assalamualaikum semua frens :)
alhamdulillah, moga kita semua dirahmati Allah sentiasa.
al kisah masak-memasak mengasapkan dapur rumah la ni.
kesinambungan dari entry lepas di SINI...

just nak share menu extra ringkas 2 hari yg lepas aje.
selasa tu, spt yg da citer kat entry lepas tu, ada baki sambal sardin, kan.
so hmmm tghari tu tak abis jugak.
memandangkan ia dimasak sendiri, pasti fresh dan di boleh tahan lama la kan.
pe lagi, brought forward skit lagi utk dinner mlm tu.
ditambah dgn...

ikan tenggiri goreng.
memang saya beli ekor aje 2 keping.
sayur kubis lemak putih
resepi ringkas :
  • bwg merah & bwg putih ~ dihiris.
  • udang kering segenggam ~ rendam 10 minit.
  • kubis (230g) & carrot (sebatang) ~ dipotong sesuka hati bentuk nak camne, cuci & toskan.
  • suhun direndam.
  • prepare santan sekotak (200ml) dan air 400ml.
  • terus aje masukkan bwg merah, bwg putih, udang kering, sekotak santan & air dlm piuk.
  • masakkan hingga sedikit mendidih.
  • perisakan dgn garam serba sedikit secukup rasa.
  • terus masukkan kubis & carrot.
  • masakkan sedikit. rasa-rasa la cukup ke tak garam nyer.
  • then masukkan suhun...
alhamdulillah, syuhada cukup la gembira bila tgk dlm piuk sayur kegemaran nya.

then the next day, iaitu semlm, ditakdirkan saya cuti kecemasan.
badan masih tak sihat :(
hu hu hu ntah nape. stay home, rehat, makan ubat.... and masak la skit.


ayam masak sambal kicap
resepi ringkas :

  • ayam tu digoreng dulu ~ perap garam & kunyit
  • then, tumis bwg sampai wangi. masukkan ciliboh ~ goreng bagi naik minyak.
  • perisakan dgn sos tomato dan tambah kicap manis ~ secukup rasa.
  • tambah garam utk pelengkap.
  • lastly, gaulkan dgn ayam yg da digoreng awal tadi.
tak perlu letak gula, kicap tu da ada perisa manis nyer.
karang terlebih manis, tak boleh di makan plak.


sayur petola & suhun
resepi ringkas :

  • tumis bwg putih aje sampai naik bau.
  • masukkan air secukupnya dan sos tiram. mendidihkan skit.
  • then baru masukkan petola & suhun.
  • garam pelengkap rasa.

sedih sikit la, petola yg dibeli tu da tua. tak brape sedap dimakan :(
if not, mesti lazat nyum nyum...

tu ajer la nak share masak-memasak kat umah 3 hari lepas.
tak ler pandai bebeno masak, sibuk la nak share resepi.
ha haha saje aje nak memenuhkan blog. ada bukti la skit reti masak kuang kuang kuang :)

ari ni most probably mau masak sup ayam.
ayam ada. carrot ada. suhun ada lebih skit, kasik abis la.
hmmmm mau tambah kubis bunga aje kot. kena ler beli kang.
ok bye!

Photobucket