Sunday, October 30, 2016

Muzium Kapal Selam Melaka

13 comments:
assalamualaikum...

today is sunday.
a great day!!! saya kat umah mak abah :) best uolls...

nak citer pasal Muzium Kapal Selam Melaka ~ pantai Klebang.
gambo kat bwh ni snap on 16.9.2016 ari tu.
yg pegi hanya la my mr.asben & adik-adik. mereka gi bertiga.
kami yg lain ada kat shah's beach resort ler kan. abah kan tak sihat time tu :(

Muzium Kapal Selam Melaka

Muzium Kapal Selam Melaka
besar kapal ni!!!
gerun plak tgk nyer...

Muzium Kapal Selam Melaka

diorang bertiga x snap plak gambo dlm kapal selam ni.
maka, tak dpt la saya share hu hu hu....
tgk la nanti kalu berkesempatan gi, saya share ekk.

opening hours :

  • isnin hingga khamis : 9 pagi - 5 ptg
  • jumaat hingga ahad : 9 pagi - 6.30 ptg
fee masuk kapal selam :
  • dewasa : RM3
  • kanak-kanak : RM1
ok tu jer... cuti skola akhir thn da dekat bebeno ni, mari la dtg melaka :)
melawat melaka bererti melawat malaysia tau uolls...

bye...


Photobucket

Friday, October 28, 2016

Saya Adalah Generasi Paling Beruntung :)

7 comments:
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Jumaat yg penuh barokah hadir bersama 1001 perkara nan indah, in shaa Allah :)

Sekadar untuk kita tau..

1- Kita yang lahir di tahun  
      50-60-70-80 an, adalah
      generasi yang layak
      disebut generasi paling
      beruntung. Kerana
      kitalah generasi yang  
      mengalami loncatan
      teknologi yang
      begitu revolusi di abad
      ini, dengan keadaan usia
      prima.
     ✌😬✊πŸ€“πŸ‘Š☺πŸ‘

2- Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari
      kita masih lincah menari
      di atas keyboard pula.
       πŸ“ƒπŸ“„πŸ“πŸ’»πŸ’»

3- Kitalah generasi terakhir
      yang merakam lagu dari
      radio dengan tape
      recorder. Sekaligus
      kita juga menikmati
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
      πŸ˜„ πŸ”Š πŸ“». πŸ“Ό. πŸ“±

4- Kitalah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik,
      guli, getah gerip, adalah
      permainan yang tiap hari
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata
      dan jari kita tetap lincah
      memainkan pelbagai
      game di gadget .
      πŸƒπŸŽˆπŸŠπŸ’ƒπŸ“±πŸ’»

5- Kitalah generasi terakhir
      di masa remaja yang
      pernah mempunyai
      geng yang tanpa janji,
      tanpa telefon / sms tapi
      selalu boleh berkumpul
      bersama menikmati
      malam minggu
      sepuasnya...🌚 🌘
      Kerana kita adalah
      generasi yang
      berjanji cukup dengan
      hati. Kalau dulu kita
      harus bertemu untuk
      bergelak tawa bersama.
      Kini kitapun tetap bisa
      ber ''πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ˜πŸ˜›πŸ˜œ
      πŸ˜‚'' di grup Facebook/
      WhatsApp .
      πŸŽ‡ 🌠. 🌌. 🌈



6- Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      lancarnya jalan raya
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor
      menikmati segarnya
      tiupan angin di jalan
      tanpa helmet di kepala.
      πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜…πŸš΄ 🚡

7- Kitalah generasi terakhir
      yg pernah menikmati
      tanpa perlu berpikir ada
      penculik yg
      membayangi kita.
       πŸ‘§ 🚢. πŸ‘¬. πŸƒ. πŸ’ƒ

8- Kitalah generasi terakhir
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv
      hitam putih dengan
      senang untuk pindah
      saluran sana sini
     πŸ˜”πŸ˜žπŸ˜žπŸ˜ž

9- Kitalah generasi terakhir
      yang pernah begitu
      mengharapkan
      datangnya posmen    
      Menghantar surat, dari
      sahabat atau kekasih
      hati😍.πŸ“¬πŸ˜πŸ“©.πŸ˜˜πŸ’Œ

10. Generasi yg bawa
       RM0.10 - RM0.50
       ke sekolah tapi blh
       makan sampai
       kenyang kat kantin ...



Itulah kita....

Setiap generasi tu ada untung nya...
Perubahan berlaku mengikut arus masa yang semakin moden.
Sesuatu yang lama perlu ditukar kepada yang baru.
Apa yang lambat perlu la di upgrade lebih laju...

Bagi saya yang telah lahirkan anak-anak pada tahun millenium ni, berharap, setiap saat yang anak-anak saya lalui sebahagia saya satu waktu dahulu :)

Photobucket

Thursday, October 27, 2016

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang !

13 comments:
assalamualaikum...

suka nak share news terbaru yg hot few days ago :)

MAKLUMAN KEPADA BAKAL PESARA KAKITANGAN AWAM
Kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 19 Akta Pencen 1980, di mana, mana-mana kakitangan awam yang akan bersara tetapi masih mempunyai hutang dengan kerajaan termasuklah hutang pinjaman perumahan Perbendaharaan Malaysia atau LPPSA, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA GANJARAN PERSARAAN YANG BAKAL DITERIMA.
Jika masih tidak mencukupi untuk menampung hutang, POTONGAN PENUH AKAN DIBUAT DARIPADA BAYARAN PENCEN BULANAN SEHINGGA SELESAI.Nampaknya selepas ini pesara kerajaan kena bersedia untuk cari pekerjaan lain selepas bersara bagi menampung kehidupan, selepas semua wang ganjaran pencen dan pencen bulanan menjadi "sifar".
Sumber : En. Salkukhairi

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang

Bakal Pesara Mesti Bersedia Menjelaskan Semua Hutang

sesuatu yang bukan baru.
sesuatu peringatan kepada semua kakitangan awam, agar tidak terlupa dan leka membeli harta.
hati-hati la beli harta. jgn create hutang yg tak perlu.
nanti binasa hari tua dok membyr hutang, tak dpt nak gi holiday!!!

yg saya pelik, pelbagai komen negatif dilemparkan oleh netizen terhadap perkara ni.

  • pandai buat harta, pandai la bayar!
  • ko beli rumah guna duit rakyat, pandai la bayar!
  • kami swasta ok je bayar hutang!
semcm sesuatu kebencian wujud di antara org awam dan kakitangan awam, kan?
terutama part bila kakitangan awam tak dpt bonus ~ wow, bukan main diorang gembira.
padahal bukan main ramai yg memohon nak masuk keje dgn kerajaan.
berurusan dgn kerajaan nak free itu free ini. hmmmmm... 
nape perlu sikap gini? rezeki masing2 Allah da tentukan, kan?
ok la... tu jer nak bebel :)

jom mula buat simpanan emas :)
tak perlu buat loan dgn kerajaan ~ 1 bulan 1 gram 1 keluarga.
bila byk, boleh tuko dari goldbar jadik brg kemas.
kalau perlu duit emergency, boleh ar-rahnu kan.
lagi 20 thn nak pencen, ada hutang, boleh la tukar simpanan jadik duit dan langsaikan hutang :)

stokis powergold

bye...


Photobucket

Naik Turun Harga Emas Perkara Normal :-)

3 comments:
Stokis Powergold

assalamualaikum :)

ari ni saya nak promote diri ~ saya si penjual emas.
Stokis Powergold yg sah lagi tulen.

  • anda bukan ahli Powergold ~ nak beli emas saje?
  • anda bukan ahli Powergold ~ nak join ahli and dpt harga yg ohsem tiap bulan?
  • anda ahli Powergold?
semua kategori di atas boleh roger saya utk dptkan emas anda.
saya uruskan... kerana saya Stokis Powergold :)

dan saya adalah yang anda boleh percayai ~ maklumlah, saya ni jual emas secara online.
transfer duit ratus-ratus, ada yg ribu-ribu ~ kalau tak bebetul, takkan berani kita nak berurusan, kan?

bual la bisnes apapun ~ asalkan HALAL.

  • jual simkad ke?
  • perfume ke?
  • suplemen kesihatan ke?
  • produk kecantikan ke?
  • jual tudung bawal ke?
  • jual pressure cooker ke?
jgn lupa tukarkan skit keuntungan tu kepada emas. nampak! jelas nak tgk UNTUNGnya, kan?


🌺Harga emas Jan 2016 🌺
⬆04/01 = 171
🌺 Harga Emas Bulan Okt 2016 🌺
⬆26/10 = 196

27/10? ada dgr desas-desus kata nyer jap lagi nak naik rege!
biasa la tu. harga naik, kita yg da ada saving ni mesti gembira. sudah untung.
time harga turun, kita yg memang amalkan saving emas ni, cecepat ler beli.
perkara normal dlm simpanan emas.

stokis powergold adianiezgold
mungkin kah? kalau tgk situasi ringgit sekarang ~ tidak mustahil.
tapi ni jangkaan para pakar ekonomi je.
harapan saya betul la hendak nyer hi hi hi :)

ok tu jer.
moga sharing saya ni membuka hati mana2 yg sebelum ni teragak-agak.
and sememangnya sharing kat blog ni telah menjemput ramai utk amik tau pasal simpanan emas.
meskipun masih belum memulakannya, kan?

stokis powergold adianiezgold

stokis powergold adianiezgold


takpe... aida masih di sini. no fon takkan berubah :)
in shaa Allah, moga panjang umur dan dikekalkan kesihatan ni.

bye!

Photobucket

Sunday, October 23, 2016

Borak-Borak Pasal Keje Le Pulak :(

6 comments:
assalamualaikum...
moga ceria gembira di tghari Ahad ni.
sedang tonton JJCM @ TV3. sgt suka tonton JJCM ni. tau tempat makan.
maklum ler ~ makan utk hidup gembira, kan ? :)

ari ni masih mempunyai limited time utk blogging & blogwalking.
urusan rumahtangga... faktor kesihatan yg agak kureng... melayan anak2 yg nak exam start esok.
termasuk la ijat, esok start exam di tadika :) hi hi hi...
in shaa Allah kalu free nanti mlm saya blogwalking ekk. rinduuuu...

skang ni kat opis, kerja saya ialah ~ jalan2 jumpa syarikat dan pantau pematuhan diorang terhadap undang2. setiap hari keluar jelajah ke sana ke mari.
kita ni da tugas nyer memberikan fasilitasi kepada industri, makanya, mana boleh sepanjang masa dok opis hadap komputer.
tiba masa nya kita plak round jumpa syarikat di luar sana.

mcm2 kerenah... mcm2 org... mcm2 bentuk kesalahan!!!
aduhai... ada jugak yg cuba menegakkan benang yg basah. boleh mendatangkan kemarahan!
sabo... sabo... sabo...

okeh. mau up satu citer terbaru pasal emas sebelum pen off.
now memang agak kerap jugak saya tgk sharing pasal emas di newspaper.
dulu kerap juga. but now lebih kerap :)
al-maklum ler skang ni ekonomi agak tak brape baik, kan... sesuai ler utk promot saving emas.
menyedarkan masyarakat tentang kelebih menyimpan emas.

UTUSAN MALAYSIA
Khamis 20/10/16
5 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS πŸ‘πŸ‘πŸ‘
1. Emas adalah SIMBOL KEKAYAAN sebenar
2. Harga emas sentiasa MENINGKAT SABAN TAHUN
3. Tiada aset boleh MENANDINGI KEISTIMEWAAN EMAS
4. Emas TIDAK BOLEH DICIPTA dan sukar diperolehi
5. Nilai wang kertas DIKIKIS KADAR INFLASI
Stokis Emas Anda
012-6823611

5 kelebihan menyimpan emas

bye :)


Photobucket

Thursday, October 13, 2016

Bila Cuti Sakit, Dapur Kena Berasap Juga :)

10 comments:
assalamualaikum...

moga pagi khamis ni semua uolls ceria gembira!
saya? sgt ceria pagi ni alhamdulillah...
ari ni last day nurin peksa UPKK. ari ni peksa Arab.

bukan nyer pe, bila anak peksa, si ibu ni yg lebih stress.
terkenang-kenang anak yg sorang tu. dulu kecik tembam, skang da besar dah...
next year UPSR plak. hu hu hu cepat nyer masa ni berlalu. Allahu Akbar...

nak dijadikan cerita, last week khamis & jumaat, saya dpt MC. sakit mata!
da sampai opis dah khamis tu. tetiba opismet ngadu mata saya merah.
cecepat ler gi klinik kan. sib baik klinik dekat sebelah opis jer.
bertuah... dpt ubat dan MC 2 hari. alhamdulillah...

so jumaat tu memasak la si ibu yg MC ni.

ikan keli panggang air fryer phillips
ikan keli panggang air fryer phillips
ikan keli ni digoreng guna air fryer phillips.
memang moist dan luar tak hangus.
mudah.... tak berminyak.
anak-anak dara memang happy bila tgk da tersedia ikan keli goreng ni.
feveret diorang berdua :)

sambal kentang goreng ikan bilis

sayur kangkung goreng belacan

simple dimple jer.
tak reti weh nak masak masakan yg extravaganza...

ok bye!


Photobucket

Wednesday, October 12, 2016

Holiday Adik-Beradik Di Shah's Beach Resort ~ Abah Tak Sihat :(

4 comments:
assalamualaikum uolls :)

ari ni akhirnya dpt keje luar lagi... yeszaaaa...
sesekali kena la tuko tuko angin, kan? asyik dok opis, bengap kepala hu hu hu...
ni nak sambung part 3 citer family day di Shah's Beach Resort, Melaka.



Shah's Beach Resort, Melaka

hah tu la hasil nyer mlm pertama tu ~ balik jer dari bergumbira di sungai melaka, anak2 semua da kepenatan.
yes la. dgn mandi-manda di pool... then bergurau senda sepanjang masa.
gi lagi naik cruise.... memang izzat tertido gaya sujud la jawapan nyer :) ha ha ha...

pagi2 hari malaysia tu, memang gi bekfes la kan. kami amik 6 chalet, dpt la 12 bekfes free.
and tak semua gi pun. so tak perlu la byr lebih :)
anak-anak ramai bwh umur lagi.
frankly speaking, bekfes prepared by shah's beach resort amat ler mengecewakan!
dgn harga yg kita byr dan dgn makanan yg disediakan... memang tak patut.
telur separuh masak pun jadik side orders tau. yg ada pun rasa nyer tak sedap, ke laut weh!
hadoi lah! memang angin jugak ler saya dibuatnya atas kekemutan resort ni.
tapi tu la, telan ler jugak pe yg ada... da byr kan.

anak-anak memang panas bontot dok kat cafe tu.
cafe sebelah pool, pool tu mcm melambai-lambai diorang tau. hadoi...

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka

tghari tu memang kami plan utk masak ~ lunch di resort jer.
memang peralatan nak masak semua kami adik-beradik da pakat nak bwk pe.
complete ler ~ pinggan, mangkuk, sudu garpu, senduk, piuk nasi, piuk noxxa, teko, cawan, ...
best !

sambil sedang tunggu waktu lunch, saya bwk ler dua baby cute ni jenjalan tepi laut jap.

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka
saya dan adik bongsu :)

menu makan tghari kami simple...
saya teringat nak snap gambo ni lepas kami da hampir nak abis makan :) ha ha...

Shah's Beach Resort, Melaka
sandwich tuna & jagung rebus (rebus dlm piuk nasi)...

Shah's Beach Resort, Melaka
spageti bolognese...

Shah's Beach Resort, Melaka
nasi goreng... sambal goreng & kari ayam.
kicap. telur asin :)

Shah's Beach Resort, Melaka
makan secara buffet. borak-borak...

then mlm kami takde program nak ke mana-mana.
sebab? aduhai.. sedih nak citer uolls.
pagi tu, saya bekfes semeja dgn abah. biasa nyer abah nak telur separuh masak.
bila da kena order, abah naik angin la kan :(
then... lepas settle bekfes, abah saya terus rasa nak pitam!
berpimpin la nak balik ke bilik, sib baik dekat...
and sejak tu, abah saya tak sihat... muntah dan cirit-birit. mak jaga abah seharian!!!
hingga la ke mlm, so kami adik-beradik just peratikan abah dan mak jer.



mlm tu, ada 1-2 group buat bbq nun tu hah di tepi laut...

mlm kedua tu pun kami semua tido lena.
adik bongsu kena tido kat bilik mak abah... abah memang sgt tak sihat :(
sib baik la ada kakak yg keje nyer doktor. kami semua tukang bantu doktor jer la...

esok pagi, final morning ~ 17.9.2016 :)
lepas makan bekfes yg sgt tak sedap kat cafe resort, pe lagi, anak2 dibenarkan mandi pool sepuas2nya.
and pagi2 tu jugak kakak da bwk mak abah balik KL. tak nak tangguh dah.
apa2 hal, boleh terus ke hospital putrajaya... sedih la jugak bila mak abah kena balik awal.
sgt sedih :(
kami yg tinggal, lepak sama-sama...

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka

Shah's Beach Resort, Melaka
bye shah's beach resort...

Shah's Beach Resort, Melaka
ni ibu dgn anak-anak semua nyer. nak balik dah...
nak berpisah dah dgn ibu ni :( sob sob sob...

a perfect holiday bagi saya, meskipun abah tak sihat dan balik KL awal, ia satu moment yg akan saya kenang selamanya...
ntah bila dpt hua hua hua dgn adik-beradik lg...

bye...

Photobucket

Tuesday, October 11, 2016

Lima Beradik Naik Melaka River Cruise :)

5 comments:
assalamualaikum :)

ari kedua kak nurin peksa UPKK. and skang ni tgh menjawab paper sirah.
hopefully kak nurin terang hati dan tenang fikiran menjwb peksa in shaa Allah...
hadoi... ari ni penat sungguh otak.
dok tgk dokumen! hu hu hu... da berminggu keje luar.
baru 2 hari dok opis tgk dokumen, da rasa nak pitam uolls :(

sambung citer pasal holiday hari malaysia di shah's beach resort.
memang syok tau bila adik beradik complete berkumpul bergembira bersama.
agak lama kot kami tak enjoy togeder...

and mlm pertama tu, kami semua adik-beradik, asben and anak2 gi naik river cruise.
mak abah tak ikut, rehat di chalet saje.
kebetulan kan masa tu sedang ada Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2016.
memang la ramai org time tu kat taman rempah, jeti nak naik river cruise.
tapi tu la, semangat anak2 nak naik, kami pun just enjoy the night la.

bayaran untuk naik melaka river cruise

Taman Rempah Melaka River Cruise

Taman Rempah Melaka River Cruise
hah tu nampak tak, betapa ramai nyer yg nak naik cruise mlm tu?
tu org beratur belakang kami...

Taman Rempah Melaka River Cruise
ni plak tu hah yg beratur depan kami....
hadoi lah... berpeluh la jugak uolls.

Taman Rempah Melaka River Cruise
dpt la duduk plak bila da ke depan skit...

Taman Rempah Melaka River Cruise

dari beli tiket hingga la jejak kaki atas cruise, tak ler brape lama sgt terasa.
sebab kami happy. gurau gelak ketawa sambil beratur panjang tu tau.
bergambo la... usik mengusik la... it was so happy...

Taman Rempah Melaka River Cruise

Taman Rempah Melaka River Cruise

Taman Rempah Melaka River Cruise

bila atas cruise, sambung kemeriahan kami... relax along the river.
anak-anak la yg bising. surprised dgn keindahan sungai melaka tu.
kami-kami yg da senior ni diam jer la... selalu da tgk sungai melaka ni... sungai jer pun :)

Taman Rempah Melaka River Cruise

one thing yg saya and mr.asben kecewa, pemandangan sungai melaka tak secantik dulu.
kalau dulu kami pergi, lighting nyer extravaganza! rasa sgt cantik!
happening... !!!
but mlm tu... festival sungai melaka 2016 ni bagi saya suram sungai tu.
mcm tak festival pun :( kecewa !!!
rugi la org-org yg baru nak menikmati keindahan naik cruise di sungai melaka ni kan.
sekali lagi saya nak tempek gambo lama dlm entry ni ~ Pesta Sungai Melaka 2009.
gambo ni amik guna camera cabok tau dulu kala 2009. so tak boleh besar kan pixel nyer :)

festival antarabangsa sungai melaka 2009
sepanjang tebing sungai ada hiasan lampu... nice masa tu.

festival antarabangsa sungai melaka 2009
building ni ~ skang exactly di sebelah The Shore :)
ada lampu gitu... sgt menakjubkan pemandangan masa tu.

festival antarabangsa sungai melaka 2009festival antarabangsa sungai melaka 2009festival antarabangsa sungai melaka 2009

ni di area kampung morten :)
bangunan belakang tu, wonderful kan?
again, tgk tu tebing sungat, berlampu merah kuning...

festival antarabangsa sungai melaka 2009
festival antarabangsa sungai melaka 2009
tu lagi building yg berlampu... sgt cantik la uolls time tu.
dari jauh... fullamak!

festival antarabangsa sungai melaka 2009
area ni Melaka River Pirate Park, mlm kami pergi 15.9.2016 ~ langsung tak bercahaya.
permainan tu mcm da tutup, tak meriah... hmmm ntah la :(

whatever, since ia adalah lebih happy dok atas cruise tu dgn adik-beradik & anak-anak, saya ok jer la.
rasa kecewa tu simpan di satu sudut hati.
moga adalah org melaka yg baca entri ni dan org itu boleh buat sesuatu utk bangkitkan semula kemeriah sungai melaka.

ok nak kena bye sekarang.
mau balik sudah ni, lagi 5 minti nak kul 5 ptg.
tak sabo mau jumpa anak-anak bertiga :)

Photobucket