Monday, August 07, 2017

Belajar | Apa Yang Kita Buat Sekarang Tak Semestinya Betul

assalamualaikum...


setiap hari...
pasti ada sesuatu yang baru kita hadapi.
kalau tak pekerjaan, fail mesti bertukar baru, kan?
fail yg sama, tapi mesti bertukar helaian kertas, kan?
kalau tak kereta, jalan raya yg kita lalu tu mesti berubah kepada sesuatu yg lain. berlubang ke, ada pokok di tepi ke, ada accident ke, ...
kalau tak hujan pagi tu, awan yg berada di langit kita pasti bukan awan yg semalam.

"I am not afraid of storms !
For I am learning how to sail my ship..."

maka, kalau da semuanya baru, pasti kita tak boleh buat apa yg biasanya kita buat.
pasti ada pembaharuan terhadap pelaksanaan kita yg seterusnya.
hidup ni adalah satu proses pembelajaran yang takkan ada penghujungnya.
apa nak ditakutkan?
apa nak dihairankan?
apa nak dikelirukan?
sedangkan pelaut yg dah biasa ke laut pun, takkan berhadapan dgn ombak yg sama meskipun di lokasi yg sama setiap hari.

maka, perbetulkan je la. yes, memang kekadang perkara tu tak adil pun.
tapi nak buat camne. kita hidup di dunia bukan sorang diri. bukan kepentingan kita saje yg diutamakan.
dan hidup ni perlu ada toleransi. perlu ada undang-undang. perlu ada terma dan syaratnya.
bukan nyer nak menyeksa. bukan nyer nak menyisihkan.
tapi tatacara hidup memang begitu.

sedangkan solat dan puasa pun, Allah letakkan syarat-syarat sah nya.
nampak mudah, tapi kalau dicungkil bebetul, sah ke solat dan puasa kita??!
kita kena belajar. kita kena tanya org yg lebih arif. kita kena baca buku.
maka... begitu juga hidup ni. nampak simple.
tapi ada cara nyer. ada gaya nyer. ada tak boleh nyer. kita kena amik peduli.
akur.
ikut.
tunduk.
terima.
pasrah!
selagi ia tidak menyalahi hukum syariat Allah dan ia sememangnya berniat aman dan mententeramkan.
tak bagus utk kita. tapi mungkin bagus utk sebahagian besar yg lain.
dan mesti ada bagusnya utk kita, tapi pada waktu tu, kita belum sedar diri.

undang-undang dunia ciptaan manusia. pasti ada berat sebelahnya. pasti ada tidak adilnya.
sebab lumrah manusia tu sendiri tidak sempurna. akal nyer terbatas.
bila dah namanya undang-undang ciptaan manusia, ia boleh berubah.
faktor masa.
faktor cuaca.
faktor pangkat seseorang.
faktor politik.
faktor agama.
sebab apa? sebab ia ciptaan manusia. manusia tu ada perasaan dan nafsu. tidak sempurna.

dunia semata-mata.
rezeki. jodoh. hidup. mati. di tgn Allah.
usaha. ikhtiar. doa. tawakal.
😍

10 comments:

  1. terima kasih akak share kata motivasi ni. Rasa semangat sikit :)

    ReplyDelete
  2. Setiap hari adalah hari baru
    Setiap apa yang kita jumpa adalah ilmu baru =)

    ReplyDelete
  3. betul tue.. kita hidup di dunia bukan sorang2 .. kena ada sifat toleransi sesama insan :)
    nice sharing

    ReplyDelete
  4. dah lama saya tak bw kat sini..sibuk dengan blog sendiri je..apa kabar??

    ReplyDelete
  5. inilah namanya kehidupan...

    psstttt jemput join http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html

    ReplyDelete
  6. betul tue , setiap hari ada juga kesalahan kita,cuma kita saja yang kadang-kadang nampak , kadang telepas pandang

    ReplyDelete
  7. Betul tu... hari2 ada ja benda baru dalam hidup ni.. sedar tak sedar.. dengan orang pun hehari kita belajar kan

    ReplyDelete
  8. Betul Aida walaupun kita rasa diri dah sempurna tapi harus belajar lagi dan lagi .

    ReplyDelete
  9. Kena terbuka hati terima apapun yang terjadi setiap hari. Janji yang kita jalani dapat RidhaNya kan sis.. Belajar lebih baik setiap hari.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)