assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersambung penerangan berkaitan dengan perkongsian awal pagi tadi 👉 Beza Serahan Milikan Kosong & Serahan Kunci semlm. maka, again saya tekankan bahawa ada 4 keadaan di mana serahan milikan kosong sudah sah ialah :
  1. CCC telah dikeluarkan oleh Arkitek, dan
  2. bekalan air & elektrik sedia untuk penyambungan ke rumah tersebut, dan
  3. pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad dipihaknya di bawah perjanjian jual beli, dan
  4. serahan kunci kepada pembeli.
kenapa ye kita kena titikberatkan tentang bila keadaannya serahan milikan kosong tu ?
kerana, pertama, tempoh liabiliti kecacatan hanya bermula pada tarikh serahan milikan kosong dibuat, bukan pada tarikh serahan kunci rumah dibuat.

"Sect. 25 : Any defects, shrinkage or other faults in the said Building which shall become apparent within a period of twenty-four (24) calendar months after the date the Purchaser takes vacant possession of the said Building..."

Bicara Peguam : Tempoh Liabiliti Kecacatan Rumah & Tuntutan Gantirugi Kelewatan (LAD)

pemaju serah milikan kosong, dari tarikh tu 24 bulan tu da berjalan. kita kena cek rumah kita 100% and cepat-cepat report apa-apa kecacatan utk diperbaiki oleh Pemaju. normally Pemaju akan bagi Pembeli satu borang and kita just isi. contoh kecacatan sebagaimana pengalaman saya, seperti di bawah :
  • cat dinding merekah
  • bumbung bocor, bila hujan air menitik membasahi dinding sebelah dalam rumah
  • sliding door tak boleh dibuka, salah satu bingkainya pecah
  • tingkap tak boleh dibuka, masalah pada selak
  • tombol pintu-pintu bilik tidak boleh dibuka atau dikunci
  • pintu tandas pecah
  • tiles lantai pecah / merekah
contoh and semua di atas kita report ke Pemaju secara bertulis and semua mesti diperbaiki sehingga kita puas hati. ni memang remeh skit la. because nak jumpa site supervisor Pemaju bukannya senang.
saya hantar report, after 2-3 bulan baru la dia buat pembaikan. bengang ler jugak 😕. sabar aje la.

kedua, tuntutan gantirugi kelewatan (LAD). ni pun saya ada mention dlm entri sebelum ni. ini kes bila mana serahan milikan kosong dibuat oleh Pemaju selepas tempoh 24 bulan dari tarikh S&P.

Bicara Peguam : Tempoh Liabiliti Kecacatan Rumah & Tuntutan Gantirugi Kelewatan (LAD)

jgn ambil tak peduli
sebab kalau benar Pemaju lewat serah milikan kosong, kita boleh tuntut gantirugi. bukan saya cakap, tapi da termaktub dalam undang-undang iaitu Sect. 22(2) dan Sect. 22(3) perjanjian kita.
alert please. ini hak kita! lagi byk hari, lagi byk amaun tuntutan kita.

Bicara Peguam : Tempoh Liabiliti Kecacatan Rumah & Tuntutan Gantirugi Kelewatan (LAD)
ni ilustrasi dari saya. agar mudah faham dan senang nak kira.

melalui pengalaman sendiri juga, saya telah berjaya mendapat beribu LAD kerana Pemaju lewat buat serahan milikan kosong kepada saya sebyk 147 hari.

Bicara Peguam : Tempoh Liabiliti Kecacatan Rumah & Tuntutan Gantirugi Kelewatan (LAD)
contoh surat dari saya kepada Pemaju.

tak mudah. hanya selepas lebih 2 bulan barulah saya berjaya dgn tuntutan tau. di peringkat awal, pemaju menidakkan hak saya dgn mengurangkan amaun LAD tu 👇. saya tuntut 147 hari tapi Pemaju hanya ingin membayar untuk 109 hari, iaitu dari tarikh CCC.

Bicara Peguam : Tempoh Liabiliti Kecacatan Rumah & Tuntutan Gantirugi Kelewatan (LAD)
Pemaju respon melalui email 😒.

tapi saya tak la melatah. sabar dan terus menghubungi peguam Pemaju. sememangnya di peringkat awal, peguam juga menegaskan yang saya hanya layak tuntut LAD berdasarkan 109 hari sahaja. dipendekkan cerita, akhirnya saya terpaksa mengaku yang saya pernah beramal sebagai seorang peguam, kini menjadi penjawat awam. saya tahu baca dan faham undang-undang. siap-siap inform peguam tersebut dengan sopan, "jika saya salah, cik tunjukkan saya di mana perkataan dalam agreement mengatakan saya adalah salah".

alhamdulillah, dlm masa tak lebih 2 hari, Pemaju call saya maklumkan bahawa cheque telah sedia utk collection. and yg best part adalah amaun tak kurang sesen pun dari apa yg saya tuntut. yes 😊. alhamdulillah...

dlm perjanjian da sebut dgn nyata. tiada sape yg boleh menidakkan hak kita. tak kisah la kita ni lawyer ke, doctor ke, surirumah skalipun. yg penting, kita faham bahasa perjanjian. sebab tu la saya kongsi agar tiada lagi orang yang keliru bab ni. maybe sekarang kita tak perasan perkara ni. ia akan membantu kita di masa depan kelak.

ok tu aje. moga entri ni dpt beri manfaat kpd sesiapa.
kalau ada yg saya salah maklumat, harap dpt komen. utk elak maklumat salah tersebar. sebab ilmu ni milik Allah. pasti ada kekhilafan di pihak saya.
👌