assalamualaikum...

happy birthday to u
happy birthday to u
happy birthday to Muhammad Izzat
happy birthday to u

"moga anak ibu membesar dgn baik, cerdik, sihat, soleh dan bijaksana. dipanjangkan umur agar dpt berbakti kpd ibu ayah, keluarga dan agama."

28.7.2017 lalu =  ulangtahun ke 5 saya melahirkan Imam Muda ni.
28.7.2012, 5 tahun lepas, sesungguhnya hari yg amat indah.
terlerai semua persoalann selama 9 bulan pregnant kan izzat.
it's a boy ! alhamdulillah... 
time pregnant, memohon pada Allah nakkan anak lelaki.
berharap... namun, di sudut hati yg kecik berserah sepenuhnya, "takpe la kalau dikurniakan gegirl lagi sorang. janji sihat cukup sifat."
kuasa Allah mengatasi segalanya. it's a boy !

Anak Bongsu Yang Semakin Bertambah Umurnya - Muhammad Izzat Kamarunnezam
kiriman gambo dari cikgu di skola ptg jumaat lepas.
berbaju melayu coklat lengkap bersongkok 😍.
jajan utk kawan-kawan seramai 80 org jugak saya sediakan.
suka betol dgn plastik tema askar tu 😍. kaler coklat plak tu. ikot tema kek izzat.

Anak Bongsu Yang Semakin Bertambah Umurnya - Muhammad Izzat Kamarunnezam
permintaan izzat = kek boboiboy galaxy.
kek coklat moist. tempah ye semuanya, ibu izzat tak pandai buat kek.

perkembangan izzat... tumbesaran izzat... alhamdulillah sihat dan baik.
bercakap masih pelat di sana di sini.
da hampir 7 bulan belajar di PASTI. byk juga surah lazim yg izzat hafal tau.
tapi tu la, dek pelat nyer, bacaan dia tidak la sebaik anak-anak lain.
but, kita boleh faham tu pun da cukup baik. sebutan ikot standard izzat 😄😄😄.
izzat da pun confirm pendaftaran 6 tahun di PASTI yg sama. saya puas hati 100% dgn tempat blaja izzat ni.
selain drpd menghafaz surah lazim dan doa-doa, izzat suka menulis & mewarna.
tak kurang jugak la bab membaca & mengira.

kita sebagai ibu-ibu zaman 2017 ni, di ambang 2020 ni mesti tahu.
viral dah pun kat fb tentang betapa susahnya silibus darjah satu 2017. aduhai...
anak umur 6 tahun mesti da lancar membaca, menulis dan mengira.
saya ni dah mula berfikir ke arah tu utk izzat. apa perancangan utk izzat tahun depan?
nak melangkah ke arah sekolah rendah 2019 kelak. aduhai...

till then, doa kan ye Imam Muda sorang saya ni terus sihat, cerdik dan selamat sentiasa di bawah lindungan Allah.

😍