Wednesday, September 28, 2016

SKR1M ::: Rangkaian Internet Lebih Laju

10 comments:
assalamualaikum...

salam pagi rabu uolls :)
bersiaran dari opis pagi ni.
before menyiapkan keje yg berlambak atas meja ni, up kasik satu entri dulu ler.
once da hadap keje, tak nyempat nanti nak blogging hu hu...

satu dua hari lepas, info ni lalu lalang kat timeline fb saya.
something new utk saya la... tu yg mau share. kot kot la ada yg mcm saya, baru tahu perkara ni :)

SKR1M ::: Rangkaian Internet Lebih Laju



KOTA KINABALU, 15 Ogos (Bernama) 

     "Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), sistem kabel fiber optik dasar laut sepanjang 3,800 kilometer menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkapasiti 4 Terabyte/saat (4Tbps) di negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kapasiti berkenaan jauh lebih besar berbanding 600-700 gigabyte/saat sedia ada yang dijana melalui kabel dasar laut domestik yang dibangunkan sejak 25 tahun lalu.
Beliau berkata kapasiti sistem SKR1M apabila siap sepenuhnya kelak yang dijadual pada Jun 2017, juga boleh ditingkatkan secara berperingkat sehingga 12Tbps berdasarkan keperluan.
SKR1M bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi malah bakal menawarkan pakej perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih kompetitif, katanya ketika merasmikan majlis simbolik pendaratan kabel SKR1M di Kota Kinabalu hari Isnin.
Projek SKR1M yang dibina menggunakan gabungan kepakaran tempatan dan Jepun dilaksanakan di bawah inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyasarkan 95 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia mempunyai askes internet menjelang tahun 2020.
Projek SKR1M bernilai RM619 iaitu RM412 juta sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan RM207 juta lagi daripada Telekom Malaysia itu merupakan satu projek kerjasama di antara Kerajaan Malaysia melalui SKMM dan Telekom Malaysia Berhad.
Projek berkenaan mula dilaksanakan pada tahun 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Jun 2017.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Ketua Pegawai Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
"Projek ini adalah amat penting bagi memenuhi permintaan terhadap data yang semakin meningkat. Ia juga menyokong keperluan kapasiti tinggi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Projek Peningkatan Kapasiti Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) yang sedang diperluaskan bagi memastikan jalur lebar berkelajuan tinggi boleh dinikmati semua pengguna internet di Malaysia," kata Jailani.
Katanya sistem SKR1M terdiri daripada sambungan lima segmen kabel dasar laut iaitu S1 yang menghubungkan Mersing, Johor dan Kuching, Sarawak, S2 (Kuching ke Bintulu, Sarawak), S3 (Bintulu ke Miri, Sarawak), S4 (Miri ke Kota Kinabalu, Sabah) dan S5 (Kota Kinabalu ke Cherating, Pahang).
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jailani berkata kemudahan berkenaan akan menambah baik kualiti perkhidmatan ICT kepada rakyat selain rakyat menikmati pakej perkhidmatan ICT lebih baik yang ditawarkan syarikat telekomunikasi."

projek TM lagi ni. moga lebih baik dan yg penting lebih murah !!!
skang ni internet memang satu keperluan.
anak-anak skola pun kekadang homework diorang memerlukan internet ~ cari maklumat.
kita bekerja pun ~ memerlukan internet. meeting zaman sekarang dlm grup wassap jer kan :)
surat-menyurat panggilan meeting pun hanya share dlm grup wassap.
bila internet dah laju, semua jadik mudah, kan :)

kita tunggu projek ni. apakah hasil nyer pertengahan tahun depan...
adakah utk semua org (tanpa ada tapisan gaji ha ha ha ha)?
adakah utk semua kawasan?

bye !

Photobucket

Tuesday, September 27, 2016

Izzat Jadik Spiderman !

6 comments:
assalamualaikum...

mlm ni dah sihat skit.
da makan ubat ikut aturan... hmmmm, secebis dugaan dari Allah.
minggu lepas the whole week izzat x sihat.
aduhai... penangan menjaga izzat la ni kot kot kan, tido si ibu tak cukup hu hu hu...

mlm ni nak kasik up satu cerita.
throwback!

memang tiap ptg, saya balik keje, izzat most of the time dia akan tunggu saya depan pintu pagar.
akan menerpa ke arah kereta. memang saya kena hati-hati and slow down...
apa yg jadik pada satu ptg tu ~ izzat jadik spiderman :)

Izzat Jadik Spiderman

Izzat Jadik Spiderman
kasik satu ciuman kpd ibu dulu ler...

Izzat Jadik Spiderman
dah gitu, tak nak turun plak hai...

penat-penat driving jauh dari opis, bila nampak muka anak2 ni, sejuk hati.
hilang terus penat seharian bekerja...
tu la sebab saya sanggup travelling tiap hari utk balik rumah.
penat memang penat... kalu org lain, semua da balik seminggu sekali.
saya? tidak... sementara ada kudrat ni, saya balik rumah tiap hari :)

bye!

Photobucket

Saya Kempen Beli Emas Fizikal, Bukan Buka Akaun Emas :)

5 comments:
assalamualaikum frens & families :)

ari ni saya kurang sihat ~ dpt MC.
seharian rehat kat umah... tenangkan fikiran.

update skit blog kecil ni hah dgn info panas.
panas ker ???!!!
ada prospek yg kata ~ bila emas, ia adalah satu skim piramid. penipuan semata.
emas fizikal takde. hanya untung yg dpt dilihat dlm website.
mengkayakan upline ajer.

maka, adalah penting saya nak bagitahu ni. sgt penting... satu ilmu yg semua patut ada.

Saya Kempen Beli Emas Fizikal, Bukan Buka Akaun Emas

:::POWERGOLD EMAS FIZIKAL:::

*Tolong ingat betul-betul apa yang saya bagitahu ni*

Beli emas dengan POWERGOLD - samada belian item 999.9 @ 916 - semuanya akan dapat emas fizikal. Cuma perniagaan *DI~ONLINE~KAN*...
apa saje brg zaman kini kita boleh beli online. dok diam kat umah & beli brg.
termasuk la emas fizikal. ikut peredaran zaman yg semakin maju gitu...

POWERGOLD tidak pernah dan tidak akan jual emas atas kertas (paper gold) yang bukan fizikal macam Gold Investment Account (GIA) di sesetengah bank konvensional di Malaysia.

Semua pelanggan POWERGOLD boleh pegang dan simpan sendiri emas milik masing-masing. Jangan bimbang ...
Anda bole rasakan AURA EMAS itu sendiri... dr 0.5gm ke 1 kilo....

saya kempen kita simpan 1 gram emas 1 bulan utk 1 keluarga.
beli emas dgn saya ~ your trusted online powergold stokis :)


bye :)

Photobucket

Sunday, September 25, 2016

Beli Emas Mengurangkan Duit !

3 comments:

TAHUKAH ANDA?
Belian emas tak pernah mengurangkan duit, hakikatnya kita dah menambah nilai wang kita di masa hadapan. Sedarkah kita apa yang kita dapat ubah hanya dengan mulakan walau sekecil 0.5gram?

YA!
Kita dapat ubah tabiat BOROS, TAK BERDISIPLIN MENYIMPAN menjadi lebih bijak berbelanja. Selalunya yang biasa kita dengar :-

❌TAK ADA DUIT NAK BELI EMAS,
❌NAK JADI AHLI, TAPI TAK CUKUP DUIT
❌SUSAHLAH SIMPAN EMAS

Beli Emas Tidak Mengurangkan Duit!
duit emas di tapak tangan...
berbanding duit kertas di tapak tangan.
sape lebih kaya ?
duit kertas kita ada, duit emas kita ada ~ better :)
kini, esok dan masa depan yg terjamin...

EMAS. πŸ˜€ Usah takut dengan emas. Belilah emas wpun kecil, simpanlah emas, ajaklah saudara mara kita menyimpan emas.

Bukan citer pasal SKIM EMAS ye. Bayar duit, dapat EMAS FIZIKAL, bukan dapat website ke, no akaun ke, dpt produk kesihatan ke... Simpan EMAS FIZIKAL.

🌹🎊 *INGAT EMAS..... INGATLAH SAYA...πŸ’πŸ’Ž*

#1gram1bulan1keluarga1malaysia

Beli Emas Tidak Mengurangkan Duit!


Photobucket

Friday, September 23, 2016

Izzat Menonton Televisyen Dengan Penuh Gaya :)

2 comments:
assalamualaikum...

pagi jumaat yg agak kelam-kabut.
ari ni stay ofis. sebab ~ bwk izzat ke opis.
tak sihat skit. demam panas. tak sampai hati nak anta tadika...
jumaat kan time keje tak brape panjang, so ok la.
awal2 tadi izzat tak brape good boy, buat kerenah. now he is ok.
few minutes lagi nak break for lunch dah. alhamdulillah...

Izzat Menonton Televisyen Dengan Penuh Gaya
bila da ok, baru la bleh bagi tablet.
berselimut sebab bilik kat opis ni sejuk!!!

nak share le skit tips simple my beloved mr.asben.
download kartun utk izzat.
minion, oggy, mr.bean... upin ipin, boboiboy, pada zaman dahulu, didi & friends...
tu di antara contohnya.
pasangkan kat tv. ada HD media player ni memang la best. cucuk pendrive dan main kan saje.
bagi izzat selesa umpama dunia ni dia yg punyer...
make sure jarak dia dgn tv tu adalah jarak yg rasa2 nyer selamat :-) tak rosakkan mata.

Tips Untuk Larikan Perhatian Izzat Dari Gajet
nampak tak betapa selesa bergaya nyer anak bujang ku sorang?
itu tv... dia yg punyaaaaa lah.

Tips Untuk Larikan Perhatian Izzat Dari Gajet
hamboi hamboi hamboi... tuan muda izzat :-)
bila selesa, gaya mesti ada la...


ibu... ayah... kakak-kakak memang x berpeluang lah nak tgk program kegemaran hu hu...
selagi tuan muda izzat masih di situ, program dia aje la :-)
kekadang jadi mabuk plak dgn kartun dia semua tu. hadoi lah anak.

but it is something better drpd dia dok hadap phone or tablet.
selagi x abis bateri phone or tablet, selagi tu la izzat dok ngadap.
tak bagus kan?
sesekali tu boleh la...

ok bye...

Photobucket

Wednesday, September 21, 2016

Melepaskan Geram Dengan Menampal Wallpaper :)

7 comments:
assalamualaikum :)

ada masa skit ni hah.
anak2 dara berdua tu sedang makan mlm.
izzat tgh layan upin ipin kat tv.
baru la dpt luang masa update blog jap.

kisah kecil jer ~ sabtu lepas, lepas cek out dari hotel, kami ke kaison, mahkota parade.
beli wallpaper berbatang-batang...
mau tampal kat dinding umah kecil ni hah. cat nyer da lama, da naik berlumut gitu tau ~ cth berlumut nyer dlm entry ni hah.
da menyakitkan mata!!! geram!!!

Deko Dengan Wallpaper Kaison Murah
tq my beloved mr.asben...

pepagi ahad tu teruskan ler kami laki bini operasi menampal wallpaper kaison ni.
sebab da pernah menampal ~ first time kisah ni kat entry projek wallpaper kaison ni hah.

Deko Dengan Wallpaper Kaison Murah
tadaaaaaaa... siap!!!
memerlukan 1 roll dan skit dari roll kedua.

puas hati. kos hanya rm39.80 saje. tu pun roll kedua ada byk lebih lagi uolls.
alhamdulillah... perasaan geram kat dinding yg tak cantik tu da hilang... yahoooo!

Deko Dengan Wallpaper Kaison Murah
ni ada few batang. projek this coming weekend plak...

ok la... tu aje mau share.
kalu berkenan pattern ni, bleh la segera carik kat kaison ekk uolls.
mudah... cepat... and murah !

bye!
Photobucket

Mulakanlah Simpanan Emas Dari Sekarang, Sementara Masih Mampu...

4 comments:
MULAKANLAH SIMPANAN EMAS SEKARANG, SEMENTARA MAMPU...
rupa paras mcm duit 50sen.
tapi nilai tak sama langsung!

╔════ πŸ˜˜πŸƒ πŸŒΉπŸƒπŸ˜˜════╗

DUIT TIDAK LAKU.

Ada banyak keadaan duit akan jadi tak laku.

1. Duit koyak.
2. Duit luput masa.
3. Duit asing yang tidak diterima di negara lain.

Sebenarnya, dalam tidak sedar duit juga boleh tidak laku mengikut peredaran masa gara-gara inflasi. Untuk faham lebih mudah, cuba kita ambil perbandingan 1 nilai duit dengan 1 barang yang sama.

Tahun 1980an, aiskrim cornetto berharga 80 sen sebatang. Sekarang, duit 80 sen sudah tidak laku untuk membeli sebatang aiskrim cornetto.

10 tahun dulu RM500k boleh membeli rumah semi D 2 tingkat. Dengan duit yang sama, ia sudah tidak laku untuk membeli rumah jenis yang sama.

Oleh itu, simpanlah harta anda dalam bentuk emas. Ia terbukti memegang nilai.

Jika 1 dinar cukup untuk membeli seekor kambing pada zaman Nabi SAW, pada tahun 2000 ketika seekor kambing berharga RM200, 1 dinar juga bernilai RM200.
Duit RM200 hari ini jika ditunjuk untuk membeli kambing sudah pasti ia tidak laku kerana kambing sudah berharga RM700. Jika ditunjuk 1 dinar sebagai bayaran, sudah pasti cukup kerana memang nilai 1 dinar hari ini ialah RM700.

Ajaib tak?

Nampak tak?

Saya cukup suka kaitkan dgn simpanan untuk pendidikan anak-anak di masa depan. Nak masuk universiti sekarang da mahal. Apatah lagi 5-7 tahun akan datang. Aduhai... Sekarang ni pun nak dapatkan pinjaman PTPTN pun bukan main seksa. Then, sekarang ni pun saya dengar cerita nak kena bayar dulu yuran yang beribu tu sementara tunggu dapat pinjaman. Yes. Dah ada ofismet yg kena gini. Meraba la emak dia nak mencari duit utk adiknya.

Membawa maksud, kita perlukan simpanan yang kuat dan nilai yang baik buat jangka masa panjang. Start la dengan simpanan emas 1⃣Gram 1⃣Bulan 1⃣πŸ‘ͺ*. Simpan dalam bentuk emas, bukan dalam bentuk ringgit malaysia. Lebih2 lagi dengan kemelesetan ekonomi dunia yg bakal berlaku ni (ekonomi Malaysia memang sedang teruk ler kan), simpanan dalam bentuk ringgit malaysia memang la sgt tak cerdik. Aduhai...

Simpanan dalam bentuk ringgit malaysia tu perlu. Untuk sekarang.
Tapi buka minda dan fikir untuk masa depan. Pelbagaikan simpanan kita...
Sementara sekarang harga emas masih mampu dibeli.
In syaa Allah...

        Gram πŸ”œ Kilo

#sayadahkumpul#
anda bila lagi....

MULAKANLAH SIMPANAN EMAS SEKARANG, SEMENTARA MAMPU...
wassap saya sekarang jugak ekk...

Photobucket

Wednesday, September 07, 2016

Cuti-Cuti Malaysia di Bulan Januari :)

10 comments:
assalamualaikum :)

next week aidil adha & cuti skola in shaa Allah.
kami da ada plan holiday. moga2 berjaya la hendak nyer.
tepi pantai... swimming pool... bbq. tak sabar !!! hi hi hi :)

kalendar januari 2017
ni kalendar januari 2017.
ada 2 isnin = cuti umum tau uolls.
atas sebab cuti umum yg sebeno nyer jatuh pada hari ahad.
so, negeri yg bekerja di hari isnin, heaven lah ~ cuti panjang...

boleh tak share?
mana nak pergi cuti raya cina tu.

  • terengganu ?
  • perak ?
  • kedah & perlis ? (langkawi tak termasuk list :) hi hi hi)
tgh fikir 3 negeri ni utk saya jelajah. sebab lom lg jelajah cuci-cuci mata :)


cuti new year 2017 tu rasa nyer nak naik kl jer kot. klcc ker. bkt bintang ker. sunway lagoon ker...
pasti busy dgn preparation anak2 bertiga naik skola. so tak nak ler jejauh jalan nyer...

... bye !

Photobucket

Saturday, September 03, 2016

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah :)

8 comments:
assalamualaikum...

saya suka sabtu. ari ni ari sabtu :)
alhamdulillah... moga Allah berikan kita semua kebahagiaan dan kegembiraan yg berpanjangan.
dpt la kita spend time dgn keluarga semaksimum mungkin, dgn izinNya...

ari ni balik kg. yes jumpa abah emak.
lama dah x jumpa abah emak... rindu!

ni nak citer, kena-mengena dgn entry merdeka ni.
bwk syuhada & izzat riadah free kan minda di hari merdeka.
best place di kala cuaca yg panas terik di luar ~ masuk jusco ler.
kan ada playground atas tu.

and kami sgt bernasib baik ~ wonder's park tingkat 1 da ditambahbaik.
3 kali besar nyer !!! yahoooo...

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
aik??! ni mcm kena denda ajer izzat tuh :) ha ha

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
luas kan... selesa anak2 nak main lari sana sini...
dari yg dulu tu, kecik bebeno!

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
ada gelungsur giant, bebola api giant dan jongkang-jongkit...

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
hamboi izzat ku darling...

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
izzat sedang swimming dlm pool bola, akak syuhada masih lagi dgn bakery nyer...

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
 wow ! konar lipat uolls :)

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
kenderaan penuh di jalan raya menghala ke melaka ye hari merdeka ni :)

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah
alamak... motor rosak pulak :(

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

Aeon Wonder's Park, Ayer Keroh ::: Lebih Besar Lebih Meriah Anak-Anak Riadah

bayaran ~ RM10 utk 2 jam seorang kanak-kanak.
2 jam tu lama ke kejap ke ?
lagi 20 minit nak cukup 2 jam, izzat da ajak keluar. dia da bosan :) hi hi hi...

but started september ni, kalau x silap RM10 per entry unlimited time.
lupa nak snap gambo notis nyer.
lagi ler berbaloi...

time ni, mr.asben & nurin gi shopping kat daiso, sebelah jer.
nurin da tak nak dah masuk wonder's park ni. tiada keinginan langsung dah dia :)
da anak dara sunti ler kata kan...
gi ler shopping dgn ayah nyer.

so parents yg dtg shopping kat jusco ayer keroh ni, boleh la kot singgah atas ni.
releks... anak main... shopping... makan2...
baru ler best berjalan kan. takde ler anak2 meradang ikut kita shopping jer.

happy day on merdeka day :)

Photobucket

Thursday, September 01, 2016

Borak-Borak Skit Pasal Tikar Kalis Air Bahaya Dalam Senyap

13 comments:
assalamualaikum...

terpanggil utk borak pasal tikar ni ptg ni.
sebab semlm pagi, time nak kuar umah, ternampak beberapa tikar ni kat depan umah jiran.
beberapa tikar ni masih elok, dilipat-lipat dan diletakkan kat tepi tong sampah.
utk dibuang !!!
baru la teringat kan hal ni...


KUALA LUMPUR - Murah, mudah didapati dan cantik dengan dihiasai pelbagai tulisan serta lukisan termasuk dari filem animasi kanak-kanak terkenal sudah cukup untuk menarik perhatian pelanggan membelinya.

Kelebihannya yang kalis air juga menyebabkan tik
ar plastik berukuran antara satu meter kali dua meter atau empat meter kali lima meter yang dijual pada harga RM10 hingga RM45 sekeping sering menjadi pilihan kegunaan di rumah sebagai pengalas tempat duduk.

Mungkin terpesona dengan kecantikan pada tikar plastik berkenaan sehingga membuatkan pengguna terlupa risiko bahaya yang menanti mereka disebabkan kandungan bahan kimia pada tikar itu tidak pernah diketahui umum.

Paling menakutkan, ia boleh mengakibatkan kanser payu dara kepada wanita dewasa, mengganggu sistem pembiakan, hormon dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak.

Dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) paling banyak digunakan dalam menghasilkan tikar berkenaan walaupun ia sudah diharamkan penggunaannya di banyak negara kerana memberi kesan sampingan.

Terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti sertap enyakit diabetes kepada kanak-kanak.

Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah. Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.

Pakar Toksikologi PUsat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.

"Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.

"Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.

"Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik," katanya.

Beliau berkata, satu lagi bahan yang bole hmengancam keselamatan pengguna ialah lukisan dan gambar pada tikar berkenaan kerana tidak mengetahui jenis pewarna yang digunakan sama ada berkualiti dan daripada jenis yang diluluskan oleh kementerian ataupun tidak.

"Tetapi, seperti yang kita ketahui kebanyakan pewarna yang digunakan adalah daripada jenis yang murah dan tidak selamat yang sudah tentu mendatangkan kesan penyakit kepada pengguna.

"Paling berisiko dengan bahaya ini ialah kanak-kanak kerana mereka adalah pengguna paling tinggi tikar itu yang dijadikan sebagai pengalas tempat duduk dan bermain," katanya.

Dr Mustafa berkata, bahan berkenaan berkemungkinan besar meresap masuk ke dalam tubuh kanak-kanak menerusi liang rongga kulit tangan yang basah dan kulit paha serta lutut setelah bersentuhan terlalu lama pada tikar itu.

"Kadang-kadang kanak-kanak tidak memakai baju dan hanya memakai lampin pakai buang ketika bermian di atas tikar berkenaan. Ini memudahkan bahan terbabit menyerap masuk ke dalam badan mereka.

"Bahan-bahan itu mudah larut ke dalam lemak badan kerana sifat kulit manusia yang berminyak membolehkan ia menyerap masuk," katanya.


                                                                                                                                           Akhbar Harian Metro 16 Ogos 2016



da berlambak jual bertahun-tahun, baru la skang ni diwar-warkan.
aduhai. sedih la kan. adik saya, anak-anak nyer kecik. memang guna tikar ni.
memang anak-anak buah saya tido atas tikar ni, makan, minum dan byk lg la.
sgt terkilan apabila baru kini perkara diwar-warkan oleh pihak berwajib.

tapi ok la, sebelum pe-pe serius berlaku dan berleluasa, kita da singkirkan tikar ni dari kehidupan kita, kan?
sekurang-kurangnya pihak berwajib (pakar toksikologi PPUM) dah pun war-warkan.
biar lambat, asal selamat :)

p/s : ada frens yg masih guna tikar ni?

ok bye !

Photobucket

Hadiah Terbaik Untuk Semua Orang :-)

10 comments:
assalamualaikum...

hadiah terbaik untuk semua

*HADIAH TERBAIK*

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara utk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang... Dan tanpa diorang tahu pun tentang hadiah yang kita nak bagi...

🎁 1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah *Doa.*

 πŸŽ 2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah *Kemaafan*

🎁  3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah *Kejayaan*

 πŸŽ 4. Hadiah terbaik untuk murid adalah *Tauladan*

 πŸŽ 5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah *Kasih Sayang*

 πŸŽ 6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah *Al-Fatihah*

 πŸŽ 7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah *Kebaktian*

 πŸŽ 8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah *Penghargaan*

 πŸŽ 9. Hadiah terbaik untuk suami adalah *Kesetiaan*

 πŸŽ 10. Hadiah terbaik untuk anak adalah *Pendidikan*

🎁 11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah *Kejujuran*

🎁 12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah *Senyuman*

 πŸŽ 13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah *Selawat*

 πŸŽ 14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah *Ketaqwaan*

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

🌸🌸🌸🌸🌸


Photobucket