pagi khamis lepas ~ 5 mei

di opis masa tu, tgh serabut key in data. kul 10 pagi gitu, dpt wassap dari teacher ijat.
terus senyum sampai ke telinga hingga ke ptg.
amat la gembira. alhamdulillah...

izzat ~ 3 thn 9 bulan (birthday 28 julai nanti)

kebetulan, few weeks before tu, ijat ada main tulis-tulis dgn syuhada.
puas la ijat paksa syuhada menulis dgn dia.
he was very excited! hingga letih syuhada melayan :)

perkembangan ijat as at now :-

  1. vocabulary ijat da bertambah. ijat da pun boleh construct satu ayat lebih dari 5 perkataan. masih pelat. masih lagi susah nak faham apa ijat ckp. but ok la. seperti biasa, ibu faham ijat all the time.
  2. mewarna da cantik. da tau la kena warna dlm garisan. ijat da kenal semua warna and boleh sebut nama warna in english & bm. ni memang yg diajar di tadika, kenal warna dulu.
  3. ijat semakin rajin. boleh disuruh amik brg. da minum susu, botol terus letak kat kabinet. susun buku kat meja dia sendiri. yes, most of the time memang kena suruh la. ok la tu...
  4. pakai baju and pakai drypantz, skang ni dia nak pakai sendiri. siap tanya kita dulu mana depan and mana belakang. tak nak dah ibu ayah pakaikan baju. terbaik :)
  5. makan byk, alhamdulillah... feveret ijat ialah mee goreng, air sirap (ijat panggil air mirah - merah sebeno nyer) dan air teh o (ijat panggil air e-o). latest, 1-2 minggu ni, dia suka plak nasi lemak. kalau nasi lemak singgit tu, abis jugak le 2 bungkus :)
sesungguhnya ijat sesuai dgn tadika. teachers semua nyer ok alhamdulillah.
perkembangan ijat sgt memberansangkan...

terus terang, saya lom start ajar ijat membaca ~ saya sesuai dgn bacalah anakku (fonik).
kalau dulu, time nurin & syuhada, by now da start dah belajar membaca kat umah.
considering ijat masih pelat, saya hold dulu...

pendek kata, jgn la takut anta anak masuk tadika seawal usia 4 thn.
bukan nyer anak-anak ni disuruh belajar by hard. mereka free to play, free to sleep, free to eat...
nothing stress yang diorang alami.
moreover, diorang boleh blaja bersosial dan berkawan dari usia yg awal.
mungkin ni bergantung kpd pemilihan tadika. terpulang kpd parents nak tadika yg camne.

and kita sebagai ibu kena kuat emosi la.
pernah dulu, time nurin masuk tadika umur 4 thn (2009), saya rasa mcm x sesuai.
kesian kat nurin. masa tu nurin tadika separuh hari, ptg dok umah babysitter.
tapi, lepas saya tgk dia ok je few weeks. ceria. gembira...
nurin suka baca buku. nurin semakin mesra dgn perkataan dan nombor... saya jadik ok :)


skit pandangan peribadi saya.
ada juga frens saya yg start anta anak tadika umur 5 thn or 6 thn.
mereka homeschool dulu di rumah. pun ok pada saya. itu lebih baik, ibu yg ajar lebih bagus!
namun tidak utk saya krn saya ibu yg bekerja 8 to 5.

orait. bye :)

Photobucket