dari awal tahun hari tu, sememangnya nurin da inform saya.
cikgu skola ada pesan ~ sila bawa panty, pad & helaian surat khabar ke skola.
prepare sekiranya anak2 perempuan dtg haid di skola.
hmmmm saya x teringat :)

but ia adalah sesuatu yg sgt bagus, peranan guru tu penting bagi remind ibu bapa.
dari pembacaan saya and ada juga la diterangkan dlm kit libresse ni (baca SINI ye )...
aliran pertama dijangkakan sgt sikit ~ kotoran melekit berwarna coklat.
but frankly speaking, kita sebagai ibu ni da boleh tau da tanda-tanda awal yg anak dara kita nak dtg haid dah. ini memang hakikat kot.
tanda paling simple ~ kotoran warna kuning-kuning kat panty anak.
panty mereka bertanda!
mostly la... ada jugak yg langsung takde tanda awal.
takde sakit perut. takde sakit breast. takde jerawat...
tiba-tiba! terus dtg haid...
ibu kena prepare la ye mentally :)


masa utk kenalkan anak dara kita dgn pantyliner.
bila diorang da mula discaj kan kotoran kuning-kuning tu, da start la kena up kan penjagaan kebersihan.
bila pakai pantilinyer ni, ini akan bantu mereka kekal bersih.

one thing yg saya suka nak share, hasil pertanyaan saya dgn kakak la (a doctor).
ikut pengalaman perubatan dia sendiri, ada anak perempuan yg da dtg haid pertama kali, haid kali kedua mereka adalah beberapa bulan selepas tu.
ada yg langsung tak dtg period lagi selama setahun!
ini adalah normal. kerana hormon mereka belum stabil.
kalau dtg tiap bulan ikut kitaran normal, ok la tu kan :)
maka again here, ibu kena mentally strong...
bila dah gini, better ajar anak dara kita pakai pantyliner ~ agar mereka bersedia pada bila2 masa.


sememangnya ~ bila da period, anak dara kita da kena di ajar 4 perkara di bawah :-

camne nak pakai pad ?!
paling utama ni hu hu hu...
bila pakai pad ni kena selesa... if not, serba serbi x kena!

  1. brape kerap kena tukar pad ? ni perlu bimbingan ibu secara direct and praktikal ni :)
  2. cara cuci pad ? penting! penting! penting!
  3. cara buang pad dgn sgt betul ! jgn buang merata-rata. jgn tak bungkus!
p/s: kalau panty anak dara kita kena darah, ajar dia utk cuci sendiri. rendamkan dulu dlm air panas, then cuci dgn sabun basuh.

dekat di hati bila menulis entry ni.
saya sudah melalui nya :)
Photobucket