Aug 1, 2016

Emas? Mari Tambah Ilmu dan Kenal Jenis Emas

assalamualaikum...
ni ada skit info nak share.

emas begitu sinonim dengan wanita sebagai perhiasan diri.
kepentingan emas berubah mengikut zaman. jika dahulu emas dianggap sebagai status kehidupan seseorang namun hari ini emas dijadikan sebagai simbol kemegahan peribadi dan penampan kepada kekayaan seseorang individu.

bagi seorang pelabur adalah lebih baik menjadikan pengetahuan berkaitan jenis emas ini sebagai nilai tambah supaya mudah bagi kita membantu “potential buyer” kita.

contoh yang mudah adakah cincin yang kita pakai mahupun isteri kita ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? apakah perbezaannya?

untuk pengetahuan anda, nombor menunjukkan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat. 1 karat bersamaan 200 mg.
semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda.

Standard Emas Malaysia
🏆999 – 24K
🏆950 – 23K
🏆916 – 22K
🏆875 – 21K
🏆835 – 20K
🏆750 – 18K
🏆585 – 14K
🏆375 – 9K

mengapa emas perlu dicampur dengan logam lain?

emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras.

menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas.
paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih.
menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?

emas tumpat (solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda.
jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan.
jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22K.

emas tumpat sentiasa mempunyai nilai samada belian, jualan atau gadaian.
walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

spread Powergold lebih kurang :-

¼ dinar = 10.94%
1 dinar = 8.13%
2 dinar =7.43 %

1g gold bar = 7.36%
5g gold bar =7.45 %
10g gold bar = 7.44%
20g gold bar = 7.23%
50g gold bar = 7.57%
100g gold bar =7.53%
500g gold bar = 7.57%

barang kemas :
(916)=19.05%
(999)=17.83%

boleh jual semula kpd power gold.
ikut spread di atas (lebih kurang ye)...
spread kedai emas antara 20%-25% !!! rugi !!!

jgn jual masa harga rendah. jual bila harga tinggi = untung.
kalau nak jual simpan emas tu lama sikit lebih kurang 2 thn... nak byk lagi simpan lagi lama ler...

nape brg kemas spread tinggi???
sebab barang kemas ni bila jual dikira barang terpakai.

*spread = susut nilai ke atas emas

saya up entry ni sebab ada yg wassap saya bertanya.
saya pun kopipes la ilmu utk dimanfaatkan dari grup mentor emas saya.

moga jadi manfaat dan penambahan ilmu kpd semua :)


bye :)

Photobucket

7 comments:

  1. emas pelaburan yg banyak untung akan dtg sbb nilai wang jatuh

    ReplyDelete
  2. good sharing ni Aida...emas ni banyak jenis kan.. Kekadang beli 916 tapi karatnya kurang bila check balik :(

    ReplyDelete
  3. Bagus Aida share artikel ni sebab banyak info. Saya ni pakai emas aje, ilmu lain tu takdalah pandai sangat. Yang tahu masa harga emas tinggi, boleh jual. Masa harga emas rendah, kita kumpullah barang kemas sampai merelip kat badan ^_^

    ReplyDelete
  4. good sharing aida, berbaloi beli mas kan

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...
Nanti aida balas kunjungan ye :)