Monday, November 21, 2016

Cerita Tentang Kali Pertama Makan Sushi

assalamualaikum....

salam pagi isnin. cuaca di seremban2 pagi ni amat indah uolls.
aman damai cerah... kalau nak berjalan-jalan ke mana-mana, memang sesuai lah ni.
malangnya, masih lom start coti sekolah ekk uolls.
next week 😄.

pagi ni, nak share pasal makanan.
satu makanan yang saya try hanya beberapa bulan sebelum saya genap umur 38 thn ari tu.
sushi 🍣.
ofismet tersayang sorang tu, time ofis buat majlis makan-makan utk aidilfitri, dia buat sushi. OMG!
kagum sekejap time dia dtg ke pantri and bukak tupperware dia. sushi 🍣!
saya kuatkan semangat utk try time tu. sebab kebetulan ofismet yg buat kan ~ reliable 😁.
sedap. sedap. sedap! satu rasa yang sgt lain...
makanan yang sekian lama saya elak utk dimakan. ari tu saya rasa dan saya rasa lega...
saya makan dan makan dan makan sesuka hati hari tu. alhamdulillah... tq Mazlin 💓. sedap!

"A Japanese dish consisting of small balls or rolls of vinegar-flavoured cold cooked rice served with a garnish of raw fish, vebetables or egg."

"Sushi is a type of food preparation originating in Japan, consisting of cooked vinegared rice combined with other ingredients such as seafood, meat, vegetables and sometimes tropical fruits."

pek sushi yg dibeli kat jusco ~ dimakan dgn nurin & syuhada.
tak brape berani nak masuk sushi king. tak reti lah 😃.

punyer la happy sebab sukses makan sushi.
tak byk makanan dlm dunia ni yg saya tak makan tau uolls.
so bila tak pernah cuba makan sushi, terasa mcm tak complete la life ni.
then, ada la ofisment ajak gi makan kat sushi king, takde free lagi until today hu hu hu...

nak dijadikan cerita, nurin & syuhada memang pernah makan sushi and diorang suka.
time tu diorang ke kidzania, dgn biras saya, and time tu masih ada lagi sushi king kat kidzania.
buat sendiri and makan ler kan.

ok la... nice sebeno nyer sushi ni ekk.
bila kita makan tu, dlm mulut kita dia ada pelbagai rasa.
dari pulut nyer tu, and ada yg letak mayonis... seaweed... lain-lain tu... hmmm... nice!
so far saya x rasa lagi yg ada few item yg mentah. tak terbuka hati lagi hi hi hi...

okeh la... tu jer celoteh kosong pagi ni.
uolls suka sushi? uolls pernah buat sushi sendiri?
bye !

Photobucket

12 comments:

  1. lama tak makan sushi...nak ajak hsband pi makan pun dia tak makan sushi ni

    ReplyDelete
  2. Saya pun penggemar sushi jugak tapi yang mentah tue saya elakkan makan sebab masih tak dapat nak terima lagi.. =)

    ReplyDelete
  3. sushi sedap.tapi saya reti makan yang cam biasa-biasa je. cam pulut tu yang mayo. yang ada ikan tu tak makan.sedap.masuk sushi king tak pernah sebab apen tak makan.

    ReplyDelete
  4. Saya suka sushi. Dulu first time makan, tak berapa suka. Tapi lepas tu OK pulak. Baguslah awak dah cuba.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap.. tapi lea rasa tak boleh telan kowt.. tapi tapi tapi kannnn rasa nak cuba.. hahaha.. adehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u shud try it one day, lea.
      mcm aida ler. reject seluruh hidup sebelum ni.
      skali rasa, meronta-ronta nak lagi.
      tapi tahan diri :)

      Delete
  6. saya suka makan sushi.yang kecil tu nampak cumel rasa nak beli semua.

    ReplyDelete
  7. mase mek belajar dlu, kat skolah amek jepun. so belajar la buat sushi ni. tp sushi yg glung dengan rumpai laut tu je. gigih sensei bawak beras jepun bagai :) and yes, bleh makn yg tu je. yg lain harap maaf --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada member kata sedap yg raw tu.
      tapi tu la... lom terbuka minda dan hati nak telan ekk :)

      Delete
  8. murni sekeluarga mesti makan sushi ni sebulan sekali..suami & anak2 suka..Murni suka salmon steak dekat sushi king..2hari lps nak pergi mk tp diorang tak jual set tu..dia jual sushi jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next week rasanya nak ajak opismet ke sushi king la, murni.
      Nak gi sorang, x reti :-) hi hi

      Delete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)