jenis tax invoice, saya share la guidelines tu...
viral tax invoice kan semlm...
wassap saya penuh dgn resit kawan-kawan hu hu hu...

ramai yg keliru dgn tax invoice ni.
cop aje!
bukan printed...

setelah kastam berdiskusi ~ tax invoice di atas VALID!
kerana semua butir-butir yg perlu lengkap.
and tiada keperluan utk printed tax invoice.

ini dipermudahkan bagi peniaga yg ada stok invoice.
tak guna, akan berlaku pembaziran.

enterprise di atas adalah registrant :)


secara illustrasi apa yg wajib ada di tax invoice...


ni plak tax invoice seorang sahabat saya di kedah.
semlm dia wassap saya tax invoice ni.
tak boleh ye!!! sebab tiada id gst...
kena cek la dlm website kastam ~ ada tak dia dlm list registrant gst.

yes... registrant...
so kesalahan dia ialah tidak paparkan id gst.
akan disiasat nanti, sebab da ada org awam buat report.


ini salah!!!
caj gst tapi tiada id gst!!!




ada member saya persoalkan 
da jadi keje plak org awam kena report. 
pastu org awam kena semak harga la, banding harga la... kerajaan buat apa?
penguatkuasaan tak buat keje ke?

yes. kerajaan pantau.
kalau ada report, penguatkuasaan lebih tingkatkan pemantauan.
sebab ada berjuta-juta barang & perkhidmatan tertakluk dgn gst.
barang mana?
perkhidmatan mana?
kedai mana?
especially yg nak menipu tu kan...
lebih baik kalau ada report pengguna, penguatkuasaan boleh la selesaikan segera.
instead of penguatkuasaan merayau dok pantau barang / perkhidmatan yg tidak bermasalah.

pengguna ada kuasa.
guna kan... lapor kan kpd kerajaan.

"bantu kerajaan utk kerajaan bantu anda..."

Photobucket