assalamualaikum 😄

sambung bicara di blog ni lepas few days sunyi tanpa entri.
bahan ada, cuma peluang log in blog yg takde... aduhai. ni hah, ada time skit. mari mula menaip.
cerita ahad lepas (29.7.2017) uolls. mr.asben sukses memujuk saya join dia naik bukit beruang.
hadoi lah... separuh hati aje saya ptg tu.
ikot kan hati yg separuh tu, tak kuasa nak join. tapi tu la, anak-anak excited nak gi.
ku ikot kan jugak ler wahai anak-anak...

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang
ni la hasil nyer selepas lebih kurang 30 minit mendaki.
ni bukan puncak yg paling tinggi tau uolls, separuh ajer ni!
saya paksa mr.asben turun lepas da sampai sini, lagipun hari dah ptg sgt (alasan!)...

ptg tu, pendakian kitorang bermula sekitar jam 5.30 ptg.
cuaca sgt la cantik. indah. cerah... and berkobar-kobar la mr.asben dan anak-anak bertiga tu.
saya? perasaan biasa-biasa aje. sebab tak sgt berminat kan ha ha ha 😂.

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang
saya belakang sekali... lepaskan anak-anak dara dulu.
di mana izzat? izzat di depan sekali! bukan main laju izzat mendaki.
kalau izzat jumpa area yg agak-agak dia boleh lari, dia mesti nak lari.
aduhai! seriau saya tgk dia!

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang

frankly speaking, ptg tu saya tak secergas yg lepas tau. ni sebenarnya kali kedua saya naik bukit beruang ni.
baru saya perasan yg ari tu saya langsung tak buat entri pasal naik bukit beruang 😎.
then pernah sekali berjanji dgn Mummy Julia yg gojes. tapi tak dpt, sebab apa ntah, tak ingat!
thereafter, tak naik dah. mr.asben aje yg maintain every weekend naik dgn geng hiking dia.

sampai aje separuh bukit, ada la area utk relax dan amik gambo.
nampak la view melaka... kawasan bukit baru and bukit katil. nice 😍.

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang
kelakar plak saya bila tgk gambo ni.
kurang asam syuhada. kalau nak selfie pon, jgn la ada gambo org semput kat belakang tu 😂.

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang
ibu yg sedang amik mood...

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang
nak jugak posing anak-anak dara ni 😎.

izzat memang tak sempat la nak bergambo berdua dgn ibu. izzat maju ke depan.
memang tak tau letih ekk budak-budak kecik gini? hadoi lah...
takde satu tempat pun yg dia slow down tau. baik time mendaki, or time turun.
memang terbaik lah... berpeluh-peluh badan dia...

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang

Riadah | Izzat Kembali Mendaki Bukit Beruang

time nak turun tu, sempat la snap few gambo lagi.
santai-santai... relax-relax... gelak ketawa.
suka la kakak-kakak berdua tu, diorang gelak kan si ibu ni yg mcm tak bertenaga dah.
hellooooooo... i am not ready mentally hokey. if not, setakat bukit beruang ni, hape la sgt.

hi hi hi 😎.

bukit beruang ni memang ramai yg naik turun beriadah baik ptg ataupun mlm, uolls.
so tak la berasa takut sgt sekiranya naik sorang-sorang.
nak naik turun pun tak susah, da siap facility tali nyer, steps nyer, penanda jalan nyer.
no worries lah...

kata la nanti uolls tetiba holiday kat melaka ni, nak kan satu kelainan, gi la naik bukit beruang ni.
maklumlah, melaka ni kecik molek. seharian pun dah boleh cover byk tempat.
so, masukkan la bukit beruang ni sebagai satu tempat wajib gi.
mudah aje nak sampai. samada dari ayer keroh ataupun bukit baru. akan jumpa trafik lights simpang tiga nak masuk ke Taman Bunga Raya, Bukit Beruang.
masuk taman tu. terus dan masuk kanan, iaitu Jalan Bunga Raya 5. terus drive sampai hujung.
memang ia adalah kawasan perumahan. hujung jalan tu akan nampak lorong ber tar kecik. 
situ la mulanya. byk kereta akan park sepanjang lorong kecik tu.

ok. tu jer nak share cerita. babai!