Tuesday, March 28, 2017

Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!

11 comments:
(4.05 ptg)
assalamualaikum...
lama coti dari blogging... seminggu 😍😎. maklumlah, cuti skola.
dgn ibu nyer pun la cuti dari bekerja dan haruslah tak sempat nak on laptop.
bwk aje laptop ke mana-mana arah destinasi percutian, tapi memang tak sempat on pun hi hi hi...

al-kisah hari akhir skola 2 minggu lepas, bwk izzat gunting rambut.
umur izzat da nak masuk 5 thn, memang sebelum ni tak pernah gunting rambut kat kedai.
ada sekali cuba, izzat langsung tak nak duduk kat kerusi tu hu hu hu 😂.
kenapa kali ni bwk izzat sekali lagi ke kedai gunting rambut?
few days before tu, sibuk la dia ckp dgn ibu ayah, "ijat nak gonting rambut. ijat tak takut..."
dgn penuh kepercayaan, ibu ayah nyer dgn excited pun bwk la izzat...

masuk aje kedai, ada ke patut, dia suruh ayah dia dulu gunting rambut...
tanda pertama yg dia bakal tak nak gunting rambut ni.... alahai anak!

Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!
sementara tunggu ayah settle gunting rambut, releks dulu...
amik aura dulu kat kerusi gunting rambut tu.

Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!
muka ada senyum...
muka ada sporting...
muka ada harapan...
"mau kasik trim skit side tu, kasik cukur skit la ye uncle"

tapi bila ayah settle je gunting rambut, mula la drawa swasta... "ijat tak nak la..." hu huhu...
tapi, ibu ayah yg excited ni, terpaksa beri tekanan & paksaan ler.
mau anak hensem, kan 😄.
Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!
Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!
terpaksa la ayah nyer pegang tgn & badan.
uncle pun gunting rambut izzat dgn penuh tekanan! ha haha...

Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!
izzat geli-geleman kot bila cukur...
terkekek-kekek saya amik video dia 😄😄😄.

Bawa Izzat Gunting Rambut... Seksa!!!
my hensem boy...
meskipun trim tu tak cukup kemas, sebab izzat x dok diam, kira ok jer la...
no more rambut kembang 😍.

Thursday, March 16, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

23 comments:
(3.30 ptg)
assalamualaikum... 
rehatkan minda few minutes... log in lazada jap. tetiba teringat kan contest ni yg da few days dlm draft folder 😊. klik klik terus publish!

Lazada Birthday Blogger Contest

now memang byk tempat kita boleh shopping online.
klik klik pilih... klik klik bayar online. tgk status delivery 😏.
memang terlalu byk la saya shopping di lazada ~ boleh la klik sini utk tau pengalaman pahit manis saya bersama lazada.

Lazada Birthday Blogger Contest
ni pembelian saya yg terbaru. semua da selamat diterima. brg kecik2 aje. free delivery 👍.

utk join contest ni, ada 4 soalan wajib jawab :

what do you love about Lazada Malaysia?
  1. perlu saya kata, respon yg cepat bila customer email for anything regarding pembelian
  2. pernah juga saya telefon Customer Service Lazada Malaysia, very responsive and menyelesaikan masalah...
  3. kos delivery percuma utk kebanyakan item.
3 perkara ni membuatkan saya percaya dgn Lazada Malaysia and tidak beralih arah ke website online shopping yg lain. apa yg saya perlukan, ada di Lazada Malaysia.
dari segi harga, ini adalah subjektif, kan? kita kena survey sendiri la jugak before klik confirm utk beli. terutama bila kos delivery free, sometimes sebenarnya harga brg seumpama tu ada aje lebih murah if kita cari offline.
tapi tu la, sometimes kekangan masa. membuatkan saya rasa selesa shopping online dgn sedikit pertambahan harga hi hi 😍.

top 3 product picks from Lazada Malaysia (your 3 favourite products)
setelah meronda sekitar laman Lazada Malaysia, saya confirm inilah 3 produk yg saya mesti miliki dan di Lazada Malaysia ada 👍👍👍.
dgn ada nyer 3 produk ni, life saya tambah mudah dan aktiviti kreatif saya semakin rancak.

Lazada Birthday Blogger Contest
geram tgk iron ni.
nanti lah dia... one sweet day pasti akan kumiliki mu!
dari review kawan-kawan, kata nyer la... iron gini membuat kita rasa minat nak gosok baju.
iye ker? 😂😂😂
saya memang bercinta nyer lah nak gosok baju. hmmmm...
harap dgn ada iron ni, ia memudahkan saya. boleh gosok baju dgn tersenyum kegembiraan!

Lazada Birthday Blogger Contest
ni satu lagi...kalau la dpt memang ler bertuah.
ada tak yg nak bagi saya hadiah mesin jahit ni?
lengkap dgn extension table lagi. normally benda ni beli asing... terbaik offer ni.
mesin jahit ni memang recommended by tukang jahit la. memang saya da google.

tentang mesin jahit, saya memang dah ada satu mesin jahit singer yg lama.
yg kaler hitam tu... nenek saya punyer. skang ni dlm simpanan emak.
and awal-awal dulu, few years back, emak da offer kat saya. and saya nak!
but tu la... now rumah takde tempat nak letak nyer. biar dia dok diam-diam umah mak dulu lah. hi hi...

Lazada Birthday Blogger Contest
lastly, phone impian...
saya memang serasi dgn Note. jiwa saya.
kebetulan phone asben sedang problem.

how do you think Lazada Malaysia can improve?
byk angle Lazada Malaysia boleh improve. pada pendpt saya :
  1. dpt kan lebih byk vendor yg boleh kasik harga lebih competitive. terutama brg yg paling common or paling tinggi jualannya. bila harga murah, kuantiti penjual lebih tinggi. tak rasa akan merugikan Lazada Malaysia or vendor.
  2. Lazada Malaysia kena deal baik-baik dgn vendor supaya apa yang diiklankan adalah apa yang bakal customer dapat. ni berdasarkan 2 kes saya, lain yg saya tgk dlm website,lain yg saya dapat di tgn. mengecewakan... Lazada Malaysia mesti warning vendor sekeras-kerasnya. or else, vendor will be blacklisted dlm arena online shopping.
  3. Lazada Malaysia juga kena deal baik-baik dgn courier service agar buat penghantaran yang cepat dan tepat dgn penuh tanggungjawab. 1 kes saya, courier service tak dtg selepas waktu bekerja. then dia call, kita inform la the next available time. sampai ke sudah courier service tu tak anta. bila cek dlm website, noted by Lazada Malaysia ~ 'our courier tried to reach you for delivery but was not successful'! tak ke suatu pembohongan by that courier service??!! hmmmm...

what is your birthday wish to Lazada Malaysia?
happy birthday, Lazada Malaysia.
moga terus-menerus memberikan servis yg baik kepada Lazada Lovers.
pertingkatkan mutu perkhidmatan dari sehari ke sehari agar terus relevan dan sentiasa meniti di bibir pembeli tegar!


ok. settle dah entri contest simple ni. moga ada la rezeki dpt grand prize!
frens blogger yg lom join, jom. the more, the merrier... in shaa Allah 😍.

Wednesday, March 15, 2017

Bicara Peguam : Tempoh Liabiliti Kecacatan Rumah & Tuntutan Gantirugi Kelewatan (LAD)

6 comments:
(2.19 ptg)
assalamualaikum...
so far so good cuaca di ayer keroh ari ni. maintain cerah 😎.
langit cerah kebiru-biruan. kurang kepulan awan.


nak sambung penerangan lanjut berkaitan dengan beza serahan milikan kosong & serahan kunci semlm.

maka, again saya tekankan bahawa ada 4 keadaan di mana serahan milikan kosong sudah sah ialah :
  1. CCC telah dikeluarkan oleh Arkitek, dan
  2. bekalan air & elektrik sedia untuk penyambungan ke rumah tersebut, dan
  3. pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad dipihaknya di bawah perjanjian jual beli, dan
  4. serahan kunci kepada pembeli.
kenapa ye kita kena titikberatkan tentang bila keadaannya serahan milikan kosong tu ?
kerana, pertama ~ tempoh liabiliti kecacatan hanya bermula pada tarikh serahan milikan kosong dibuat, bukan pada tarikh serahan kunci rumah dibuat.

"Sect. 25 : Any defects, shrinkage or other faults in the said Building which shall become apparent within a period of twenty-four (24) calendar months after the date the Purchaser takes vacant possession of the said Building..."
pemaju serah milikan kosong, dari tarikh tu 24 bulan tu da berjalan.
kita kena cek rumah kita 100% and cecepat report apa-apa kecacatan utk diperbaiki oleh Pemaju.
normally Pemaju akan bagi Pembeli satu borang and kita just isi.
contoh kecacatan sebagaimana pengalaman saya, seperti di bawah :
  • cat dinding merekah
  • bumbung bocor, bila hujan air menitik membasahi dinding sebelah dalam rumah
  • sliding door tak boleh dibuka, salah satu bingkainya pecah
  • tingkap tak boleh dibuka, masalah pada selak
  • tombol pintu-pintu bilik tidak boleh dikunci
  • pintu tandas pecah
contoh aje la... and semua di atas saya report ke Pemaju and semua diperbaiki sehingga saya puas hati.
ni memang remeh skit la. because nak jumpa site supervisor Pemaju bukannya senang.
saya da hantar report, after 2-3 bulan baru la dia buat pembaikan. bengang ler jugak !

kedua ~ tuntutan gantirugi kelewatan (LAD). ni pun saya ada mention dlm entri sebelum ni.
ini kes bila mana serahan milikan kosong dibuat oleh Pemaju selepas tempoh 24 bulan dari tarikh S&P.


jgn ambil tak peduli. sebab kalau benar Pemaju lewat serah milikan kosong, kita boleh tuntut gantirugi. bukan saya cakap, da termaktub iaitu Sect. 22(2) dan Sect. 22(3) perjanjian kita.
ada member saya sendiri tak alert tentang ni.
alert please uolls. ini hak kita! lagi byk hari, lagi byk amaun tuntutan kita.


melalui pengalaman sendiri juga, saya telah berjaya mendapat beribu LAD kerana Pemaju lewat buat serahan milikan kosong kepada saya sebyk 147 hari.


tak mudah. hanya selepas lebih 2 bulan barulah saya berjaya dgn tuntutan tau.
pemaju menidakkan hak saya dgn mengurangkan amaun LAD tu.

dari 147 hari yg saya tuntut, Pemaju mengurangkan bilangan hari kepada 109 hari sahaja.
mereka mengambil kira sehingga tarikh CCC dikeluarkan, bukan tarikh serahan milikan kosong.
which is NO la kan. pengurangan hari bermakna pengurangan beberapa ribu ringgit!

tapi saya tak la melatah. masih menahan sabar.
saya tak nak deal dgn Pemaju, terus bercakap dgn lawyer Pemaju.
dipendekkan cerita, kerana saya tak nak bazir masa dan bil telefon saya, saya terpaksa ngaku bhw saya pernah practice as a lawyer. saya tahu baca hak saya.
alhamdulillah, dlm masa tak lebih 48 jam, Pemaju call saya utk dtg collect cheque dgn amaun tak kurang sesen pun dari apa yg saya tuntut. yes!!!

jelas tak kepentingan tarikh milikan kosong dlm isu kita nak claim LAD?
dlm perjanjian da sebut dgn nyata.
tiada sape yg boleh menidakkan hak kita... tak kisah la kita ni lawyer ke, doctor ke, surirumah skalipun. yg penting, kita faham bahasa perjanjian...
sebab tu la saya share kat sini... sebab saya rasa penting kot utk share.
maybe sekarang kita tak perasan perkara ni. ia akan membantu kita di masa depan kelak.

ok tu aje. moga entri ni dpt beri manfaat kpd sesiapa.
kalau ada yg salah info, harap dpt komen dgn segera tau. utk elak info salah tersebar. sebab ilmu ni milik Allah. pasti ada kekhilafan di pihak saya.
... bye!

Tuesday, March 14, 2017

Bicara Peguam : Beza Antara Milikan Kosong & Serahan Kunci

11 comments:
(2.48 ptg)
assalamualaikum...

ptg ni nak present entri ilmiah skit 😉.
tercetus idea ni ialah daripada seharian dok spend masa membaca di fb sorang senior, peguam hartanah tersohor di malaysia.
kemudian, baca la komen-komen. google juga di few websites, suratkhabar online, ...
then selebihnya adalah olahan perkataan saya sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman sendiri.
in shaa Allah...

beza antara milikan kosong (vacant possession) & serahan kunci.
kita beli rumah baru dan sign Perjanjian Jual Beli (S&P) bersama Pemaju.
bila yg dikatakan benar-benar milikan kosong rumah kita tu dah pun sah diserahkan???

Bicara Peguam : Beza Antara Milikan Kosong & Serahan Kunci
contoh mukasurat 1 S&P rumah saya 😄. mesti uolls familiar, kan?

S&P yg digunapakai utk rumah dan bangunan (landed property) adalah Jadual G, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Perlesenan) 1966.
kalau beli rumah pangsa, kondo, apartment, S&P yg digunapakai adalah Jadual H akta yg sama.

ok. berbalik kepada serahan milikan kosong tu, kena tahu ye bahawa dalam masa 24 bulan daripada tarikh S&P, milikan kosong perlu diserahkan kepada Pembli daripada Pemaju.

Bicara Peguam : Beza Antara Milikan Kosong & Serahan Kunci
"Sect. 22 (1) : Vacant possession of the said Building shall be delivered to the Purchaser in the manner stipulated in clause 23 within twenty-four (24) calendar months from the date of this Agreement."

dalam bahasa biasa, org akan kata serah kunci.
tu yg sini saya nak share bahawa serahan milikan kosong & serahan kunci adalah 2 perkara berbeza meskipun berkaitan.
dah pun ada kes di mana Pemaju serah kunci, tapi Pembeli masih ditegah masuk rumah.
mcm2 la alasan diberikan kepada Pembeli.
apa yg pasti, dlm keadaan pe pun, kalau la begini jadik nyer, most probably adalah kerana Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) certified by Arkitek masih belum diperolehi.
rumah kita tu masih belum selamat diduduki... gitu la dia dlm bahasa biasa nyer.
kalau gitu, kenapa la Pemaju serah kunci jugak?!! ada kunci, tapi tak boleh masuk rumah.
sebab Pemaju nak mengaburi mata Pembeli agar tidak membuat tuntutan gantirugi kelewatan (LAD) berdasarkan Sect. 22(2) akta atas tu.

"Sect. 22 (2) : If the Vendor fails to deliver vacant possession of the said Building..., the Vendor shall be liable to pay to the Purchaser liquidated damages calculated from day to day at the rate of ten per centum (10%) per annum of the purchase price from the expiry date of the delivery of vacant possession..."
gagal serah dlm masa 24 bulan, Pembeli boleh tuntut gantirugi 😏. seramlah Pemaju, kan.

maka, di sini saya explain, keadaan di mana serahan milikan kosong telah sah adalah apabila fulfil 4 perkara di bawah ni, berdasarkan ketetapan Sect. 23 akta.

Bicara Peguam : Beza Antara Milikan Kosong & Serahan Kunci

  1. Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Arkitek, dan
  2. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan ke rumah tersebut, dan
  3. Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad di pihaknya di bawah S&P, dan
  4. Pemaju menyerahkan kunci kepada Pembeli.
"Sect. 23(2) : The delivery of vacant possession by the Vendor shall be supported by a certificate of completion and compliance certifying that the said Building is safe and fit for occupation and includes the handing over of the keys of the said Building to the Purchaser."
jelas, kan?
bukan semata-mata serahan kunci. serahan kunci tu yg terakhir...
kenapa ye kena titikberat kan bila serahan milikan kosong yg sah ni berlaku?
kerana... bersambung ye di entri yg berikut nya 😊.

kredit to Tn. Salkukhairi Abd Sukor (Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia [HartaGuam]).
saya tak mengenali beliau secara personal. dari latarbelakang beliau, saya just mengetahui beliau merupakan senior saya di UIA satu waktu dulu.

setakat ni je.
entri kedua masih dlm mencari perkataan hi hi hi... tq. and bye !

Monday, March 13, 2017

Bila Kita Cuba Sedaya Upaya Menggembirakan, Tapi...

11 comments:
(8.15 pagi)
assalamualaikum...

pagi ni pagi isnin. blues kah?
saya sampai ofis 7.15 pagi ari ni. 45 minit awal 😁. cemerlang saaaaanngaat.
bila kita stress, we need a space. dtg ofis awal lepas anta kakak2 skola.
breakfast awal...
releks... menyendiri.... on no talking term with anyone.

ntah la...
susah nak diluahkan.
nak maintain citer hal-hal happy jer dlm blog ni. 
tambah stress, bila sampai ofis, henfon tertinggal!
memang tak lah nak balik rumah. need space kan kata nyer... ok let it goooo. abaikan henfon tu.

pendek kata, hati kita sakit bila mana kita da cuba buat yg terbaik. tapi...

kemon lah aida, be strong. akan ada org kata, "ko yg salah. tu perkara kecik je. biar la..."
ok lah. 
kata nyer want to be extra positive, kan? ok lah. kalau dah tu la kata ko!

meaning perkara yg sama akan berulang dan berulang dan berulang lagi. face it, aida.
iye la. yes... lepas ni kita buat gitu-gitu jer lah... jgn over. bila frust, sakit nyer pun over!

ok bye!


Sunday, March 12, 2017

Kalau Datang, Jangan Lupa Singgah Shopping Di Pasar Besar Melaka

13 comments:
(10.49 pagi)
assalamualaikum...
salah pagi ahad 😀. pagi ni bersiaran dari seremban, umah mak mertua ku.
ada masa skit update blog gitu menantu sorang ni ha ha ha...
dun worry... waktu senggang sementara tunggu tulang empuk tu hah.
mau buat mee bandung jap lg yer...

semlm, pagi, before balik seremban, shopping kat pasar besar melaka nun.
beli brg basah & brg kering skit. nak main masak2 kat kampung le katakan.
and beberapa item wajib mr.asben belikan utk mak nyer is few produk kampung...

and saya akui, memang part yg saya suka kat pasar ni selain dari area jual ulam-ulaman kampung, ialah area iks ni...
menarik !!!

produk iks tradisional di pasar besar melaka
cencaluk, belacan, asam jawa, air gula melaka, pes rojak buah, kuih sepet, rempeyek, dodol, ....

produk iks tradisional di pasar besar melaka
kek kukus pun ada, bahulu pasti ler kan, keropok lagi...

produk iks tradisional di pasar besar melaka
inang-inang ni paling win kat melaka...

produk iks tradisional di pasar besar melaka
bahulu. pelbagai saiz.
memang readymade byk gini. kalau la nak buat kenduri, dtg aje sini beli. tak perlu order.

produk iks tradisional di pasar besar melaka
ni semua pasti tahu. gula melaka... original!

no worries la, frens... kalau di ayer keroh, di botanical garden pon ada kedai jual produk tempatan ni.
before nak kuar tol, singgah la jap. jamu mata 😎.
then, di dataran pahlawan, banda hilir pon ada area produk tempatan gini.
memang terbaik la kalau ke situ. segala jenis produk tempatan ada di jual... sediakan aje duit cukup2.

... bye, have a great sunday uolls.


Friday, March 10, 2017

Beli Butang Di Lazada Untuk Kraf Felt

12 comments:
(2.49 ptg)
assalamualaikum...

ari ni ari jumaat. esok sabtu. saya happy...
maka tiada la entri berat-berat sgt kat blog ni ari ni. idea da tak brape nak dtg la these few days.
keje byk!
and memandangkan saya kemaruk buat kraf felt ni now, nak tunjuk la hasil yg sempat saya buat semlm time free.
dlm masa kurang daripada 45 minit, dpt la buat 5 btg penanda buku simple.





hasil yg sgt simple, kan 😎😎😎. penanda buku jer pon.
yg saya nak highlight ialah... butang haiwan tu. saya beli di lazada.com.

Bluelans Mixed Animal 2 Holes Wooden Buttons Sewing Craft Scrapbooking DIY 50Pcs


comel! saje je beli utk tambah aksesori kat benda yg bakal saya buat.
ok uolls... have a nice weekend 😎.

Thursday, March 09, 2017

Cakap-Cakap... Anggar-Anggar... Kos Menunaikan Haji

8 comments:
(12.33 tghari)
assalamualaikum 💗

Berdasarkan statistik 10 tahun lepas, 👀 pembiayaan mengerjakan Haji dalam bentuk Dinar Emas ternyata terus-menerus mengalami PENURUNAN

Tahun 2002 - 75 keping
Tahun 2012 - 12 keping

Kalau trend ini berterusan, kos menunaikan Haji pada tahun 2017 sekitar 8 keping Dinar sahaja. Jadi, di mana mana ruginya menabung EMAS FIZIKAL TULEN yang sah-sah dapat di TANGAN DIRI SENDIRI? 😉

cari saya untuk mula simpan emas anda.
kita tak cakap pasal akaun emas yg hanya nampak nombor kononnya = nilai emas.
kita cakap pasal emas fizikal tulen dlm tangan...

simpanan emas untuk kos menunaikan haji


Tuesday, March 07, 2017

Penanda Buku Batang Ais Krim

19 comments:
(3.44 ptg)
assalamualaikum...

ptg ni, melaka masih lom hujan meskipun tanda2 tu dah ada...
lately, tak boleh nak agak dah cuaca.
ku sangka panas hingga ke ptg, rupanya hujan di tghari.
so kalau ada apa2 planning, execute saje pada masa yg teras sesuai.
kalau ditangguh, ditakuti bakal tertangguh lama...

skang ni sedang busy dgn hobi yg telah lama tertangguh!
tu la... tak jumpa2 masa yg sesuai. now, kebetulan di opis ada ruang dan peluang.
since last week, tak sabar nak tunggu break for lunch, especially jumaat.
kebetulan saya memang la pemalas nak kuar ofis, kecuali terdesak kena amik anak2 balik skola.
releks dlm bilik... exercise tangan 😄.

penanda buku felt batang ais krim
penanda buku felt batang ais krim
projek sulung ~ penanda buku batang ais krim dgn kain felt simple...

felt crafting 😍😍😍.
gunakan creative shaper ni, memang la memudahkan.
kain felt, aneka butang, manik comel2... semua memang da lama beli skit2.
utk nurin & syuhada.
kebetulan memang ada aim buat gift utk kawan2.
gift utk hari guru nanti ~ plan nyer nak bagi produk handmade kat cikgu2 anak2. in shaa Allah 😄.
suka suka saje ni... start buat bookmark dulu. pasni plan nak buat keychain.
tu aje la... takde la projek besar2an. jual-jual ke. tak la buat masa ni.
kenapa buat kat opis? hi hi hi kat rumah memang tak sempat nak usik jarum & benang.
apatah lagi nak berkraf bagai. alamatnya nanti butang2 tu dipunggah dek izzat jer la...
dlm 1 jam lunch hour tu, dpt la fikiran ni free kejap bila tgk kain felt butang dan manik warna-warni tu. best!

tu je sharing ini kali... bye!


Friday, March 03, 2017

Tips Homeschool : Melonjakkan Prestasi Akademi Anak

16 comments:
(10.58 pagi)
assalamualaikum.
salam di hulur pagi-pagi jumaat nan indah...

di pagi yg mulia ni saya nak share tips ni.
printscreen dari laman fb saya. sekali baca, saya terus terpikat dgn tips ni.

Tips Melonjakkan Prestasi Akademi Anak

"... anak kena studi 2 - 3 jam 6 mlm sminggu sepanjang tahun.
no tv slps jam 8 (6 mlm sminggu).
BOLEH?"

pada saya la kan, ni more utk ibu ayah. kalau anak, diorang apa kisah bila masa nak study.
ibu ayah yg harus perketatkan rutin study anak.
ni juga reminder pada saya la.
kekadang saya ni ada satu rasa belas kasihan kat anak.
diorang penat. diorang letih. saya tak ketatkan jadual study diorang.
😍 ada betul nyer tips ni.
dlm fikiran saya utk buat ~ 2-3 jam 6 mlm tu bermula dari ahad (mlm) hingga jumaat (mlm).
sabtu mlm, most of the time kami memang takde rumah, balik kg. jalan-jalan mall, dsb nyer.
and, ni termasuk la 2-3 mlm weekdays anak-anak saya gi tuisyen 👌.
tapi tu la, kekadang homeworks diorang sgt la byk uolls !!! 😒
buat homeworks jer da abis 1 mlm tu. kul 10 memang saya wajibkan diorang tido. hmmmm...

tapi pe pun, time management penting. baik si ibu, ataupun anak. in shaa Allah...

ok bye! moga sharing ni beri manfaat kpd semua ye.