pepagi ni da naik darah dgn TM. alkisah streamyx yg idup segan mati tak mau tu.
memang menyesal la sambung kontrak 1 tahun ari tu ~ tukar modem dan sambung kontrak.
just nak share la dgn uolls betapa susahnya kita ni insan biasa deal dgn company besar di malaysia.
sungguh la tak efisyen. lembab. telefonis tak cukup ilmu.
then tak boleh la kita nak berckp dgn officer dia di level yg lebih tinggi.
kena buat report... buat report... buat report!!!
then technician plak yg mcm %#*^%@@## geram nyer la!
sgt tak membantu.

ni kisah perit saya yg pertama ~ SINI.
few days after kisah tu, TM call offer saya upgrade kelajuan kpd 2 meg.
offer kata nyer. tambah 10 hinggit saje.
gitu gini, diskus dgn mr.asben. ok la, saya pun upgrade ler.

telefonis : ok puan Aida. kami da submit report utk upgrade. puan kena tunggu paling lama 7 hari la ye utk nikmati kelajuan 2 meg tu.

hmmm okeh :)
so 3 days ~ 25.4.2016 @ 10 pagi gitu, technicial called.

technician : kami just nak confirm, puan setuju ke tak utk upgrade servis ke 2 meg. kami nak tukar port.

saya replied yes la kan.
so, lepas tu just tunggu la bila speed nak naik 2 meg kan. masih lembab streamyx!
nak dijadikan cerita, pagi 9.5.2016, cek email and dpt bil terbaru from TM.
terkejut!!!! bil da caj utk 2 meg tu since 25.4.2016!!! iaitu hari si technician tu baru nak tukar port. how amazing... servis kita lom dpt, dia siap-siap da caj kita.
servis lembab!
bab caj org, on the spot :(

and again... saya nak buat la report on 10.5.2016 tentang bil.
tapi, kena refer to bahagian teknikal dulu, baru la bahagian bil boleh bertindak. hu hu hu :(
seperti dijangka, kena buat report and kena tunggu techncian cek port dulu and call kita.

aida : saya nak buat report. kelajuan internet saya masih 1 meg, tapi bil da caj utk kelajuan 2 meg.
telefonis : kalau ikut report kita, port da di upgrade pada 25.4.2016 kpd 2 meg.
aida : tapi kelajuan kurang 1 meg. awak boleh cek kan port saya ke modem saya ke.
telefonis : puan kena off modem dulu utk 10 saat... on semula... configure...... (buat la pe dia suruh tu kan)
telefonis : ok cuba buat cek brape speed sekarang.
aida : aik? saya yg cek sendiri ke? hmmmm... (saya cek masik 1 meg ~ sekitar 880 Kb/s aje)
telefonis : kalau gitu saya buka report la utk puan utk technicial cek port......... (nyampah nyer saya kena buat report lagi)

pagi ni cek baru la reach 1.7 Mb/s.
terus la saya call balik TM di no 100 utk dpt kan rebate ~ bahagian billing.

telefonis : maaf puan. kes puan tak valid utk dpt kan rebate kerana technician note di sistem "customer unreachable".

terkejut lagi saya ni hah !!!
telefonis bahagian billing tu suruh saya clarify sendiri dgn bahagian teknikal.

dek kerana tak puas hati. saya call plak bahagian teknikal menghabiskan kredit telefon!!!

aida : kenapa ada note "customer unreachable"? sape yg nak reach saya ni?!!"
telefonis : kalau ikutkan di sistem kami, semlm port puan telah ditukar baru utk tambah kelajuan. dan pembaikan telah dilakukan. note 'customer unreachable" ni adalah kerana selepas tu technician try to call puan utk re-confirm dgn puan tentang kelajuan.
aida : takde sape pun call saya! saya cek sendiri kelajuan ni pagi ni.
telefonis : tapi note ni takde masalah apa-apa. yg penting pembaikan telah dijalankan.
aida : masalahnya, saya tak boleh claim rebate!!!!!

dipendekkan cerita, teknikal tu sambung kan semula ke bahagian billing.
and again, buat report !!!!
siasatan akan diorang jalankan selama tak lebih 15 hari.
kita kena byr dulu bil kita yg diorang terlebih caj ni.
kalau la berjaya dpt rebate, selepas 2 bulan baru diorang tolak rebate.
apa la punyer menjerat leher pelanggan!!!


menyesal nyer la sambung kontrak.
kalau tidak, memang on the spot saya terminate aje streamyx ni! #@##^(()%$@###
and ni merupakan tahun terakhir la saya dgn streamyx.
da le unifi mahal nak mamp*s. pakej paling murah RM200+.
memang nak cepat kaya betul bos TM ni. hu hu hu...

ok bye!

Photobucket