Thursday, August 04, 2016

First Giveaway by Anis Khalilah

bismillah :)


ari ni mau citer pasal emak saya ~ Hjh Rahmah tersayang...
kebetulan minggu ni emak abah ada stay umah saya, best!!!
thn ni emak bakal masuk umur ke 70 thn.

ni gambo celebtration besday mak last year ~ 69 thn (2015)
emak dan anak2 pompuan (4 org) dan cucu2...

emak saya adalah sorang wanita yg paling tabah dlm dunia, bagi saya.
mak da melalui mcm2 dugaan dlm membesarkan anak2...
time abah senang, mak dgn abah.
time abah jatuh susah, mak masih dgn abah harungi hidup yg susah itu!
susah senang... sedih gembira...
apapun bagaimanapun, mak maintain di sebelah abah.
kami skola dulu susah. serba-serbi takde. tapi mak abah tak putus asa.
biar berhutang. biar la pe pun, penting nyer anak2 ke skola, ke tuisyen.
skang, mak abah da senang. apa teragak nak makan, call je mana2 anak...
mana2 teragak nak pegi, call je mana2 anak...
apapun yg mak nak, semua nyer adalah tidak mustahil... in shaa Allah.

kerenah anak2.... skang dah bermenantu dan bercucu... memang mcm2 hal.
kebetulan anak pompuan mak 4 org, semua nyer meluahkan kat mak.
hmmm sabo jer la kan. mak support kami sehabis2nya.
kami demam, mak dpt rasa. mak akan call tanpa kami inform...
anak kami demam, mak dpt rasa. tak henti2 call bertanya hingga cucu nyer sihat.

pernah sekali tu, saya kursus di sarawak. masa tu few months after kes MH370.
saya nak balik semenanjung, di airport sarawak, lom sempat saya call, mak da call dulu.
ok la kan...
saya sampai di KLIA2, masuk je kereta nak balik melaka, phone ringing... call dari mak.
masa tu jam 11 mlm tau uolls.
mak just nak cek anak dia ~ "mak tak boleh tido selagi tak tau awak da sampai lom", mak kata.
saya reply, "da sampai da mak KLIA, nak balik melaka dah ni..."
hmmmm dia risau plane tak landing :) hi hi hi...

mak dok KL skang. dok dgn kakak.
kalau dtg umah saya, siap mesin kan cili kering. dia tau anak pompuan dia ni malas nak mesin cili :)
dok beli ciliboh jer kan... so sweet la mak ni...

now, mak da nak masuk 70.
mak abah skang solat duduk ~ pernah satu ketika saya tgk mak abah solat jemaah dan both of them duduk, sayu nyer hati saya ni. bergenang air mata, sebak!!!
da tua dah mak abah...
then few months ago, abah masuk spital putrajaya ~ tenat! Allahu Akbar...
4-5 hari kami adik-beradik di spital, dgn mak. mak tenang... mak tak gabra.

uolls nak tau citer, 4 ogos 2011, mak abah gi umrah bulan Ramadhan tau.
2 minggu saje. di sana, rupa2nya abah tak sihat. kami tak tahu.
abah mcm hypo dan tak sedarkan diri. doktor kata kalau abah tak sedar, kena anto spital.
dalam few minutes tu mak urut-urut tgn abah. agar panas dan urat-urat function, kan.
masa tu badan abah sejuk!!!
sambil mak berdoa la kan... then, kelakar bila mak citer kat saya, mak terlintas dlm hati, "kalau la apa2 jadi kat abah, camne mak nak balik bwk beg byk2..."
ha ha ha lawak la mak ni, beg jer dia fikirkan :)
tapi tu la kan... dlm hati mak masa tu, Allah ajer yg Maha Tahu.

mak sgt baik. mak sgt lembut hati.
saya sendiri kadang2 tak brape setuju dgn mak yg sgt lembut hati.
tapi... tu la mak saya :)

mak... ayang doa kan mak panjang umur dan sihat bahagia.
dpt tunaikan solat 5 waktu dgn baik dan sempurna serta amal ibadah yg lain2.
dpt hidup bahagia tanpa sebarang masalah...
semoga segala amal ibadah mak diterima Allah. ayang sayang mak ketat2...

okeh tu aje citer saya pasal mak.
kalau nak citer lagi, memang byk.
yg ni short jer la, summary la kata ko :)

bye.

Photobucket

9 comments:

  1. Hah! Sedih pulak bila bercerita pasal mak ni walaupun ceritanya takdalah sedih mana. Bukan apa, bila diimbas kembali pengorbanan emak abah dalam keluarga, memang sedih sangat rasanya dalam hati.

    Semoga emak Aida dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik semoga boleh beramal ibadah selalu.

    Emak saya dah 79 tahun. Dah lupa banyak tapi tetap ingat anak-anaknya yang 9 orang. Kalau tanya anak sulung lelakinya mana, jawabnya tetap sama - dah 'simpan' sorang! Lama dah takda anak syurga tu!

    ReplyDelete
  2. goodluck aida, semoga mak aida sentisa sihat dan di dalam RahmatNya, aamin

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak aida. Terima kasih sudi join giveaway Anis. Betul tu.. Tabah dan kentalnya mak akak. Semoga Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik buat mak dan abah akak. Amin. Semoga Allah memakbulkan doa akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Sila semak http://akhalilah.blogspot.my/2016/08/keputusan-pemenang-first-giveaway-by.html

      Delete
  4. Hi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

    ReplyDelete
  5. sedih bila baca bab mak ni aida, mak ayah saya dah tiada 9 tahun dah tapi ingatan dan kenangan bersama dioarang tak pernah hilang pun.

    Moga mak dan abah aida diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  6. SINGGAH

    https://belogcontests.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)