Nov 28, 2016

Perjalanan Paling Sukar Untuk Seorang Lelaki

6 comments:
Tahukah Kamu Wahai Lelaki...

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.

Jangankan Sehari Lima Waktu, Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa. Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.


Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.

Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun  Amerika.
Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea. Dengan Semangat Yang Membara.

Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh.

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid. Alasan Mereka Pun Bermacam². Ada Yang Berkata Sebentar Lagi. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Hatta Pemain Bola Sepak Yg Kuat Bertarung 90 Minit Hampir Saban Minggu Belum Pasti Gagah Ke Masjid.

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..

Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling Mulia Serta Membanggakan. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid.

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu.

Itulah Perjalanan Yang Di Ajarkan Oleh Nabi Mu. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya.

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Maka Lakukanlah Walau Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu.

Nescaya Kamulah Insan2 yg BERUNTUNG Di AKHIRAT Kelak...

#copydarigrupwasap
#sharingiscaring

Photobucket

Nov 26, 2016

Bila Izzat Buat Study Group Kat Rumah

11 comments:
assalamualaikum :)

salam dihulur di pagi sabtu nan indah.
moga ari ni, weekend ni, penuh ceria dan gembira...
pepagi tadi si ibu sorang ni da memulakan hari nya sbg superMak.
5 hari keje rumah da mcm tongkang pecah berderai!
maka, kena la memulakan program superMak 😎.
dgn dibantu oleh anak2 dara yg gojes ~ nurin & syuhada.
izzat ??? hmmmm kekadang boleh juga diharap bantu mana2 patut.
but most of the time, dia dgn hal dia la.

ni cerita beberapa hari lepas.
ptg balik tadika, izzat akan main kat luar umah. riadah...
tapi satu hari tu, hujan... maka takde ler main basikal...
sedang saya busy masak, tetiba nampak afikah, anak jiran sebelah, sebaya izzat, depan pintu.
jemput la dia masuk 😌.
bila da gitu, izzat ajak la afikah main sama2.
then, mula la izzat keluarkan meja, kerusi, buku & pensel warna kakak syuhada.

Bila Izzat Buat Study Group Kat Rumah

Bila Izzat Buat Study Group Kat Rumah

sweet kan?
ibu like lah kalau gini elok nyer...
sama2... khusyuk betul dua2 nyer.

kalau la umah saya ni besar skit, memang saya suh kawan2 anak2 saya main kat umah je.
selamat.
dekat dgn saya.
terjamin keselesaan πŸ‘.
then kalau kakak2 nak belajar sama2 kawan, dtg la umah.
sediakan tempat, suasana belajar, makan minum semua nyer la.
yg penting, belajar!
tapi apakan daya, umah kecik sekangkang kera je.
takde laman yg luas.

ok la. sampai situ jer throwback pagi ni.
mau sambung operasi superMak hi hihi...

bye!

Photobucket

Nov 24, 2016

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

7 comments:
assalamualaikum...

yahooo dah ari khamis, alhamdulillah.
esok last day keje and then weekend πŸ˜ƒ i like weekend...
nak citer kisah graduation ijat last saturday uolls. akhirnya ijat selamat abis sessi belajar umur 4 thn.
tak sabar tunggu hari sabtu tu.
ijat buat persembahan kan. excited la si ibu ni hah...

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang ~ Izzat

pagi tu kami sekeluarga bangun pepagi.
pendaftaran di King's Hotel kul 8 pagi. kami tiba lewat skit lebih kurang kul 8.30 pagi.
hotel tu dekat aje, less than 10 minit da sampai.
sampai aje kat tingkat 3 hotel, lif terbuka aje terus la nampak teachers ijat, menyambut kami.
ijat apa lagi, terus peluk kaki saya erat!
hadoi lah saya da tau pasti ada drama jap lagi uolls...

ye saya... ijat langsung tak nak lepaskan kaki saya.
"ijat tak nak. ijat nak ibu. ijat nak balik..." 😭
menangis-nangis la ijat pagi tu. peluk saya dgn erat. silih berganti teachers ijat dtg memujuk.
tapi tak berjaya. masa tu dlm hati saya da sedih dah. mcm takde peluang nak tgk ijat buat persembahan 😞. takkan nak paksa dia, kesian lah ijat, kan....
then dtg sorang teacher ijat, "saya amik je dia ye kak. nanti dia ok la."
saya dgn rela hati melepaskan ijat dari pelukan, pass pada teacher.
"moga elok la ye anak ibu..."

firstly, anak2 tadika semua naik pentas, utk nyanyi lagu negaraku & melaka maju jaya.
ijat was not there, ijat masih menangis di tempat tukar baju.
then, ada persembahan anak2 taska umur 3 thn. nampak ijat masih lagi teresak-esak di tepi pintu.
teacher sedang pujuk... hu hu hu sayu hati ku ini!
then saya kuatkan hati lagi utk biar dia bertenang...
selepas lebih kurang 15 minit kot, nurin nampak ijat dah pun start bermain dgn kawan2.
yes. bila saya jeling, alhamdulillah, ijat sedang dok gelak dgn kawan2 nyer.

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang ~ Izzat

sempat la ibu & kakak2 wefie kan. hati da gembira sebab ijat dah ok.
and lepas tu ijat buat 2 persembahan menari ~ 2 lagu 🎢🎢🎢🎢.

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

saya ada amik video penuh ijat menari 2 lagu tu.
jadi kenangan di masa depan kan. alhamdulillah...
and lepas tu, ijat sgt good mood. main sana. main sini... he was so happy !

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang ~ Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang ~ Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang ~ Izzat

lebih kurang jam 11.00 pagi, semua persembahan dan penyampaian hadiah da abis.
haruslah ijat takde hadiah, exam pun tak abis buat kan.
takpe la dik, ibu faham hi hihi...
then akhir sekali, semua anak-anak naik pentas nyanyi lagi perpisahan & sahabat.

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat
bukan main ijat ke kiri dan ke kanan... comel !

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang - Izzat

Majlis Graduasi Tadika Damai Cemerlang ~ Izzat
gambo ni nurin yg snap kan.
geram nyer la hai ijat... ibu da elok senyum, ijat jelir lidah la plak 😠.
tapi tu la, ibu nak share jugak gambo kat banner tadika ni...

abis la citer ijat graduation.
and tamat la ijat skola di usia 4 thn.
sgt byk perubahan positif ijat dari awal tahun hingga sekarang.
tak rugi la saya anta dia ke tadika di usia 4 thn. cara dia berkawan pun sgt la baik.

alhamdulillah.

Photobucket

Nov 23, 2016

10 Things I Can't Live Without

17 comments:
assalamualaikum...

ari ni nak cilok idea dari blog Mek Ayunie 😊.
suka plak bila tgk tajuk entri Mek, terus excited nak buat juga... meh saya citer pe 10 things tu ye.
tak ler ikut priority ke hape ke....

  1. cermin mata ~ ha ha ha saya ni rabun jauh yg teruk! bermula darjah 5 saya da rabun. time belajar di UIA dulu saya pakai contact lens, sehingga lahirkan ijat kot masih pakai contact lens. then, ada jangkitan gatal2 kat mata, πŸ‘€ kemerah2an. mata saya jadik tak cantik. start tu, hingga kini, kembali bercermin mata mcm zaman skola. saya ada 2 cermin mata pada satu masa ~ 1 khas utk gi kerja.
  2. jam tgn ~ kekok rasanya kalau terlupa pakai jam. asyik la nak tgk tgn yg kosong tanpa jam tu hu hu hu... sgt penting. memang la kat handphone ada jam, kat dinding ada jam, kat kereta ada jam... tak nak! nak jam tgn jugak .
  3. handphone πŸ“± ~ kecuali bila mr.asben & anak-anak berada di sisi. selain dari waktu tu, memang tak boleh tanpa handphone! tiada sebab spesifik, memang tak boleh!
  4. beg make-up ~ tanpa ni terasa diri tak terurus. saya tak ler make up sgt pon. just foundation, compact powder, lip balm, celak... lain-lain aksesori dlm tu adalah perfume, deoderan, sikat, ketip kuku dan sbg nyer...
  5. purse ~ ni semua org kot kan. duit nyer, atm kad nyer, ic nyer, bonuslink kad nyer, jusco kad nyer, .... tak terkecuali resit-resit utk purchase 1-2 bulan ke belakang ha ha ha πŸ˜„.
  6. laptop πŸ’» ~ bila kat ofis ada desktop. other than that, my beloved macbook. update blog ler kan. da nama nyer blogger separuh masa uolls.
  7. kereta ~ ni rasanya masih kategori things kan πŸš— hi hihi... utk gi keje. utk uruskan anak-anak. kalau takde, sememangnya akan jadik tak tentu arah! sebab tu la my beloved mr.asben takkan tangguh apa2 bila kereta2 kami problem.
  8. tenaga elektrik ~ hah ni satu lagi perkara terpenting yg saya tak boleh hidup tanpa nyer. hu hu hu mcm2 task nanti tak terlaksana! kalau kat umah, elektrik takde aje, memang byk perkara tergendala dan hidup pun jadi kurang ceria...
  9. air ~ sape yg suka kalau air takde??!! nak buang air susah. nak mandi susah. lelebih kalau ada πŸ‘Ά memang tak keruan la si ibu nak melakukan aktiviti penyahtinjaan 😊.
  10. internet ~ ha ha ha ni keperluan zaman sekarang πŸ“‘. kalau ada handphone / laptop, tapi takde internet, zaman ni memang la tak brape nak sempurna. pertama, skang ni kalau bekerja, ofis da wajib ada satu grup wasap πŸ“±. kalau ada cawangan, setiap cawangan satu lagi grup wasap masing2. then ada plak unit kecik dlm cawangan tu, lagi satu grup wasap. kalau ada apa2 edaran surat, now akan masuk grup wasap dulu. surat fizikal sampai ke tgn selepas beberapa hari. then apa2 makluman tergempar, inform dlm grup wasap. hmmmm kalu la tetiba satu hari tu data kita abis, and kita tak sempat nak top up ke hape ke, memang kelam-kabut la! lom lagi grup wasap famili, sekolah rendah, sekolah menengah, coursemate di U, kalau plak kat U tu kita ada any other social groups, tiap satu tu pasti nak ada grup wasap. grup wasap jiran, grup tuisyen anak, grup mengaji anak.... hu hu hu skang ni tadika pun da create grup wasap utk parents tau. semua makluman kat situ dah skang... imagine ler kalau takde internet??? then, kalau bisnes online, lagi la perlu itu internet. blogger apatah lagi πŸ’».

hah... settle 10 things I can't live without.
yg mana saya terfikir sekarang ni la. kalau nak diikutkan, byk lagi.
tapi tu la yg utama yg mampu saya ingat demi nak hasilkan entri ni.

apapun, dlm hidup ni kena bersederhana aje. jgn krn takde itu, takde ini, kita jadik tak tentu hala.
hidup dgn 'tiada'. kenang org yg tiada apa yg kita ada. then, kita akan realize, untungnya kita.
bersenang-lenang ni sebeno nyer membawa kpd kealpaan.
"so, aida, jgn bersenang sgt ekk!"
hi hi ok bye uolls...
kalau sesape buat entry tajuk ni, share link tau, saya nak baca :)

Photobucket

Nov 22, 2016

Resepi Kopi Ais Terbaik !

16 comments:
assalamualaikum...

ptg ni sgt happy. siapkan keje lebih dari target, alhamdulillah...
senang hati nak present time meeting jumaat pagi nanti.
keje siap barulah blogging. jgn keje ke mana ntah, blog ber update sentiasa 😏.
byk nak update pasal emas powergold, tapi xde time karang ayat.
so saya copy & paste skit la info yg saya dpt pagi tadi.

"Makluman terkini saya terima dari Dato' Daud Che' Ngah dlm kursus Umrah semlm 19.11.2016 (Sabtu) berita yg baru d terima  dari jemaah umrahnya  d Mekah, kita d nasihat kan membawa duit dlm nilai rial atau us dolar tunai yg telah d tukar trlebih dahulu d Malaysia. Kerana  money changer d sana tidak mahu menerima ringgit malaysia...sekian utk makluman jemaah Group Umrah kita."

fikir-fikirkan la ye betapa nazak nyer RM kita 😩.
pelbagaikanlah simpanan masa depan uolls...
dlm bentuk RM ~ insurans pendidikan anak2, tabung haji, sspn...
dan juga dlm bentuk emas ~ goldbar, dinner atau brg kemas. sebaik2 nya utk simpanan goldbar & dinar la.
just imagine la kan, kita da ada simpanan dlm bentuk goldbar / dinar utk umrah & haji. memang da 3-4 tahun kita menyimpan. now nak gi umrah, tukarkan kpd RM atau bwk aje emas tu ke sana...
di sana terus tuko kpd rial. hmmm... mudah kan πŸ‘ .
mari la wasap saya 012-6823611 utk simpanan emas pertama uolls:

  • simpanan utk tunaikan haji / umrah
  • simpanan utk pendidikan anak-anak

join ahli dan terus dpt harga murah :)
hmmmm kalu da start menulis pasal emas, dari tadi kata takde idea nak karang ayat, terus jadi entri panjang hi hi hi...

resepi kopi ais terbaik

kopi ais saya memang gini uolls.
tak kira la ~ kopi ke, milo ke, nescafe ke...
jgn kata kat umah, kat ofis pun sama aje. terlupa !
lelebih plak ofis ni air-cond nyer mak aii ~ sojuk bonaaaa...
memang kopi ais versi air-cond la 😀.

bye!

Photobucket

Nov 21, 2016

Kesan Sampingan Steroid !!!

4 comments:
assalamualaikum...

kebetulan, lalu di timeline fb saya. suka la nak share meskipun info ni pasti ramai yg da amik maklum.

steroid ~ semua da tahu...
sejenis hormon yang bertindak sebagai ejen anti radang dan jugak merencatkan sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. steroid digunakan utk mcm2 penyakit & masalah. sebab tu la, kekadang ia dianggap sebagai ubat ajaib! bila makan je, atau bila sapu je, penyakit & masalah pun settle...

kesan sampingan steroid

ni antara kesan sampingan steroid dari image di atas :

  • muka sembab
  • kita mudah dijangkiti kuman
  • kelemahan otot
  • kerapuhan tulang
  • kegagalan buah pinggang

antara penyakit / masalah yang dikatakan dpt dirawati dengan steroid :
  • ganti organ
  • penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) ~ satu penyakit yang menyebabkan peradangan pada jaringan ikat dan dapat merosakkan beberapa organ. lupus terjadi ketika ada masalah dengan sistem kekebalan tubuh dan kemudian menyerang tubuh. berkaitan dgn autoimun badan kita.
  • alahan kulit / ekzema
  • asma / lelah
  • bengkak
  • sakit lutut

steroid ni kita boleh dapat ia dlm bentuk pil πŸ’Š, cecair sirap, krim sapu atau suntikan πŸ’‰.
satu yg saya sgt tahu ialah ubat sapu hydrocortisone. nama pendek yg saya selalu bahasakan ialah 'hydrocort'.
ni saya dpt dulu. anak2 saya masa kecik2 ada masalah ekzema. but tak begitu teruk la.
sorang member pernah tegur, jgn guna sebab ada steroid.
since saya ada kakak pakar perubatan ~ saya da tanya pendpt dan saya setuju dgn pendpt kakak saya sepenuh hati.
apa yg dia cakap secara tak formal kpd saya sebagai seorang kakak ~ yes betul, ada steroid. sebab tu digunakan secara terkawal. bila masalah selesai, jgn guna. dan kuantiti nyer pun amat sedikit. sekiranya tak digunakan, ditakuti masalah berpanjangan dan menyebabkan penyakit yang lebih serius.

maka, uolls... penting ye utk dptkan ubat ker, produk kecantikan ke, dari sumber yg betul.
tgk label. search dulu dlm internet apa2 perkataan yg tak faham kat situ.
tanya pakar. beli di farmasi dan dptkan nasihat yg sahih...
jumpa doktor pun, doktor yang bebetul graduate bidang perubatan.
pandangan dan nasihat dia berdasarkan ilmu dan maklumat yg benar.

maklum la. skang ni terlalu byk produk kesihatan / kecantikan di luar sana.
tiap hari kuar produk baru πŸ’„.
satu artis, satu produk πŸ˜ƒ hi hi hi...

okeh sekian...

Photobucket

Cerita Tentang Kali Pertama Makan Sushi

12 comments:
assalamualaikum....

salam pagi isnin. cuaca di seremban2 pagi ni amat indah uolls.
aman damai cerah... kalau nak berjalan-jalan ke mana-mana, memang sesuai lah ni.
malangnya, masih lom start coti sekolah ekk uolls.
next week πŸ˜„.

pagi ni, nak share pasal makanan.
satu makanan yang saya try hanya beberapa bulan sebelum saya genap umur 38 thn ari tu.
sushi 🍣.
ofismet tersayang sorang tu, time ofis buat majlis makan-makan utk aidilfitri, dia buat sushi. OMG!
kagum sekejap time dia dtg ke pantri and bukak tupperware dia. sushi πŸ£!
saya kuatkan semangat utk try time tu. sebab kebetulan ofismet yg buat kan ~ reliable 😁.
sedap. sedap. sedap! satu rasa yang sgt lain...
makanan yang sekian lama saya elak utk dimakan. ari tu saya rasa dan saya rasa lega...
saya makan dan makan dan makan sesuka hati hari tu. alhamdulillah... tq Mazlin πŸ’“. sedap!

"A Japanese dish consisting of small balls or rolls of vinegar-flavoured cold cooked rice served with a garnish of raw fish, vebetables or egg."

"Sushi is a type of food preparation originating in Japan, consisting of cooked vinegared rice combined with other ingredients such as seafood, meat, vegetables and sometimes tropical fruits."

pek sushi yg dibeli kat jusco ~ dimakan dgn nurin & syuhada.
tak brape berani nak masuk sushi king. tak reti lah πŸ˜ƒ.

punyer la happy sebab sukses makan sushi.
tak byk makanan dlm dunia ni yg saya tak makan tau uolls.
so bila tak pernah cuba makan sushi, terasa mcm tak complete la life ni.
then, ada la ofisment ajak gi makan kat sushi king, takde free lagi until today hu hu hu...

nak dijadikan cerita, nurin & syuhada memang pernah makan sushi and diorang suka.
time tu diorang ke kidzania, dgn biras saya, and time tu masih ada lagi sushi king kat kidzania.
buat sendiri and makan ler kan.

ok la... nice sebeno nyer sushi ni ekk.
bila kita makan tu, dlm mulut kita dia ada pelbagai rasa.
dari pulut nyer tu, and ada yg letak mayonis... seaweed... lain-lain tu... hmmm... nice!
so far saya x rasa lagi yg ada few item yg mentah. tak terbuka hati lagi hi hi hi...

okeh la... tu jer celoteh kosong pagi ni.
uolls suka sushi? uolls pernah buat sushi sendiri?
bye !

Photobucket

Nov 18, 2016

Based On A True Story ::: Girl In The Box

12 comments:
assalamualaikum...

mlm ni kami anak-beranak makan pizza domino jer.
teringin nak makan pizza la uolls :)
telefon domino, order... tunggu... pizza sampai, byr... ngap !
mudah ekk zaman skang. yg penting siap kan duit nyer byk2 jer.

ok nak citer satu movie lifetime channel 709 'Girl In The Box'.
ari tu show hari rabu 16.11.16 kul 10 mlm.
memang berhari2 tunggu citer ni. sgt nak tgk...
saya tempek ekk sinopsis nyer...

Based on a true story, Girl In The Box is a dark psychological drama. In May 1977, 20 year old Colleen Stan was kidnapped by a young married couple, Cameron & Janice Hooker. For the next 7 years, they kept her imprisoned for up to 23 hours a day in a coffin-sized box hidden beneath their bed. When not incarcerated, Colleen became part of a strange new life as a live-in slave, family child-minder and victim of Cameron's bizarre and extreme S&M fantasies.

Colleen nak gi umah kawan, utk surprise kan kawan dia sempena birthday.
abah dia nak anta atau nak belikan tiket bas, tapi Colleen tak nak.
dia lebih suka pergi sendiri and tumpang-tumpang kereta org sepanjang perjalanan.
hadoi lah anak! nak dijadikan cerita, tumpang kereta org jahat. hmmm merana 7 thn kena seksa.
dia plak langsung tak maklumkan famili dia nak ke mana.
mak abah dia ada la buat report polis, but tu la... takde petunjuk dia ke mana, kan...

memang la sedih and tragis tgk citer tu, camne Colleen tu kena kidnap, then kena seksa, naked!!!
tanpa tahu apa sebab dia kena diperlakukan gitu.
one part tu ada Colleen tanya Cameron ~ nape dia buat gitu?
jawapan selamba Cameron ~ "because I can..."
😠 hu hu hu hu sedih !!!!

Based On A True Story ::: Girl In The Box
ni ler pelakon nyer ~ dari kiri Cameron, Colleen & Janice...

saya sgt minat movie if ia adalah hasil dari satu kisah benar.
bukan lakonan... bukan tiruan... bukan watak ciptaan.
bila kisah benar, kita dpt feel betapa seksa nyer org sebenar yg kena tu 😞 hu hu hu...

Based On A True Story ::: Girl In The Box
ni la Colleen Stan sekarang...
mempunyai seorang anak perempuan umur 29 thn & cucu lelaki umur 2 thn.

Based On A True Story ::: Girl In The Box
ini la wajah sebenar Cameron dan box ~ barang kes...

Cameron thn ni umur 62 thn.
ia disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 104 thn pada 1985.

moral of the story :

  • dgr cakap mak abah, jgn bangkang!
  • jgn percaya org luar yg tidak dikenali. muka baik, hati lom tahu.
  • nak ke mana, maklumkan lah mak abah. mudah dicari apa2 hal berlaku.
sgt menggerunkan citer ni ~ risau saya nak lepaskan anak-anak ke mana2 sendirian.
sama2 la kita amik iktibar, kan...
sape lom tgk citer ni, perhatikan la ulangan nyer ye.
a good story. i like...


bye... selamat berhujung minggu :)

Photobucket

Saya Tidak Main-Main Dengan Masa Depan !

5 comments:
Kita bukan main² ajak orang simpan Emas ni...
.
Untuk APA??
.

simpan emas untuk masa depan

.
Untuk SELAMATKAN DUIT kita di masa depan...
.
Nilai yg sebenar ada dlm harta/komoditi yg Allah cipta ni, iaitu EMAS.
.
EMAS = ASET = DUIT !
.
Semakin banyak emas kita simpan, semakin banyak nilai duit kita.
.
Tahun 2020 (lagi 4 tahun je) 1gram = RM503.
.
Ini adalah kajian pakar ekonomi dunia, menganggarkan sebegitu dan trend memang ke arah itu.
.
Kita boleh lihat keadaan sekeliling kita dan sedang merasa bahangnya.
.
Kempen ini adalah memberi kesedaran kpd seramai mungkin kawan² & saudara tersayang...supaya mula simpan duit dlm bentuk emas...
.
Mulakan simpan sendiri 1gram 1bulan sekarang...!
Tak kisah la nak simpan Barang Kemas ataupun Emas Fizikal (lebih bagus utk simpanan jangkamasa lama).
.
BUKA HATI, BUKA MINDA & CELIK EMAS dari sekarang! Sgt2 tak rugi simpan emas ni..
.
Nak ikut... Jom!
.
Tak nak.. Takpe.
.
Kami cuma berkongsi.

celik emas membudayakan simpanan emas



Photobucket

Nov 17, 2016

Main Masak-Masak Dengan Nurin ::: Sup Ayam

14 comments:
assalamualaikum :)

ok ok la... hot ari ni pasal upsr.
ni saya nak up kan citer pasal dinner semlm.
masak sup ayam ajer uolls...

aksesori sup ayam saya kali ni :

  • ayam
  • fishball
  • baby carrot
  • kentang
  • suhun


sup ayam paling berkhasiat

simple jer...
makan 4 beranak.... my mr.asben tak makan mlm.
yg best nyer ~ ntah camne dpt idea semalam, masak dgn nurin.
saya la yg handle semua, just nurin berdiri sebelah mendgr explaination saya...
apa ekk yg saya dok ajar nurin?

  • bwg putih & bwg merah ~ camne nak tgk bwg tu elok & cara hiris utk masak sup
  • kupas & potong kentang & halia
  • bersihkan baby carrot & fishball ~ yg ni tak potong pun. suka letak sebiji-sebiji 😊
  • tumis bwg & halia... masukkan itu ini... garam...
itu jer la. hingga la siap sup ayam simple dimple tu.
mesti uolls kata, "alahai, semua tu tak payah ajar, simple jer..."
hi hi hi hi... yg simple tu la yg kena ajar, baru ler boleh jadi pandai.

nurin darjah 5, bulan februari 2017 akan dtg genap la umur nurin 12 thn.
and... saya rasa da ok kot utk ajar dia kendalikan dapur & masak memasak.
terutama bab penyediaan bahan2 utk di masak.
penting kot nak ajar dia dari sekecik-kecik perkara hingga la besar.
sambil-sambil tu saya explain la kat dia mcm2.
nurin pun menghujani saya dgn mcm2 soalan ~ which is very good.


nak share ler ekk dgn uolls ~ saya memasak hanya selepas kawin.
sebelum tu, masak main-main aje. iye la uolls, emak saya surirumah.
emak tak pernah bekerja... untung la saya kan ha ha ha...
as for nurin, bukan ler saya nak dera dia memasak & jadi junior masterchef tu.
bukan ler saya nak goyang kaki and suruh dia plak masak kan.
just nak mewarnai kehidupan dia dgn mcm2 perkara dan skills. in shaa Allah.

ni inspirasi dari program junior masterchef dan man vs. child : chef showdown ler ni.
hampir setiap hari anak2 saya tgk program ni di astro lifetime channel 709.
saya suka diorang tgk. kebetulan anak2 saya pompuan kan.
a good exposure la.

man vs. child : chef showdown
memang marbeles la anak2 ni memasak...
saya sungguh takjub dgn skill & ilmu diorang pasal makanan.

man vs. child : chef showdown

pompuan, belajar la tinggi mana.... jadik la pegawai tertinggi dlm jabatan pe pun...
balik rumah, kena masak 😏 kan?

p/s : tadi masak ayam masak merah tapi nurin x join plak πŸ˜–. dia tolong ayah...

... ok tu jer mau celoteh mlm ni.
bye for now!

Photobucket

Laporan Awal Tentang UPSR 2016

8 comments:
assalamualaikum...

cecepat nak up kat kisah upsr 2016 ni.
sebab ia mcm kejutan terbesar hari ni...

PUTRAJAYA - Seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Bilangan semua A  UPSR 2016
Selangor 1025 org
Perlis 45 org
Johor 240
Melaka 159
Perak 363
Kedah 280
Penang 400
Terengganu 271
N.sembilan 247
Sarawak 284
Pahang 296

UPSR 2014 (format lama) semua A - 36,304 calon
UPSR 2015 (format lama) semua A - 38,344 calon
UPSR 2016 (format baru) semua A - 4,896 calon⁠⁠⁠⁠

Bilangan semua A di beberapa skola area Melaka
Dato palembang -12 org
Bkt beruang -5 org
Bt berendam 2- 4 org
Bt berendam -2 org
CIJ 2 - 4 org
Bkt baru - 4 org
Demang Husin - 4

few hours ago dlm few groups wassap saya, kami borak ler pasal upsr 2016 ni.
ada sorang anak opismet saya ~ 6A πŸ‘πŸ‘πŸ‘.
we are so happy for her. alhamdulillah.
but isu ni yg kami byk diskus, penurunan bilangan anak2 yg dpt 6A terlalu byk.
yg pasti bukan silap anak2 tu sendiri la kan. mereka da usaha sehabis baik.
adakah sebab diorang batch pertama kssr ~ format baru tu?
ni kes jadik time PT3 tahun 1-2 thn lepas kan uolls?
dek kerana ujikaji pihak2 tertentu utk dasar pendidikan, anak2 jadi mangsa!
ni pendpt peribadi saya tau...

tadi sempat la wasap cikgu kelas syuhada.
kata nyer, dlm sejarah paling sikit anak2 dpt straight As.
sedih para guru. anak2 yg menjadi target dpt straight As semua menangis tgk result sendiri.
mcm skola nurin, yg byk tak dpt straight As ialah paper 2 Science.

nurin next year upsr. sebab tu la saya amik pusing skit result upsr thn ni.
thn ni akan jadi benchmark for the next few years.
kenapa?
apa?
bagaimana?
semua questions ni berlegar dlm fikiran saya...
adakah skema penandaan kertas jawapan? soalan ke yg susah? 😑

apapun kpd semua frens yg baca entry saya ni and anak2 uolls amik result upsr thn ni ~ TAHNIAH.
kalau 6A, alhamdulillah...
kalau tak cukup A, jgn la kecewa wahai anak & ibu ayah.
jgn diukur kejayaan masa depan dgn jumlah A yg anak dpt.
dia da usaha sehabis baik. cuma nasib tak menyebelahi dia...
Allah tu Maha Berkuasa. semuanya berlaku atas kehendak Dia.
hidup dgn keputusan itu, terus bangun dan kita rai kan anak kita semeriah yg boleh.
hati mereka kena jaga... itu la kejayaan sebenar-benarnya πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’›.

ok la uolls. nak sambung keje jap. bye!

Photobucket

Nov 16, 2016

Simpanlah Emas Sebagai Rizab Keluarga

3 comments:
assalamualaikum semua :)

siapa ada banyak duit? ssyyhhh😲...jangan bagitau kat sini.
kalau banyak, makin bertambah, atau makin surut??

siapa ada simpan EMAS? syyhhhh..jangan bagitau juga kat sini.
walaupun 1 gram, anda memang orang kaya πŸ™Œ.
tiada 1 gram, takkan nak ada 1 kg kan? in shaa Allah...

meh tukar duit a.k.a RM anda tu kepada emas.
senang je, nawaitu nak menyimpan, kita tukar dan simpan EMAS.
nilai makin hari makin tinggi.

percayalah !!!

ni sharing dari grup wasap pepagi ni.
jangkaan berdasarkan sejarah. betapa semakin kecil nilai duit kita 😩

“I had earlier forecasted that the ringgit could weaken further to hit RM3.15 against the Singapore dollar in the first quarter of next year.
“However, now I think the ringgit could hit that level earlier, given the political developments in the US,” ST quoted Macquarie Bank head of forex strategy Nizam Idris as saying.
A senior official at Credit Suisse concurred, saying that though many Asian currencies had weakened, the pressure on the Malaysian currency seemed more intense.

CIMB Investment Bank Bhd said the ringgit could potentially touch up to 4.80 against the U.S. dollar in the near term, expecting currencies to remain volatile, until there is greater clarity on the new U.S. administration’s policies.CIMB Investment analyst Ivy Ng said the technical chart for the ringgit looks bearish for the near term and said that the ringgit could touch between 4.50 and 4.80 against the greenback in the next three to six months.The Edge


ingat!!
Duit = Duit
Emas = Emas + Duit

mana satu NAK??? tepuk dada, tanya hati...
tukarkan duit kepada EMAS πŸ˜‰.
hari ni... esok... minggu depan... bulan depan... tahun depan... 5 tahun akan datang ?
sekarang!

emas adalah rizab negara maju
stokis powergold melaka
wasap saya utk bertanya camne nak mula ye :)

... bye πŸ‘Œ.

Photobucket

Ibu Beri Kelulusan Menconteng Dinding Sesuka Hati

9 comments:
assalamualaikum...

pagi yg indah di seremban ni hah uolls.
alhamdulillah πŸ‘.
moga berterusan la keindahan ni.

mau la citer, isnin lepas amik result exam akhir thn izzat.
aduhai syg ku izzat... dpt no 5 drpd 5 student kelas 4 thn di tadika izzat.
ticer kata ~ time exam, izzat berangan. lambat buat exam hingga time abis.
ada byk soalan izzat tak jwb hu hu hu 😊.
ticer izzat komen, sebeno nyer izzat boleh buat. bila ngajar izzat, dia faham.
but when it comes to kena buat keje bertulis, dia memang tak brape minat.
lambat dia abis kan keje.

hu hu hu izzat oh izzat...
tapi takpe la, izzat ni kat rumah pun tahap konsentrasi dia utk belajar lom ada.
main and main and main aje :)
melompat sana. melompat sini. karate kakak. dok ngusik kakak hi hi hi...
ok la tu syg ku izzat.
yg penting sekarang izzat da petah bercakap. tu yg ibu sgt happy πŸ’—πŸ’™πŸ’—πŸ’™.
yg lain ~ ibu k.i.v until further notice yer.

and ntah nape, one day izzat conteng dinding bilik kakak2.
and saya rasa ~ ok je. conteng la. dinding tu pun memang tempat kakak2 dulu menconteng.
saya terasa nak biarkan je dia tulis-tulis kat dinding tu.

Ibu Beri Kelulusan Menconteng Dinding Sesuka Hati
hamboi... khusyuk nyer izzat ku darling...

Ibu Beri Kelulusan Menconteng Dinding Sesuka Hati
bila terperasan ibu ada situ, mula ler dia buat senyum meleret dia tuh :) hu hu....
mana ler si ibu tak cair meleleh !

demi nak izzat pandai tulis, ibu korbankan dinding ni utk izzat yer...
yg penting, izzat mau tulis.
pandai tulis.
cantik tulis 😍.

.... in shaa Allah !

Photobucket

Nov 15, 2016

Anak-Anak Kononnya Memilih Makanan Sendiri Di Kedai Makan :)

5 comments:
assalamualaikum...

jam da tunjuk kul 1:19 petang.
ari ni dok opis, abiskan skit skit keje yg hado byk nih.
berkemas bilik skit, hu hu hu semak mata dah dgn brg yg tak tersusun!
try ler pepagi td nak beli tiket air asia, kan ada promo skang kan ~ πŸ˜’ nan hado dpt masuk!
berejam kat waiting room nyer. babai jer la.
i is not that sabar. kalau ada rezeki lebih, bayau ajer la duit tiket mahal ke sabah nun. aminnn...
ijat da tanya few days ago, "ibu, bila nak bwk ijat naik bas keretapi kapal terbang roket?"
mak aii... byk nyer jat oii :) ha ha ha...
bab bas keretapi kapal terbang tu ok la ijat. roket tu ibu masih thinking...

kemas-kemas phone, terjumpa gambo ni hahπŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š.
gambo da lama few months ago. di old town white coffee, aeon ayer keroh.
boring dinner kat umah, bawak anak bertiga ni dinner luar time tu :)

Anak-Anak Memilih Makanan Sendiri Di Kedai Makan
bak kata member2 fb saya after tgk gambo ni, kata diorang, mcm nak amik exam :) ha ha ha...

hmmmm tu la dia... bila nak order aje, semua blurrrr... dari rumah nak makan luar bukan main excited.
dok telek buku menu tu... hingga la si ibu ni skit menyinga.
yes la kan. adik tukang nak amik menu tu da berdiri sebelah kita.
nak amik order, sian la dia. segan la kita kan...

at the end, biasa nyer akan keluar kata-kata diorang ~ "ibu ayah makan apa?"
hadoi la anak πŸ˜ƒ... dok tenung menu tapi came out with no idea.
kalu gitu dari awal bior aje ibu ni hah yg memilihkan menu uolls.
yes yes yes... akhirnya si ibu si ayah la yg bagi suggestion makanan kat diorang.
ini ke?
itu ke?
abis ke makan?
sedap ke?
hu hu hu :)

saya ni memang akan approve dulu pe pe yg diorang order πŸœπŸ›☕🍹.
faktor kesedapan, kekenyangan dan kemurahan ~ antara yg dititikberatkan.
jgn karang, uolls sesedap memilih, bila makanan dtg ~ tak makan!
bazir duit ibu ayah... kalu duit nyer byk takpe ler. ni nan hado ajer.
anak2 uolls camne ekk? pilih sendiri? dipilihkan? atau makan makanan ibu ayah aje? πŸ˜ƒhi hi hi...

sesekali memang bwk anak2 ni makan luar. luar rumah. lain suasana :)
saya sendiri pun kekadang bosan oii makan kat umah.
dpt jejak aeon tu sesekali, heaven sekejap rasa nyer...
shopping mata jer πŸ™†...
weekend ni nak try test gi mee besen. dpt ke tidak makan situ.
malas mau beratur uolls! i is tak mau nyusahkan diri & anak2.
menunggu berjam-jam utk makan ~ i is dun like...

ok bye uolls.
selamat bekerja hingga ke ptg ekk :)

Photobucket

Nov 9, 2016

Wordless Wednesday : Izzat Kini Murah Senyuman

7 comments:
Blog Adianiez

Blog Adianiez


Photobucket