kisah mlm tadi :)
surprise dari mr.asben ~ after dinner terus masuk panggung.
tiket da beli awal-awal di MBO melaka mall.
nasib baik! punya la ramai yg nak tgk boboiboy the movie ni.
semua dtg bwk anak-anak... meriah panggung :)
baby pun ada join ~ memang la ada adegan baby melalak dlm panggung kan.
jenuh mak abah menenangkan baby tu.

sebab ~ memang best boboiboy the movie ni.
pack dgn action!
gamat suasana...


saya bagi 5 bintang daripada 5 bintang la utk boboiboy the movie.
ijat tgk tanpa tertido. asyik dia tgk kartun feveret dia.
memang dari tahun lepas dok tunggu movie ni :)
menjadi kenyataan akhirnya...


alkisah bermula bila diorang tak jadi gi camping.
ochobot merajuk dgn boboiboy yg mungkir janji.
dok nak selamat kan org lain, tapi mungkir janji...
hmmmmm alahai ochobot...


kebetulan mlm tu, klamkabot, contact ochobot.
klamkabot nak transfer kuasa dia kpd ochobot. kuasa apa ekk?

klamkabot

hampir berjaya klamkabot nak culik ochobot mlm tu.
tapi boboiboy terjaga dan sempat tarik ochobot!

kenapa klamkabot nak transfer kuasa kpd ochobot?
kenapa nak culik ochobot?
kerana kumpulan tengkotak nakkan kuasa klamkabot tu.

akhirnya kumpulan tengkotak berjaya dpt kan ochobot :( sedih...

pulau terapung...

cikgu kebenaran yang gila selfie dlm movie ni :)

demi nak selamatkan ochobot, boboiboy and the geng ikut la cikgu kebenaran gi mencandat sotong.
ha ha ha kelakar time ni...

besarkan sotong yg berjaya mereka candat ??!
ha ha ha ha....

ochobot?
klamkabot?
cikgu kebenaran?


boboiboy and the geng akhirnya semua upgrade kuasa.
memang terbaik la ending dia... ada skit sedih la :(
memang full dgn action la movie ni.
gamat panggung dgn sound effect dan jeritan anak-anak :)

terbaik!!!!

wajib kot bwk anak-anak nonton this weekend.
pasti tinggalkan kenangan manis dlm diri diorang...

Photobucket