(7.29 pagi)
assalamualaikum...

salam pagi khamis. moga frens semua berada dlm keadaan yg sihat.
ari ni saya ada keje luar opis di pagi hari.
kasik up stori mori famili. takde stori hal org lain. memang takde 😎.
stori mori sehari mengukur jalan kat bandar melaka time CNY lepas.
sabtu nan indah...
sabtu nan bertuah... hari tu la kami ke bandar hilir.
niat di hati saya nak ajak mr.asben & anak2 ke stadhuys, jalan2 kat jonker walk, lepak tepi sg melaka, naik beca....
gitu2 la niat di awal nyer.
tapi... bila sampai jer kat town, memula tu kami dari arah bkt cina. nak le masuk jln kat area bee loon tu.
hu hu hu jalan tu jem, dari pangkal tak boleh masuk dah, penuh kenderaan.
dgn bas pelancong nyer beberapa buah hu hu hu !!!
then saya pun drive ke depan skit. konon nak masuk ke banda hilir lalu jalan bendahara.
again... pangkal jalan tu da stuck. da penuh. alamak... mr.asben da senyum simpul jer la dgn niat saya nak ke stadhuys tu.
saya dgn gagahnya meneruskan perjalanan, aim nak ke banda hilir lalu jln ong kim wee.
dari jln munshi abdullah tu ke sepanjang jln hang tuah, trafik ok. kereta byk, tapi tak jem pun.
so, teruslah tukar lokasi jalan2 di hari sabtu ke mahkota parade jer la.
kalau ada ruang, kita gi stadhuys naik beca dari belakang dataran pahlawan.
melaka ni apa jenis cuti panjang sekalipun... kalau la ada mana2 weekend yg cuti terkepit dgn apa2 cuti umum, memang trafik nyer aduhai !!! memang bercinta kami nak kuar rumah.
melaka dah le kecik. pastu trafik jem. memang tak menarik lah...

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang
swafoto ni idea si ibu. sebab terpesona dgn tanglung kat pintu masuk mahkota parade tu.
izzat terpaksa mr.asben peluk gitu, asyik lah nak berlari-lari.

parking je kat mahkota parade. kami terus ke dataran pahlawan.
sgt lama tak masuk dataran pahlawan. dah renovate 2-3 fasa, kami tgk dari luar ajer.

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang
swafoto lagi and kali ni kat entrance dataran pahlawan plak 😃.

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang
syuhada berkenan plak dgn gajah hiasan kat luar dataran pahlawan ni...

memang meriah la shopping complex dgn deko CNY. meriah... merah!

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang

Cuti Yang Panjang Tapi Langkah Tak Panjang
ni sorang je gaya gini. sabo nyer lah... tgh2 ruang legar tu dia baring.
takde pun org lain yg baring. izzat sorang jer hmmmm...

lapar !!!! mencari boat noodle tapi tak jumpa kedai nyer ! aduhai.
terjumpa black canyon. kasik try la seround. camne kesedapannya...

restoran black canyon dataran pahlawan

restoran black canyon dataran pahlawan

restoran black canyon ni rupanya jual makanan thai. ada few jenis kopi yg menarik.
ada western food jugak. tapi tak berkenan! nak makan nasi jugak perut melayu kita ni.
so, kami pilih set E. ada 4 nasi. 4 lauk (salah satu nyer tomyam). kami tambah 2 nasi lagi.

restoran black canyon dataran pahlawan

restoran black canyon dataran pahlawan
syuhada berkenan nak order kopi dlm cawan kasut ni hah. 
at the end, bukan nyer dia yg minum. syuhada tak minat kopi!

restoran black canyon dataran pahlawan
sebab harga nyer mahal, korang share la berdua ye satu kasut tu 😋

restoran black canyon dataran pahlawan

restoran black canyon dataran pahlawan
recommended! sedap yg amat... alhamdulillah.

jalan2 kat dataran pahlawan. then seberang balik ke mahkota parade. jalan2 situ plak...
jalan punyer jalan, ternampak hokkaido cheese tart dan terbeli !!!
beli 2 ketul jer. buat basah mulut ajer. nak beli byk, mahal bebeno sebiji 😁.

hokkaido cheese tart mahkota parade
hokkaido cheese tart mahkota parade
hokkaido cheese tart mahkota parade
apa boleh saya kata... memang sedap.

tu jer la saya nak tempek dlm blog ni citer jalan2 cuti CNY.
walaupun saya amik cuti 2 hari extra dari cuti yg kerajaan beri, tapi tak ke mana pon.
jalan2 dlm negeri melaka aje...
esok nyer tu, ahad ptg kami balik seremban, umah mak mertua saya.
dari melaka kul 5 ptg. sampai umah mak mertua kul 7.45 mlm. highway jem! kereta tak bergerak.
mr.asben kuar exit pedas-linggi. ke seremban ikot jln dalam. pun jem. tapi ok la, still boleh jalan slowly.

ok. sampai sini je stori mori pagi ni.
nak gi keje dah 😏bye...