assalamualaikum...

kebetulan, lalu di timeline fb saya. suka la nak share meskipun info ni pasti ramai yg da amik maklum.

steroid ~ semua da tahu...
sejenis hormon yang bertindak sebagai ejen anti radang dan jugak merencatkan sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. steroid digunakan utk mcm2 penyakit & masalah. sebab tu la, kekadang ia dianggap sebagai ubat ajaib! bila makan je, atau bila sapu je, penyakit & masalah pun settle...

kesan sampingan steroid

ni antara kesan sampingan steroid dari image di atas :

  • muka sembab
  • kita mudah dijangkiti kuman
  • kelemahan otot
  • kerapuhan tulang
  • kegagalan buah pinggang

antara penyakit / masalah yang dikatakan dpt dirawati dengan steroid :
  • ganti organ
  • penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) ~ satu penyakit yang menyebabkan peradangan pada jaringan ikat dan dapat merosakkan beberapa organ. lupus terjadi ketika ada masalah dengan sistem kekebalan tubuh dan kemudian menyerang tubuh. berkaitan dgn autoimun badan kita.
  • alahan kulit / ekzema
  • asma / lelah
  • bengkak
  • sakit lutut

steroid ni kita boleh dapat ia dlm bentuk pil 💊, cecair sirap, krim sapu atau suntikan 💉.
satu yg saya sgt tahu ialah ubat sapu hydrocortisone. nama pendek yg saya selalu bahasakan ialah 'hydrocort'.
ni saya dpt dulu. anak2 saya masa kecik2 ada masalah ekzema. but tak begitu teruk la.
sorang member pernah tegur, jgn guna sebab ada steroid.
since saya ada kakak pakar perubatan ~ saya da tanya pendpt dan saya setuju dgn pendpt kakak saya sepenuh hati.
apa yg dia cakap secara tak formal kpd saya sebagai seorang kakak ~ yes betul, ada steroid. sebab tu digunakan secara terkawal. bila masalah selesai, jgn guna. dan kuantiti nyer pun amat sedikit. sekiranya tak digunakan, ditakuti masalah berpanjangan dan menyebabkan penyakit yang lebih serius.

maka, uolls... penting ye utk dptkan ubat ker, produk kecantikan ke, dari sumber yg betul.
tgk label. search dulu dlm internet apa2 perkataan yg tak faham kat situ.
tanya pakar. beli di farmasi dan dptkan nasihat yg sahih...
jumpa doktor pun, doktor yang bebetul graduate bidang perubatan.
pandangan dan nasihat dia berdasarkan ilmu dan maklumat yg benar.

maklum la. skang ni terlalu byk produk kesihatan / kecantikan di luar sana.
tiap hari kuar produk baru 💄.
satu artis, satu produk 😃 hi hi hi...

okeh sekian...

Photobucket