Friday, October 23, 2015

MARI KITA BUAT LASAGNA WEEKEND NI ?

sempena birthday mak ari tu ~ SINI ~ saya buat kan famili lasagna.
kami adik-beradik masa- memasak aje ari tu.
beli dominos pizza.
kami mak-mak byk anak ni, tak brape kuasa nak makan luar.
anak-anak semua aktif, karang makan tak kenyang !
dok lepak umah, kenyang and senang ati :)

nak share resepi ajer la.
sharing is caring...
pernah share resepi lasagna versi roti kat SINI.
lebih kurang aje.
tapi ada tukar-tukar skit :) ubah citarasa.
google sana sini... baca majalah skit-skit...

bahan-bahan :
  1. 8-9 keping instant lasagna
  2. daging cincang 400g
  3. 6 sudu mentega
  4. 2 labu bwg holland - potong dadu
  5. 5 ulas bwg putih - hiris halus
  6. 1 tin sos prego
  7. 1 tin tomato puri
  8. 200ml full cream milk ~ utk sos bolognese
  9. 500ml full cream milk ~ utk sos putih
  10. 3 biji tomato - potong dadu
  11. 1 batang lobak merah - potong dadu
  12. 1 tin cendawan butang - hiris jgn halus sgt
  13. 1 buku cheddar cheese 250g ~ separuh utk sos putih & separuh utk disagat halus
  14. 3 sudu tepung gandum

instant lasagna san remo, mentega anchor & cheddar cheese kraft yg saya guna kan :)
gambar ikhsan google...
semua memang standby ada dlm fridge.
export ke rumah kakak aje on that day.

cara-cara mudah nak buat sos bolognese nyer :
  1. tumis bwg holland & bwg putih dgn 2 sudu besar mentega
  2. da naik bau... cantik bwg tu dlm kuali ~ masukkan daging cincang
  3. goreng daging hingga cantik masak
  4. then, masukkan sos prego, tomato puri & 200ml full cream milk
  5. masakkan sos ni sehingga mendidih and masukkan cendawan butang
  6. bila sos da hampir nak likat, sedikit kering baru la masukkan tomato & lobak merah tu
  7. kacau. kelikatan nyer biar la jgn terlalu berair. biar daging & sos tu bersatu cantik dan padu
nak buat sos putih nyer plak :
  1. cairkan 3 sudu besar mentega and masukkan 500ml full cream milk
  2. kacau sikit and masukkan 3 sudu tepung gandum
  3. kacau sikit and akhir sekali masukkan separuh buku cheddar cheese
  4. kacau la sehingga semuanya sebati dan likat
siap kedua-dua sos tu.
alhamdulillah.
then, separuh buku lagi cheddar cheese sagat halus.

amik la bekas aluminium foil (seperti dlm gambo di bawah ni ekk).



1. layer yg bwh skali saya letak sos bolognese (gambo di atas).
2. then, baru saya letakkan sekeping instant lasagna.
3. diikuti dgn sos bolognese.
4. dan sos putih.
5. ulang semula langkah 2, 3 dan 4.


6. seperti gambo di atas ni, di atas lapisan sos putih saya taburkan cheddar cheese yg da disagat halus

cantik jer kan :) ha ha ha

sudah siap dibakar... alhamdulillah

yes, separuh sudah dimakan.
nampak tak lapisan-lapisan tu ?
nipis-nipis aje...

resepi saya tu boleh buat 3 bekas aluminium.
memang laku keras la lasagna ni :)
puas hati...
makan ramai-ramai, semua komen positif.
boleh diperbaiki lagi...

and saya tak bubuh garam ekk dlm sos bolognese.
sebab saya guna mentega salted.
and cheese lebih 200g saya guna utk lasagna ni.
tu aje da membangkitkan rasa masin-masin nyer. 
just nice la utk mak saya makan.
abah saya x makan. rasa sesudu aje.
selera abah da x brape betul skang ni.

sekian... kalau ada cadangan penambah sedap, boleh ekk komen :)

Photobucket

5 comments:

  1. hmmm melting! menggoda you...haha...aida, kalau guna instant lasagna tu dah tak payah rebus dulu ya?

    ReplyDelete
  2. nad, tak payah rebus dah.
    aida just rendam aje dlm air less than 1 minit.
    dia lembut skit. and terus susun aje.
    kalau tak nak rendam pun ok aje.
    instant kan nama nyer :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya tgk....
    tringin nk buat tp x tbuat2 lg

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)