assalamualaikum...

ada satu ni member share kat fb ~ original dari fb Pn Noor Adam.
menarik... saya copy and share kat sini.
bila saya share sesuatu, maksud nyer saya bersifat positif bila membaca dan menerima nyer.
semua org ada pendpt berbeza.
semua org ada cara yg berbeza...
bagi saya kesemua 9 pengajaran yg Pn Noor Adam share adalah logik. boleh apply :


Pengajaran beraya buat mak bapak moden...
1. ajar anak2 jgn duduk menyampuk org tua bercakap... kang aku sumbat lada hitam kat hidung dia kang...
  • saya memang sentiasa tegur anak saya agar tak menyampuk time org dewasa bercakap. ini termasuk la time saya dan mr.asben sedang berbual. saya juga kurang selesa bila ada anak kecil yg menyampuk time saya sedang berbual dgn org dewasa yg lain :)

2. kalau orang datang rumah kita...ajar anak2 kita jgn menyibuk nak makan hidangan utk tetamu....jgn izinkan mereka duduk kat depan meja makan.... budak2 perlu ke tepi...jgn gelojoh macam tak pernah makan pula .. Anak2 makan kemudian..sebab makanan biasanya disimpan utk org rumah.... Dulukan orang tua dan tetamu. Kalau tak ajar anak2 sejak kecil.....Sampai besar tak tahu adab. Kalau aku, rasa macam nak cubit aje budak2 gelojoh mcm ni.... Ni basic ya. Tapi malangnya byk ibu bapa moden tak titik beratkan soal ni.
  • agreed 100%. walaupun sesama keluarga, adik-beradik, keutamaan diberikan kpd org dewasa. anak-anak biasanya ada ruang utk mereka. bukannya diorang lambat makan, normally ruang utk mereka tu berasingan la kan dgn ruang makan dewasa. terutama tetamu yg bukan ahli keluarga, lebih la kena diberi keutamaan bagi menjamin keselesaan tetamu...

3. Kepada ibu bapa yg ada anak2 kecil.... kalau beraya rumah orang jgn terus masuk bilik orang selongkar mainan buku2 main sampai berterabur bersepah... kemudian tinggalkan. Ingat childcare playpen ke? Kalau tuan rumah bagi masuk bilik utk bermain barulah main. Tapi ingat kena kemas semula. Kang ada yg jadi rimau jadian kang....
  • saya sgt pantang kalau saya gi umah org, anak-anak saya gatal tgn usik sana sini! sebolehnya saya akan suruh diorang dok diam properly and beradab. walaupun anak tuan rumah tu suruh anak saya join, still saya akan tgk jugak agar anak-anak saya x over.
  • tapi berbeza skit la bila tetamu dtg ke rumah saya. saya tak dpt menghalang secara direct. apa yg saya buat, saya akan awal-awal warning anak-anak saya agar jaga barang and jaga rumah. keluarkan apa yg patut saje. share apa yg perlu saje.
  • kalau da sepah umah, takpe. saya boleh kemas later. jgn musnah, rosak, pecah dah ler anak-anak... adat la kan kalau ada tetamu beranak kecil, kena faham, kita pun ada anak ramai :)

4. Ibu bapa tolong didik anak2 jgn merengek2 nak mcm2 benda tak logik. Ada anak2 manjanya mengada2.. aku pulak yg rimas.... adeh... kang aku menurun kang...
  • ni mungkin tak apply kpd baby la kan. bcoz baby ni memang di luar kawalan la kalau tetiba dia sampai umah kita nak ngamuk ke, merengek ke, hape ke kan. but as for anak-anak yg da besar skit, yes, ibu ayah should kawal behaviour time di rumah org.

5. Ibu bapa kena ajar anak2 mulut jgn celupar. Semua benda rumah kita dia komen buat perbandingan dgn rumah dia lah... rumah nenek dia lah.... rumah pak busu dia lah... kang aku cili kang....
  • totally agreed. terutama yg mulut laser tu kan :) ha ha ha ha. kawal percakapan. ditakuti tuan rumah terkecil hati hu hu hu... yes la. umah kita tak sama besar. tak sama cantik. duit pun tak sama byk :)

6. Ibu bapa memang belikan handphone kpd anak2 walau baru darjah 1 atau darjah 2. Abeh anak2 ni tak reti mesra alam. Dalam rumah orang sekejap2 selfie. Sekejap2 main hp. Kang ada hp yg masuk dalam teko air kang....
  • pasal gajet ni, yes, kekadang meluat jugak, kan.
  • ada satu cerita pasal phone ni. di satu kenduri doa selamat kenalan saya tau ari tu. anak-anak nyer sibuk la layan telefon time org tgh baca yassin dan nak berdoa. ada sorang pakcik, agak nyer dia da sgt geram, terpaksa dia tegur anak tuan rumah tu. disuruhnya ketepikan phone dan hormat majlis doa selamat.

7. Ibu bapa jaga anak2 jgn sibuk tanya pasal duit raya...check brp dalam sampul...pastu bg komen dan buat perbandingan...ingat ni laporan bursa saham ke? kang aku sunatkan kang...
  • saya memang bagi amaran keras kpd anak-anak saya ~ sila jgn bukak sampul raya di rumah org! dpt sampul raya terus bagi ibu. anak-anak saya kecik lagi, so memang kena la ingatkan diorang sentiasa. ikutkan diorang memang nak aje bukak sampul tu.

8. Ibu bapa jangan ingat anak anak main lari2 dalam rumah org tu kiut eh...lasak eh...... irritating tau. Kita nak bercakap tapi anak2 main police n thief. Kang aku panggil hantu susu kang sembunyikan anak2 tu supaya ghaib..
  • penting. ibu ayah jgn buat tak tahu. kena tahan. kena halang. kalau ada ruangan lain, suruh diorang main di ruangan lain agar tak ganggu org dewasa nak berbual :)

9. Ibu bapa sendiri kena tahu.kalau dihidangkan makanan, apa yg perlu diambil dulu dan bagaimana makanan itu dikongsi. Jgn biarkan anak2 kita capai seekor ikan. Terus capai peha ayam. Nak ambil lauk perlu mula dgn sayur2an atau yg berkuah. Bukan terus main dish.
  • ni pun didikan asas ni. rasa nyer semua ibu ayah tahu bab ni :)

Pendeknya, ibu bapa moden sendiri mesti belajar adab bertandang... kalau tak tahu, baca. Kalau tak tahu nak baca di mana... order aje buku mis3 rasa budaya oleh noor hasnah adam... ðŸ˜‚😂😂😂😂 sempat...


kan saya da kata, saya positif dgn pendpt Pn Noor Adam.
mungkin pendekatan kita dlm setiap pengajaran tu berbeza, but, ia asas kpd didikan.
dan semestinya didikan yg bagus tu dtg dari rumah :)

saya ngaku, anak-anak saya memang bengang kot dgn saya.
ada aje pantang larang ke mana gi. ada aje warning itu dan ini...
ada aje!!! hu hu hu :(
kerana diorang tu anak-anak yg normal, byk akal, tak boleh dok diam, maka sebab tu la 24 jam saya warning diorang.
campur la dgn ijat, lagi la. melompat aje keje nyer :)

oleh tu, dlm bertandang ke rumah org time raya ni, wajib la kita tgk kan anak kita, kan.
agar tuan rumah tak bengang ha ha ha...

salam perkenalan dgn si kecil di Aidilfitri kali ni :)
ok babai for now.

Photobucket