Friday, August 14, 2015

DI RUMAH SAYA ~ SEMUANYA MERAH !!!

sambal kentang goreng

sambal ikan cencaru goreng

asam pedas ayam

sambal sotong

merah merah merah kan?
yes, kat umah saya ni, masakan saya kebanyakan nyer mengguna cili kering blend.
lately ni aje saya reti skit guna cili merah blend.
sebab?
saya org melaka, membesar di melaka dan now membesarkan anak-anak di melaka.
wajib la menyambal tiap hari :) hi hi hi....
kebetulan mr.asben org nogori sombilan.
pedas cili merah ni apa aje nak dibandingkan dgn pedas cili padi...

anak2 dara saya dari kecil da makan sambal.
tiada masalah...

izzat?
sekarang dia da reti makan sambal.
menjilat jari uolls :) ha ha ha...

but kepedasan masakan utk anak-anak bertiga saya control.
tak ler pedas menggila.
cili padi saya larang diorang makan.
ditakuti perut tak tahan...

one thing good bila anak-anak biasa makan pedas ialah...

bila pergi umah org, diorang makan aje apa yg ada di depan mata. terutama makanan pedas. takde la songel nak lauk lain... takde la dok komplen makanan pedas hingga x bleh makan. takde la muncung hingga tak nak makan dan memalukan ibu ayah...

alhamdulillah...

p/s : tghari nanti rehat panjang, boleh la kita semua gi supermarket beli brg basah utk masak weekend ni :)
Photobucket

9 comments:

  1. aida sama jer kita, rumah Farah pun mesti nak kena ada sambal, kalau sambal kosong semata-mata iaitu tumbuk bawang, tumbuk ikan bilis pun jadi tau makan...

    ReplyDelete
  2. Merah merah yg menggoda selera :)

    ReplyDelete
  3. Anak-anak saya juga suka makan pedas.
    cuma mak jer yang tak berani nak bagi kerap sangat... takut tak sesuai dengan perut :D

    ReplyDelete
  4. Sambal sotong tu menarik perhatian, untung anak2 makan pedas, x payah nak masak asing2 kan..

    ReplyDelete
  5. Alahaiii...sambal sotong tu, sedapnya. Anak2 kita pon sama...makan pedas gak.

    ReplyDelete
  6. yg merah2 ni la sedap...lapaqqqqqqqqq

    ReplyDelete
  7. Akak pula...tak boleh tak ada cili padi....

    ReplyDelete
  8. wah...ni yang buat lapo tengok ni
    anak-anak saya sikit pedas pun tak nak makan
    payah sungguh!

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)