Saturday, September 16, 2017

Inspirasi ? | Inspirasi La Sangaaaaattt !

assalamualaikum...

terdetik nak borak pasal INSPIRASI.
sumber inspirasi...
apa tu ekk inspirasi?

"Sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dll); ilham. Berinspirasi mempunyai inspirasi. Menginspirasi menimbulkan inspirasi. Menginspirasikan menjadikan sebagai inspirasi." [Kamus Dewan Edisi Kedua]

takde la sgt nak citer pasal camne nak bagi inspirasi kat org. saya tak pandai bab tu...
just... terdetik dgn word INSPIRASI ni dari satu tajuk program tv.
ada la saya ter layan 1 episod ni... ia program yg akan interviu artis atau bisnes owner yg dah jadi selebriti (ala-ala artis la jugak).

yes, ia adalah satu inspirasi kerana diorang berjaya juta-juta dlm bisnes.

tapi, perlukah kita interviu kat rumah sambil jamu mata dgn betapa besarnya rumah diorang?
perlukah kagum dgn bilangan kereta yg diorang park kat garaj? siap tanya pasal plat no.
perlukah tanya brape kali diorang duduk dan makan kat meja makan diorang yg ada 10 kerusi?
perlukah belek kabinet dapur diorang dan tanya, "selalu masak ke?" (jawapan paling standard, "kalau ada masa, sebab sibuk dgn bisnes...."
perlukah melangkah masuk bilik tidur dan tegur, "wah, besarnya bilik!" (jawapan sgt standard, "takde lah, ni biasa-biasa aje...)
perlukah belek handbag diorang yg bilangannya lebih dari 10? mahal! masih dlm sarung, tak pernah pakai lagi pon...

Inspirasi ? | Inspirasi La Sangaaaaattt !


ada juga conversations berkaitan holiday. dgn bangganya, sebut tempat2 luar negara aje.
order makanan, anta by flight hu hu hu hu hu... kita ni hah nak beli harumanis naik bas pun tak mampu!

"Biasakan diri dgn hidup yang susah, kerana kesenangan tidak akan kekal selamanya" - Saidina Umar Al-Khattab.

inspirasi jenis apa yg sebenarnya nak diberikan kpd penonton?

kata-kata inspirasi hanya disampaikan pada 2-3 minit yang terakhir...
and satu malaysia tahu, ada beberapa artis / bisnes owner yg mewarisi bisnes dari keluarga (maksud saya, lepas SPM terus dah jadi bos).
di zaman kegawatan ekonomi... di zaman ketidakstabilan politik...
perlu ke disajikan dgn inspirasi sedemikian rupa? tapi tu la, tu pendapat peribadi saya.
saya tak rasa program sedemikian rupa diperlukan. saya tak cemburu. and tak la menyampah.
just...  terasa meletakkan word INSPIRASI tu sebagai tajuk program 30 minit tu mcm sgt  tak sesuai.

inspirasi kpd siapa?

apa kata, kalau bisnes makan... kita ke restoran nya. tunjuk betapa bersihnya. betapa cekapnya melayani pelanggan. betapa mantapnya promosi...
kalau bisnes pakaian... kita ke butik nya. ke kilang nya, kalau ada. pamerkan kpd masyarakat camne sebenarnya nak membangunkan perniagaan.
kalau bisnes perkhidmatan... kita tanya apa tips dia. apa cara dia promosikan servis nya. camne layanan dgn org bawahan / pekerja...
kalau bisnes dari rumah... kita dpt kan tips camne dia bahagikan masa antara keje dan famili. camne dia bermula dgn modal yg sgt kecik. camne dia meningkatkan sales dgn hanya duduk di rumah. platform apa yg dia guna.

baru la boleh beri inspirasi kpd penonton program tu.
bahawasanya, sesuatu itu takkan dtg tanpa usaha keras. mesti bekerja. mesti bertindak. 

bila dah terlalu byk channel, da terpaksa hasilkan byk program.
and lahirlah program sebegini rupa... utk memenuhi intisari rancangan channel berkenaan selama 24 jam.
ntah la... mungkin ada yg suka program tv gini. mungkin...
ada permintaan, maka ada lah product nyer kan... atau adakah saya ni yg kolot? 😅😅😅

masih terkenangkan kisah pusat tahfiz yg terbakar subuh kelmarin.
dikatakan asrama menempatkan para huffaz terlalu crowded.
pembinaan asrama baru masih dlm pembinaan. hasil sumbangan org ramai.
sedih... sebak... pilu... 

"Lihat pada apa yang kita ada, barulah timbul rasa bersyukur. Jangan dikenang apa yang bukan milik kita, nanti kita kufur."

ok. tu saje sessi luahan perasaan kali ni. tata uolls 👋.

4 comments:

  1. nice sharing entry sis... bgs kata-kata saidina umar... akak suka...

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat dengan part yang aida share ini.. Tajuk tu tak menggambarkan apa-apa kalau setakat share pasal rumah besar, berapa banyak kereta.. Tapi akan jadi bermakna kalau yang berjaya tu bagi tahu macam mana struggle nya dia membina bisnes hingga berjaya..

    ReplyDelete
  3. Hati yang sentiasa berasa cukup..suka part ni...moga-moga kita dapat praktikkan.In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. Betul tu Aida... Zaman sekarang ni berjaya dinilai dari segi kuantiti harta yg dimiliki...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)