Thursday, October 06, 2016

Bila Muhammad Izzat Sudah Membebel, Ibu Kalah :)

assalamualaikum...

happy reversible date day
tarikh yg cantik :)

hari khamis. hari bekerja. tapi saya bekerja hingga jam 11 pagi jer tadi.
kerana...

Adianiez Sakit Mata
... dapat MC pada tarikh yg cantik ini ~ sakit mata !

ntah camne bleh plak kena sakit mata. hmmm...
aduhai. sakit ni dugaan kecil. tolak bala yg lebih besar in shaa Allah.

Muhammad Izzat panjat ampai kain

Muhammad Izzat panjat ampai kain

kisah minggu lepas. anak2 bertiga da bersiap. suruh la diorang terus keluar umah and ready masuk kereta.
ibu nak kunci pintu, make sure umah selamat ditinggalkan untuk beberapa jam.
kuar aje pintu umah, terkejut... muhammad izzat da naik ampai kain :) hadoi la!
ni ilmu baru la ~ panjat ampai kain ibu. lom lagi few days ago izzat bersenggayut kat ampai tu.
dah le ampai tu da tua... lebih tua dari izzat nak oii!
ampai tu rosak, takpe. 5 ampai pun ibu boleh gi beli.
tapi kalau awak tu yg terjatuh ke bawah??? camne tu nak citer???? rugi ibu nanti tau...

cecepat snap gambo izzat.
cecepat turunkan dia :) ha ha ha... snap gambo dulu tu yg tak menahan si ibu oii :)

tu satu pe'el la kan.
and nak citer ni ~ izzat da petah cakap. membebel pun ada tau uolls.
kalau dulu ibu izzat ni risau, bila la izzat nak bercakap elok.
da le lambat bercakap, bila da bercakap pelat la plak... aduhai.
now. ibu is happy. ayah is excited. izzat da membebel. bebalan izzat tu buat ibu ayah kelakar...

mcm semlm ptg. da nak maghrib, dia masih lagi kat luar umah, main basikal dgn kawan2.
saya suruh la dia masuk.
dia pun masuk la dgn muka yg toya, sambil membebel, "ijat main... kawan-kawan marah... fika pupah marah ijat... tak nak kawan ijat..." dan byk lagi bebelan nyer tu, ada few words yg ibu ayah tak dpt tangkap.
izzat ckp laju sgt ! :)
kak nurin pun translate ler ~ rupa nyer izzat gaduh gaduh dgn anak2 jiran. kawan2 yg sebaya dia la.
hmmmm baru 4-5 tahun da gaduh-gaduh diorang ni la :) ha ha ha...

and, izzat akan bercakap non-stop. itu la... ini la... sambil tgk tv, kami semua dihemburkan dgn 1001 soalan...
kenapa?
apa? camne?
selagi kita tak bertentang mata dgn dia, dgr dia cakap, jawab soalan dia, selagi tu dia tak putus asa.
mengalahkan kita ni yg bebelkan dia, dia buat tak tau ajer... kita kena bebel, dipaksa nyer kita tenung mata dia balik hu hu hu...
alahai syg...

sgt la bersyukur. sgt la happy. izzat membesar dgn begitu baik skali.
alhamdulillah ...

okeh uolls... nak gi masak la plak jap lagi.
MC tu MC... tapi keje kat umah tetap berjalan mcm biasa. in shaa Allah :)
bye!

Photobucket

7 comments:

  1. Ank petah brckp ank yg bijak kak :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah kak. Izzat membesar dengan baik. Bebelan dia lah yang menyerikan rumah kan :)

    Take care kak. Get well soon..

    ReplyDelete
  3. haha kan main lagi tersangkut kat ampai tu ye aida :)

    ReplyDelete
  4. Anak saya akan tanya "Lepas nie nak wat ape plak ibu?"

    ReplyDelete
  5. Besar dah ijat ckp pun dah pandai ni

    ReplyDelete
  6. Besar dah ijat ckp pun dah pandai ni

    ReplyDelete
  7. Seram tgk dia pnjat ampaian tu. Klau roboh, naya je ..
    Zara ni pn skrng proses potpet non stop. Dh la xpham. Xdpt bnda tu dimaranya. Walhal kita ni x pham. Hehe

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)