May 31, 2016

KENDURI ARWAH ~ UMAH MOYANG PULAU SEBANG :)

11 comments:
assalamualaikum...

patut nyer skang ni (1:05 ptg) saya nak kena gi mydin, beli brg dapur.
ada beberapa brg da kehabisan ~ susu pekat, milo, kordial sirap, kicap, etc...
tapi jap la. bukan nyer jauh mydin tu hah. less than 10 minit da sampai.
mau update blog jap :)

mau citer kisah weekend lepas.
gathering adik-beradik mak di rumah nenek @ pulau sebang, tampin.
buat kenduri arwah skit before ramadhan.
alhamdulillah... sukses.

ini la family yg hadir sabtu lepas.
anak-menantu nenek semua ada, alhamdulillah.
cucu-cicit nenek ajer ada tak hadir. atas sebab2 munasabah ler :)

nenek saya ~ 86 thn.
emak saya ~ 70 thn (duduk kedua dari kiri, sebelah nenek)
adik beradik emak ~ 4 pompuan (semua di baris depan). emak anak sulung.
3 org pakcik saya yg berdiri, adik-adik emak no 7, 8 dan 9.
2 org makcik saya yg berdiri tu ~ menantu nenek (wakil suami-suami mereka).
adik lelaki mak no 5 sudah meninggal (sakit).
adik lelaki mak no 6 takde dlm gambo sebab gi jemputan kawin masa tu :) hi hi...
dan adik lelaki mak no 10 sudah meninggal tahun 1996 (kemalangan jalanraya di usia 22 thn).

nenek saya berkerusi roda sebab lutut dah tak kuat.
tak boleh berdiri lama. kejap kejap jer boleh tu pun utk beralih dari kerusi ke katil atau sebaliknya.
pendengaran nenek pun da kurang.
ingatan nenek masih ok ~ masih kenal anak menantu dan cucu.
but, nenek cepat lupa! akan bertanya soalan yg sama berulang kali :)
arwah atok da meninggal lama dulu.
seingat saya, saya masih sekolah rendah dlm darjah 2 ke darjah 3.

ni saya ber4 beradik pompuan :)
dari kiri ~ kakak ke2, saya, kakak sulung dan adik bongsu (tudung pink).
yg duduk tgh tu anak sulung saya :) ha haha nurin. da sama besar dgn kita dah hu hu hu...





kalau semua cucu-cucu nenek dtg, lagi besar lagi meriah. lagi havoc.
cucu nenek = 24 orang
cicit nenek = 17 orang
alhamdulillah :)

moga nenek, mak, abah, semua pak sedara mak sedara saya diberi kesihatan yg baik, dipanjang umur agar dpt terus beribadah dgn sempurna.... amin...

bye!

Photobucket

May 30, 2016

GIVEAWAY FRIDGE MAGNET LOMBOK BY MIALIANA.COM

9 comments:


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Photobucket

May 26, 2016

IMPIAN MEMANG KENA TINGGI, CAPAI KE TAK BELAKANG KIRA LA!

17 comments:

dari kecik kita da di tanya ~ "apa cita-cita awak?"
bukan nyer kita tau pun pe yg kita sebut sebeno-beno nyer.
kita just tau mungkin dari apa yg kita nampak masa tu...
atau pe yg mak abah kita dok ckp.

shoot for the moon, even if you miss you will land amongst the stars!

pasang impian setinggi langit... harapan umpama nak kan bulan dan bintang.
usaha dan terus usaha... jgn putus asa.
... usaha sekuat-kuatnya!

kita boleh!
semua org boleh!
jgn perkecilkan kemampuan diri sendiri.

kalau tak dpt bulan, dpt bintang. ok kan ?
kalau tak dpt no 1, dpt no 3 pun da alhamdulillah.
kalau tak dpt emas, dpt perak pun da rezeki.

apa yg penting, usaha !!!
capai ke tak??! tu belakang kira la kan. tak cuba, maka tak tahu.
zaman skang ni semua mungkin!


Photobucket

May 24, 2016

JANGAN JADI 'NORMAL' SANGAT LER...

11 comments:

yes, sesekali kita kena dok di 'luar kotak'.
sesekali kita kena buat pe yg kita tak pernah cuba buat.
yg penting, tak lari dari syariah dan akidah kita sebagai seorang Muslim.

saya ni kategori yg tak suka kan risiko :)
hmmmm da time kot saya berubah...
pe ekk nak buat? hi hi hi hi...
da umur gini, ramai anak, mcm takde pe je nak buat 'lain dari yg lain' hu huhu....


Photobucket

DETIK-DETIK YANG AKAN JADI MEMORI MENCUIT KALBU SI IBU AYAH :)

5 comments:
assalamualaikum...

ari ni cuaca amat bagus.
pepagi tadi hujan ribut! takut! start kul 4 pagi tu saya da tak lena tido.
dgr bunyi angin yg menderu kuat, aduhai... intai-intai la pintu. memang ribut kuat!!!
dok pk camne ler karang anak2 nak gi skola?
camne ler karang nak drive gi keje kat highway?
jgn la ribut ribut sgt... alhamdulillah dlm kul 7 pagi tu semua ok.
hanya hujan turun renyai gitu.
kebetulan saya puasa ari ni :)
memang terbaik ler cuaca gini, kan... alhamdulillah.

kartun-kartun ni lalu kat wall fb saya.
suka plak nak share :)

dlm konteks ni, saya terpaksa bagi kredit kat my beloved mr.asben.
time anak2 kecik, mr.asben yg paling pakar bab di atas.
most of the time anak2 akan tido di bahu dia.

ni la masa terbaik. terutama time dlm pantang.
time anak sulung, nurin, aduhai... nurin kuat nangis.
tak boleh bising skit, mesti dia terbangun.
sampai skang pun, bila ijat tido ajer, ligat la saya buat perkara2 yg tak boleh buat time ijat sedar :)
kakak2 da pandai jaga diri sendiri...

hmmmm ijat memang gini!!!
siang hari ijat skang free diaper.
mlm before tido memang dipakaikan diaper, mandi skit kasik segar badan.
selesa nak tido la...
siap aje, terus dia berak!!!!
aduhai... bikin panas!!!

hmmmmm... selalu sgt!

yg last skali ~ tu la saya... "nape la korang cepat besar?"
sedih hati ni... da takde baby baby dlm umah.


indah...

bagi frens semua yg lom dikurniakan anak, aida mendoakan uolls akan segera dpt menimang cahayamata.
melalui semua di atas dgn gembira.
jgn putus asa. teruskan berdoa. tawakal :)
aminnnn....

ok bye!

Photobucket

May 21, 2016

Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

10 comments:
klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian. 

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
  
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini. 

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store


Photobucket

May 20, 2016

RELAX DAY :)

13 comments:

assalamualaikum...

hari jumaat nan indah !
and saya coti ari ni, mr.asben ada keje.
maka saya perlu di sini utk uruskan anak-anak.
kalau keje dekat-dekat, tak payah coti.
dek krn opis nun jauh 90km, terpaksa korbankan sehari lagi coti rehat.
tapi takpe... ok aje... boleh relax...


pagi tadi lepas settle anak-anak bertiga ke skola, saya memang tak buat pe pun.
relax... even langsung tak on tv and main henfon.
saya relax pejamkan mata and lena zzzzz.... hmmmmm...
kalau nak diikutkan, memang ada baju nak dicuci, ada baju nak dilipat, ada lauk nak kena masak...
tapi.... saya sengaja tak pedulikan !!! walau dlm hati rasa bersalah ha ha ha...

then sebelah ptg tadi, after settle masak, lipat baju, kemas baju.
nurin ke skola agama.
syuhada tuisyen.
ijat memang da poslaju ke tadika pepagi tadi kan :)
start la saya blogwalking...
nak kena wujudkan semula bloglist yg sudah ilang :(
pohon maaf ye pd semua frens yg tak nampak saya lalu lalang di blog uolls few days ni.
sedang memantopkan semula bloglist.
meskipun saya biasanya blogwalking ke blog pengkomen yg rajin komen dlm blog ni, but bloglist tu perlu.

ok la uolls. have a nice weekend ekk.
weekend ni in shaa Allah saya akan pulun siap kan photobook idaman :)
gambo da ada, just nak masuk dlm designer...

p/s: sudi la tinggalkan blog link ekk kalu tgk takde lg kat list saya tu :) tq...

ok bye.

Photobucket

May 19, 2016

JUST NICE COFFEE HOUSE ~ DSUMLICIOUS :)

14 comments:
assalamualaikum :)

br lepas bekfes di pantry, alhamdulillah... kasik up satu entry jap.
entry jalan-jalan carik makan.
ahad lepas, ptg, before carik hadiah hari guru utk anak-anak, saya bwk emak minum ptg.
kami minum ptg di mitc ~ just nice coffee house.

da viral la jugak coffee house ni bcoz ada dimsum ~ dsumlicious gitu nama nyer.
saya and famili, terutama emak, memang gemar sgt la dimsum @ chinese food.
before this adik ipar ada beli kan di pasar mlm kat kg, kuala sg. baru.
harus la bwk mak try kat mitc plak kan :)

tu dia gerai comel utk dimsum :)
decoration coffee house ni amat cantik.
selesa... utk dating dgn kawan-kawan memang perfect place!
coffee house ni bukan saje ada dimsum tau, ada mcm2 lagi...
alamak aii... tak jelas plak ekk tulisan nyer.
sorry la uolls.
just nak sampaikan, ada makanan melayu... ada westers... eskrem...
kalau tak suka dimsum, masih byk pilihan yg lain :)

emak tersayang... dan nurin :)
kami bertiga saje... girls day out gitu hi hi...

ayam

ketam

cendawan

ketam blackpepper

udang

saya tak ingat pe nama nyer, just ingat pe la main ingredient tiap satu tu.
tu pun saya pilih according to best choice as mentioned dlm buku menu :)
komen :-

  1. dimsum frozen. saya nampak ia dikeluarkan dari pek plastik. bukan restoren buat sendiri la. frust!!!
  2. rasa? tiada wow factor. emak pun slow makan... sib baik order skit. maybe sebab ia adalah dimsum frozen.
  3. sos? tiada beza dari sos yong tau foo.
  4. harga? agak mahal. semua di atas RM23.60. up skit bleh gi makan dimsum kat hotel.
kalau sesape yg biasa makan dimsum, memang dsumlicious ni tak brape delicious la.
but uolls boleh try la kan... no harm trying.
biasa-biasa saje... saya takkan ulang tayang makan dimsum di sini kot.
but akan dtg utk makan makanan yg lain ~ nampak menarik...
in shaa Allah weekend ni kot hi hi hi...


p/s : pndpt peribadi ni ye.
        takde la nanti bagi high expectation tapi bila gi... nan hado si aida ni!!!

Photobucket

May 18, 2016

KISAH LAZADA LAGI ~ SORRY VOUCHER

14 comments:
assalamualaikum :)

nak share... 7-8 mei ari tu (weekend), busy la saya ni hah shopping kat lazada.
kerana apa?
terjumpa la few things yg memang nak and memang murah :)
7 mei (sabtu) submit satu order form (6 brg).
8 mei (ahad) submit lagi satu order form (2 brg).
hamik ko aida... sesekali shopping :) ha ha ha...

setakat skang ni, da terima 5 brg. later la saya citer pe brg nyer :)
daripada 5 brg tu, ada satu brg saya terima semlm tghari.
and, sgt la terkejut!!!

kenit aje parcel nyer.
takde la syak wasangka, ingat kan brg lain. 
memang ada order brg yg kecik :)


aik? lain mcm sgt brg ni.
sgt lain dari deskripsi... terus la saya buka website lazada, cek list order saya.

yes. deskripsi kata 30 pcs. nape saya dpt 1pc ajer ni!!!???

sepantas kilat terus call hotline lazada.
dipendekkan cerita, ada 2 options :
  1. refund duit. tak perlu return brg kerana bawah polisi lazada utk brg yg berharga RM25 dan ke bawah, brg tidak perlu return. just refund duit pada pembeli aje.
  2. diberikan RM20 sorry voucher from lazada.
saya ada soal jugak la kpd lazada, kenapa perkara gini berlaku?
takde ke satu dept di lazada yg cek perkara sebegini ~ before vendor iklankan brg, lazada confirm dulu brg yg vendor nak jual.
according to customer service tu, memang ada.
vendor kena declare bebetul brg apa mereka nak iklankan di platform lazada.
but tu la, dlm perkara ni terutama bab kuantiti, jarang berlaku.

saya tanya lagi, kalau gini apakah tindakan terhadap vendor ni?
lazada akan contact vendor dulu. nak tanya kenapa ni berlaku.
silap kira ke. silap item ke. silap deskripsi ke...
kalau perlu, lazada boleh instruct vendor utk anta the remainings 29pcs of that sealer.
but dlm kes saya, brg dari oversea. agak lama dan agak susah.
kalau benar vendor try utk tipu, vendor akan dikenakan penalti dan mungkin akan di blacklist dari iklan atas platform lazada.

hmmmm... ok la.
saya pun pilih la option kedua ~ RM20 sorry voucher...



ptg semlm jugak saya received voucher tu dari lazada thru email.
ok la...

kalau uolls klik and cari item yg saya beli tu ~ sealer 30pcs ~ memang da takde dlm website lazada.
baru jap td saya try to klik.
lazada da kuarkan la... ok. bagus. agar takde org yg tertipu la.

tq lazada.
cepat. and sgt komited beri facilities kpd pembeli...
baru la dikatakan trusted seller (bak kata Linda Alin).
masih tunggu 3 brg yg dibeli, yg juga dari oversea... gabra!!!
minta-minta la ok semuanya. salah satu bernilai lebih RM120 tau.
aminnn...

Photobucket

WALLPAPER SAMSUNG TAB PALING MAHAL!

11 comments:
assalamualaikum :)

perkara yg saya nak citer ari ni ialah sesuatu yg saya terjumpa 2-3 bulan lepas.
dek krn faktor usia, terlupa langsung nak share and tempek dlm blog ni.
ada masa skit ni hah cecepat saya taip kan jap entry special ni.
paling mahal? sebab takkan ada org yg mampu nak beli wallpaper ni :)
special sebab dedicated to my beloved nurin nazihah ~ kakak sulung.
dia yg lead adik-adik bergambo and dpt gambo yg sangat paling terbaik!

samsung tab ~ tgk wallpaper nyer tu...

one day, saya balik keje. masuk dapur.
then terperasan wallpaper tab tu ~ gambo anak-anak.
mereka wefie 3 beradik dlm kereta.
ntah bila, saya pun tak perasan... and gambo itu ~ perfect! alhamdulillah...

 ni la gambo asal

aduhai... manis nyer senyuman 3 beradik tu :)
sungguh la buat saya jugak tersenyum.
sebab kedua sgt special ? sebab tu diorang wefie :) lovely...

moga kamu bertiga terus akrab, saling jaga-menjaga.
kesayangan-kesayangan ibu :)

ok bye :)

Photobucket

May 17, 2016

LAZADA ~ RETURN BARANG & REFUND DUIT :)

12 comments:
salam pagi selasa :)
indah pagi ni.... moga keindahan ni berpanjangan la hingga ke ptg.
dan berlanjutan setiap hari hendaknya.
hidup kita pun gembira, kan :)

sambungan citer dari entry INI, kisah shopping di lazada.
nak ler share citer sebab kali ni beli brg tapi tak serupa seperti yg saya nak.
return brg tu ke lazada & dpt refund duit alhamdulillah...

ni parcel kedua yg saya terima.
few days selepas terima parcel pertama.
memang da dimaklumkan, parcel ni dari luar negara. lambat skit.

ini yg saya beli. set protective utk macbook saya :)
memang da lama nak beli. akhirnya saya beli jugak...
before beli, memang da confirm la spesifikasi macbook sendiri.
kalau salah sendiri, takkan boleh refund ke, replace ke, return ke...
then baru la beli online :)

tapi bila received brg, protective hard shell tu langsung tak boleh nak fit macbook saya.
kalau getah, boleh la kita tarik-tarik bagi fit kan.
ni keras! confirm la tak boleh. frust nyer hati ni. 
ku sangka macbook ku akan berbaju, tapi hua hua hua tidaaakkk...
baju tak muat la plak :) ha ha...


mlm tu jugak, saya pun terus buka balik website lazada.
baca balik polisi on return or refund.
seharian la jugak pastu dok godek godek perkara ni tau. jenuh!

yes boleh. but within 7 hari dari tarikh penerimaan, saya kena return brg :(


ni reasons for return. ok...

so terus la saya klik klik klik di website lazada utk proses return or refund.
begitu begini ~ email ke lazada gambar barang yg tak fit tu.


alhamdulillah, respon from lazada sgt cepat. sgt lega :)
email back snapshot yang dikehendaki...
dgn segera saya poslaju semula brg kpd lazada ~ jaminan 7 hari kan.

 saya guna poslaju aje :)


lazada respon selepas terima parcel dari saya... diminta update bank details online utk refund.
dlm tak sedar (sebab saya tak cek akaun bank tiap hari), amaun RM70 tu da masuk akaun.
lega...

moral of the story, dpt barang cepat-cepat la cek. jgn tangguh.
kena kenalpasti Lazada Return Policy. jgn nanti time da expired, baru nak kecoh return or refund.
memang confirm tak dpt la :)

ok bye!

Photobucket