Feb 19, 2016

PERKEMBANGAN IZZAT SETELAH 46 HARI MASUK TADIKA :)

salam pagi jumaat...
moga hari ni semua frens baik-baik aje.
kita mulakan ari ni dgn penuh hikmah dan ceria gembira :)
nak citer la perkembangan izzat.

melangkah masuk ke tadika on 4.1.2016 lepas. masuk kelas 4 thn.
di usia yg baru aje genap 3 tahun 5 bulan 8 hari (lebih  kurang la...).
dlm kelas izzat hingga ari ni just 4 orang including izzat ~ 3 org lagi girls.
dgn satu teacher yg bertanggungjawab jaga mereka 4 org hingga ke ptg, teacher Imah.
ada lagi teacher yg lain utk anak-anak umur 5 dan 6 thn, and anak-anak transit ptg hari.

isnin lepas, 15.2.2016, saya cuti.
dpt la luangkan masa utk anta dan amik izzat dari tadika.
so, ptg tu borak-borak la dgn teacher Imah. nak tau la perkembangan izzat dari segi belajar.

  • izzat lambat skit buat keje berbanding classmates yg lagi 3 org. sebab nyer izzat suka releks. termenung. pandang org lain hi hi  hi... bila classmates dia tak tukar ke mukasurat baru, walaupun izzat tak siap lagi keje di mukasurat lama, dia nak juga ikut tukar ke mukasurat baru. teacher layan kan ajer la...
  • classmates izzat 3 org girls tu da petah bercakap, tak pelat. izzat sorang aje yg masih pelat. tapi diorang kalau borak berempat, saling faham-memahami aje gaya nya. pada teacher, izzat akan cepat perbetulkan percakapan nya.
  • izzat aktif. mudah la ikut arahan kalau time bersenam, time makan, time riadah ptg hari. boleh dikawal.
  • izzat mudah merajuk! mudah sentap! ha ha ha... kat umah pun sama hu hu hu...
saya ok aje. sib baik la student 4 thn tak ramai hi hi hi.... ijat oh ijat...

semlm, teacher Imah wassap saya.
betapa la happy hati saya :)
di tadika, waktu ptg ada ustazah yg dtg utk ajar anak-anak Iqra'.
terutama anak-anak 5 dan 6 thn.
utk 4 org anak-anak 4 thn ni, kalau diorang nak, baru la ustazah ajar, takde paksaan.
bulan lepas izzat tak start mengaji. saya inform teacher Imah, tgk dulu izzat nak atau tak.
kalau izzat nak, test dulu dia boleh tak mengaji ~ konsentrasi dia, sebutan dia, bacaan dia.
then, bila dpt wassap dari teacher Imah gitu ~ alhamdulillah :)


ni saya share few gambo saya snap time izzat buat homework.
kalau dulu dlm entry INI dia nak tak nak aje pegang pensil, now izzat da ok :)

memang sgt serius.
langsung tak layan ibu yg suh dia tgk camera... caya la ijat!
tgk la tu. bukan nyer dia nak ikut anak panah.
dia belasah aje, janji semua dot dot dot tu dia sambungkan :)
boleh la ijat...
ni plak bila tangan kanan dia lenguh, boleh plak tukar tangan kiri ha ha ha...
tapi jap jer la. tukar kanan semula.
alhamdulillah da betul da cara ijat pegang pensil.
and concentration dia utk sambungkan dot dot dot tu pun kira perfect la.
walaupun ada la skit ke laut towards the end... sudah penat!!!

then entry ITU jugak kan betapa la izzat malas nak kaler kipas :)
alololo anak oh anak.
now, izzat da ok mewarna. dlm kawasan yg perlu diwarnakan la...


mcm-mcm gaya kan izzat menulis dan mewarna ha ha ha...
bukan nyer boleh kita tegur-tegur sgt.
karang sentap! tak nak buat homework hu hu hu....
layan kan ajer la. janji nak buat homework.

pada saya kira ok la.
saya puas hati.
saya gembira. rasa sgt berbaloi masukkan izzat tadika di usia yg awal.
yes, mungkin tak ramai yg sokong cara saya masukkan izzat di usia ni. sebab :-

  • anak masuk tadika awal, akan cepat boring sebab terlalu awal bersekolah
  • anak akan stress and masa kanak-kanak nyer dibazirkan dgn disuruh belajar
  • terlalu muda nak suruh belajar, masih sgt kecil
  • kesian...
tapi apa kan daya saya, sememangnya izzat da masuk taska bila genap usia dia 3 bulan.
saya tiada famili yg boleh babysit izzat.
babysitter yg berdekatan pun saya tak dpt nak cari ~ tiada!
ke taska adalah solution yg ada. alhamdulillah izzat ok di taska.
last year, di taska pun izzat da beruniform (tshirt & track bottom).
di taska last year dia da ada aktiviti mewarna, menulis (menconteng sebeno nyer).

so, this year dia just upgrade terus ke tadika, management yg sama.
itu la tempat persinggahan izzat sementara saya & mr.asben bekerja.

tapi, nurin dulu pun meskipun babysitter yg jaga, saya masukkan taska 4 thn juga.
and as for syuhada, umur 3 thn dia da join nurin di tadika.
masa tu sepatutnya syuhada di taska (premis taska di hadapan premis tadika, management yg sama).
saya da stop kan diorang dari diasuh oleh babysitter, atas sebab-sebab peribadi masa tu.
syuhada tak nak dok taska, tanpa kakak. terpaksa teacher izinkan dia belajar sekali dgn nurin dlm kelas yg sama, 5 thn.
kalau nak dikira, syuhada di alam tadika selama 4 thn (bermula di usia 3 thn hingga 6 thn).
tiada efek negatif. alhamdulillah...

maybe parents punyai pendpt berbeza on this la.
and ia bergantung kpd senario keluarga tu masing-masing.
cara keluarga tu menjalani kehidupan masing-masing...

maybe org lain tak tahu camne perasaan saya terpaksa anta nurin & syuhada di usia 2 bulan (masa tu keje swasta) ke jagaan org yg tak dikenali dulu. keluarga jauh. tawakal.
ending up, babysitter nurin & syuhada memang perfect.
hingga kini masih lagi kami berhubung baik :)
as for izzat, babysitter da tak mampu jaga baby, terpaksa saya anta ke taska.
dlm hati ni menangis. sedih. apa la nasib baby boy sorang ni. tak dpt belaian yg sepatutnya secara ekslusif.
semua sedia maklum la kan, di taska dlm satu masa tu ada 3-4 baby lain seusia.
namun, itu choice yg ada. berdoa agar izzat selamat di bwh jagaan teacher Ina.
and teacher Ina sgt bagus. sgt prihatin. sgt penyayang. alhamdulillah :)

melihat izzat yg sgt bagus perkembangan setakat sekarang, hati ni berbunga kegembiraan.
ada lagi perkembangan positif nyer yg saya akan share ekk.

ok bye!

Photobucket

7 comments:

  1. mak aih rajin dia buat keje skul ..haha

    ReplyDelete
  2. Kejap guna tangan kanan..
    Kejap tangan kiri ye Izzat..
    Penatlah menulis ye..

    Perkembangan yg bagu buat izzat tu Aida..
    Lagi pun izzat baru 4 tahun..
    Good job izzat..
    KIPIDAP..
    DONGIBAB :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ;) semoga menjadi daie suatu hari nanti ;)

    ReplyDelete
  4. Tengok gaya ijat pun seronok sek kn. Sbb klau bdak protes, smpai ke hrini dia xnk buat sbrng kje sek. :)

    ReplyDelete
  5. Hahhaha... macam-macam gaya ada.
    Takpelah yang penting rajin nak buat tu

    ReplyDelete
  6. Cakap pelat ni mesti Ijat manja kan Aida....Tp budak lelaki mmg gitu, lambat sikit matured.
    Masuk tadika awal ni bagus jugak sebenarnya mereka cepat berdikari

    ReplyDelete
  7. bagus ijat.. semoga berjaya macam kakak2 ya..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...
Nanti aida balas kunjungan ye :)