Wednesday, January 06, 2016

MELAKA DI BUANG JAUH NUN DI PANTAI TIMUR ~ SAMPAI HATI :(



Melaka terletak di atas Terengganu... pembaziran RM3 juta !
percetakan semula buku teks Sejarah tahun 6 yg tersilap cetak tu akan menelan belanja sebanyak RM3 juta.
dari segi angka, lebih kurang 400,000 naskah buku Sejarah tahun 6 terpaksa dicetak semula.
hu hu hu itu aje da telan belanja kerajaan juta-juta.
nak collect... nak lupus... nak print out... nak edar semula ~ setiap tu libatkan kos.

"Kami mengambil serius kesilapan ini kerana DBP terpaksa menarik semula 70 peratus buku teks yang sudah diedarkan di sekolah untuk dilupuskan dan mengupah lima syarikat pencetak bagi cetakan semula dengan kos tinggi," katanya.Laporan tersebut disiarkan dalam ruangan Sastera Berita Harian, hari ini.Tambahnya, walaupun buku teks Sejarah Tahun Enam bagi SJK tidak mempunyai kesilapan pada peta Melaka, ia turut dicetak semula bagi tujuan pengemaskinian.DBP turut memberi jaminan buku cetakan semula bagi teks itu dijangka diedarkan ke sekolah selewat-lewatnya pada 31 Januari 2016.Manakala bagi pasaran terbuka pula, ia dijangka boleh didapati di kedai buku khususnya koperasi DBP bermula 15 Januari bagi SK dan 20 Januari bagi SJK."Mengikut jangkaan, proses cetakan selesai pada 6 Januari dan edaran akan dilakukan secara menyeluruh dengan kemungkinan sekolah di bandar akan menerima buku teks lebih awal, iaitu pada minggu kedua Januari," katanya.

tau la melaka kecik...
tau la melaka takde sultan (takde ke???!!! ha ha ha ha)...
tau la melaka ni glamer di musim cuti skola...

ada org dengki ke?

hi hi hi :)
ok bye!

Photobucket

12 comments:

  1. erk..ya allah...kan satu hal dah....

    ReplyDelete
  2. RM3juta bukan sikit tu Adianiez..
    terbuang..
    Pastu kos cetak semula...
    Buat ajer pemakluman yg silap sedikit tu..
    Selalunya kan ada editor..
    kenapa ini terjadi juga..

    ReplyDelete
  3. hahaha...jauhnya dia hantar.. Aida the shore tu best...pergi lah..hehehehe...

    ReplyDelete
  4. YA Allah, memang cost tinggi laa macm ni..

    ReplyDelete
  5. Awat ler ke situ pergi nyer ... Huhuhu ...

    ReplyDelete
  6. 3 juta je, bukan 2.6 billion ., harhar2 lahabau

    ReplyDelete
  7. napelah boleh jadi camtu...sangat2 membazir kan

    ReplyDelete
  8. What a waste, kan. Siapalah pergi campak Melaka sampai ke atas tu,..

    ReplyDelete
  9. Oh kes gini pun ada.. saya tak perasan berita ni sblm ni.

    ReplyDelete
  10. jauh sangat kena buang tu...huhu
    tapi duit pula yang banyak kena buang

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)