Tuesday, June 20, 2017

Pencerahan | GST Ke Atas lebih 60 Barangan Makanan Mulai 1 Julai 2017

assalamualaikum...

semlm hot tentang issue di atas.
ye la kan. bila brg makanan tu da berGST, confirm la naik harga!!!
😒 skang ni pun harga brg makanan dah melampau...
  • nasi ambeng | RM7.50
  • nasi kerabu | RM5.50
  • laksam | RM5.00
  • murtabak BAWANG sekeping | RM5.00
  • ayam goreng seketul | RM4.00
  • pau cendawan seketul | RM4.50
  • lauk-pauk sesenduk | RM5.00
  • nasi putih | RM3.00
tu contoh-contoh yg saya lalui sendiri lah... lain tempat lain harga, kan.
alasan nyer, brg makanan asas memang dah mahal!
memang iye pun uolls... saya biasa ke family store beli skit-skit.
tgk harga sotong, udang... tgk harga ikan kembung, ikan selar kuning... tgk harga ikan tenggiri.
serrrrraammm!
tu yg saya prefer beli ayam. save bajet hi hi hi.
but selit-selit la seafood...
pe pon, kita tetap kena membeli meskipun harga mahal...
just kuasa membeli kita tu da berkurang... ikut keperluan kecemasan.
kalau tak kecemasan, kena la balik rumah and masak... muai skit anak-anak makan.
air... beli jer la kordial kat family store bebyk. bancuh ajer la kat rumah kan.
elak kan la dari dok komplen and komplen kedai makan tu mahal!
makanan minuman tu semua dia punyer... duit, kita yg punyer.
antara nak dgn tak nak aje bagi kat dia. pilihan di tgn kita...
jgn pergi... abis citer. itu cara saya la. komplen komplen pun penat sendiri...
sesekali akhir bulan dpt gaji, baru la bwk anak-anak makan luar. gi terus kedai yg selesa & mahal.
puas hati membayar nyer.

berbalik kpd issue hot semlm...
Pencerahan | GST Ke Atas lebih 60 Barangan Makanan Mulai 1 Julai 2017
Pencerahan | GST Ke Atas lebih 60 Barangan Makanan Mulai 1 Julai 2017

saya sendiri bila dpt tau hal ni... terus terbayangkan betapa mahalnya makana di kedai makan nanti.
aduhai...
sekarang ni gst berkadar sifar pun dah melampau mahal nyer!!!
apatah lagi bila da berkadar 6%.
alasan kenapa semua brg makanan tu dipinda kpd kadar 6% mungkin kerana semuanya bukanlah brg makanan asas.
no further comments 😶...


tapi....

tapi...

tapi...

Pencerahan | GST Ke Atas lebih 60 Barangan Makanan Mulai 1 Julai 2017
DIBATALKAN

rasa nya semua tahu kan proses penggubalan undang-undang camne.
warta kerajaan disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
and subjected to pembentangan di parlimen.
maka, anything everthing bukanlah dlm kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
JKDM hanyalah jabatan pelaksana | tukang kutip saje 👌.

kena baca semula perenggan 4 kenyataan akhbar di atas :
"JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) DIBATALKAN."
👍 JKDM juga tukang nasihat... demi kesejahteraan rakyat.
warga JKDM pun rakyat biasa, byr gst tanpa apa-apa pengecualian...
tiada supermarket diarahkan dibuka utk warga JKDM saje.
jgn lah kita ni kecam warga JKDM tu. diorang tu keje sebagaimana diperintahkan saje.
... sekian pencerahan di hari yg cerah ini 😎.
apa yg boleh kita sbg rakyat buat, guna kuasa yg ada pada kita.
mahal, jgn beli.
mahal, jgn pergi.
syarikat naik harga, report ke KPDNKK dan JKDM.
syarikat tak kuar kan resit, report ke JKDM.
syarikat yg tak daftar gst tapi caj gst, report ke JKDM.
kuatkuasakan undang-undang. dgn cara tu kita boleh ajar perompak hasil negara ni.
bila rajin, klik la 1001 kisah GST ni. pe pon boleh carik and baca.
ilmu tiada sempadan...

bye.

1 comment:

  1. Betul la, Kak Aida..Sekarang nie bukan aje makanan naik harga, baju raya pun sekarang paling murah RM200, huhuhu.. Kena ambik kursus jahit dan jahit sendiri baju.. Memang zaman kita nie barangan menjadi mahal...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)