assalamualaikum...
mlm ni dah mlm ke 23 Ramadhan berterawikh.
esok da Ramadhan ke 23 berpuasa.
in shaa Allah 😊.

seminggu lebih juga saya di duga dgn demam & batuk hu huhu...
ada skit skit lagi saki baki batuk selsema. sgt merimaskan!
tapi blog ni tak le tak di update dek kerana demam tu uolls...
kerana tak berkelapangan. kesibukan melanda di opis.
di rumah? malam? hmmmmm sgt la penuh dgn mcm2 jugak ha ha 😃

nak share ler resepi roti john saya.
tak ler brape original. refer to en.google jugak.
3 kali jugak ler meroti john minggu lepas bagi mendptkan rasa yg sesuai dgn tekak mr.asben.

Resepi Mudah Roti John | Meroti john di bulan Ramadhan
kejadian nyer :)

bahan-bahan :
  • roti sosej
  • 200g daging hancur
  • 1 labu bawang holland - potong dadu
  • 3 biji telur gred A
  • sedikit daun sup - hiris halus
  • sedikit garam
  • sedikit lada hitam
  • kubis - potong kecil
  • sos cili / sos tomato
  • mayonis
  • cheese
  • minyak masak
cara-cara :
  1. daging hancur perisakan dgn garam dan lada hitam, gaulkan sebati. gorengkan sekejap dgn minyak hingga daging masak. ketepikan ke dalam satu mangkuk.
  2. masukkan ke dalam daging tu  bawang holland, telur dan daun sup. gaul rata.
  3. adunan tu dimasukkan ke dlm kuali leper dan tekupkan dgn roti sosej yg telah dibelah dua. goreng hingga masak.
siap part 1 👍.

Resepi Mudah Roti John | Meroti john di bulan Ramadhan
begini la lebih kurang kejadiannya 😀.
part 2 nyer ialah meletakkan bahan lain seperti kubis, sos cili, cheese, timun, tomato dan apa-apa lagi la yg bersesuai.

Resepi Mudah Roti John | Meroti john di bulan Ramadhan

Resepi Mudah Roti John | Meroti john di bulan Ramadhan
 saya tambah ler letak hirisan timun jepun, mayonis & sos cili.
nak taburkan cheese pun boleh. terpulang...

Resepi Mudah Roti John | Meroti john di bulan Ramadhan
siap!

bila mr.asben suka... puas hati... makan sampai abis, happy la saya.
nak beli skang ni kat pasar ramadhan bukan main mahal!!! buat sendiri, puas hati :)

alhamdulillah...

ok bye. nak tido dah. sok pagi mau bangun kul 4 pagi, prepare sahur.