(3.30 ptg)
assalamualaikum 😍. bersiaran di ptg rabu.
few days tak berpeluang update blog mahupun blogwalking.
kesibukan dunia ke sana ke mari... urusan keje yg tiada berpenghujung.
tu la yg dulu nak kena bagi priority... itu tak siap, ini tak siap... hu hu serabot !!!

lelebih last few days busy menyiapkan gift kecil-kecilan utk cikgu anak-anak.
semlm kan 16 mei, hari guru semalaysia....
a day yg memang dinanti-nantikan anak-anak. hari utk bagi cikgu hadiah.
and memang every year saya terpaksa ready kan peruntukan utk ini...

tema Hari Guru 2017 :
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
saya kopipes 1 perenggan teks perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof sempena hari guru thn ni :

"Guru kini berhadapan dengan murid yang jauh berbeza dengan murid masa lalu. Murid-murid kita sekarang lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan mereka cenderung untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini mempunyai akses maklumat yang lebih luas kerana kepesatan teknologi dan ekonomi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, kita semua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini agar mudah menghadapi cabaran pendidikan abad ini."

diakui... cabaran guru amat besar skang. murid lebih 'pandai' dari guru.
parents lebih 'cerdik' dari guru. amatlah tinggi dugaan para guru...
kalau dulu bidang perguruan ni kita nampak santai dan senang, zaman skang ni, sudah tidak semudah yg disangka!
dengan faktor maklumat di hujung jari di mana-mana kita berada, seringkali benda ni disalahguna!
terhadap profession guru. tak boleh la nak marah murid. tak boleh nak denda murid.
tak boleh nak tinggi suara dgn murid.
susah, kan? bila guru yg ibarat ibu ayah nak ajar murid yg seperti anak bila berada di skola...
moga para guru bersabar. krn kerjaya guru ni sgt mulia.
mencurahkan ilmu. selagi ilmu tu dimanfaatkan kpd perkara yg baik-baik, dikembangkang, pahal but guru. in shaa Allah.

berbalik kpd citer hadiah utk hari guru...


bukan nak kata duit terlebih byk... kasik hadiah kan semua cikgu.
bukan nak kata cikgu-cikgu ni wajibkan anak-anak murid nyer beri hadiah.
bukan nak kata yg nak menunjuk-nunjuk kat semua org yg kita ni baik hati....
seikhlas hati memang sekadar menghargai para guru yg mendidik anak-anak saya.
setahun hanya sekali... kiranya diizinkan Allah...

boleh la klik klik SINI utk kisah hari guru anak-anak saya 😄.
ada tahun-tahun yg lupa nak update kat blog ha ha ha... kes last minute carik hadiah ler tu.
tahun ni agak special. sebab hadiah nyer handmade by ibu Aida...

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt
hot glue gun ~ alatan paling penting!
ni pemberian adik saya 11 tahun lepas.
time tu dibeli utk buat kan hantaran kawin dia...

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Klip Kertas
Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Klip Kertas
ni klip kertas yg dihiasi dgn reben.
penanda buku kecil. sorang guru dpt 2 klip.

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt
sharper... gunting... dies... btg aiskrim... felt...
alatan lain-lain yg sgt penting utk misi ni!

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt

semua ni saya buat secara berperingkat. separuh da siap lama.
tapi dek kesibukan ntah hape-hape, terbengkalai...
sib baik la sempat siapkan isnin mlm tu ~ 30 set penanda buku utk dihadiahkan pada 16 mei 2017.

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt

tasbih mini bukan handmade ye. saya da beli lama jugak tasbih mini tu.
korek-korek almari, ada bagi beberapa utas tasbih mini. cukup-cukup ada 30 utas.
rezeki para guru lah thn ni... alhamdulillah...

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt
nurin ada 4 org guru lelaki.
saya rasa mcm x sesuai plak nak hadiahkan penanda buku felt tu.
maka, saya hadiahkan seutas tasbih dan penanda buku klip reben je.

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt


selesai seksa fasa pertama...

hari ni... skang ni hah, sambutan hari guru di skola agama.
so mlm td, depan tv, menyiapkan satu 2 set hadiah utk para ustazah 😄.
kali ni up kat felt kaler hijau couple dgn kaler kuning.
da boring dgn warna merah, pink & turqoise hi hi hi.... mak saya paling berkenan hijau kuning ni.

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt

Untuk Hari Guru 2017 ::: ::: Hadiah Kecil Dari Hati Penanda Buku Felt

alhamdulillah...

hadiah hari guru paling kecil & paling murah dari kami...
tapi sgt special dan penuh makna ~ handmade gitu.... saya sendiri tak sangka ia dpt dihasilkan 😂.
not easy. but, ok ok la...

👌 sampai tu jer la nak citer ptg ni...
para friends blogger yg bergelar guru, Selamat Hari Guru dari saya ye 😎. bye for now.