assalamualaikum 😄.

gambar hiasan

saya baca di sini. suka la nak share. and suka la saya nak ulas serba sedikit 😍.
ini adalah 11 petanda awal yang anak kita adalah anak yg bijak.

💥ANAK MUDAH INGAT
Pakar dari New Kid's Center, "jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya".

💥ANAK SUKA TERMENUNG
Dr. Deborah L. Ruf, menerangkan bhw anak yg pintar suka melihat dan memberi penumpuan pada sesuatu dari usia yg muda.
teringat pesan abah saya, "kalau anak awak tgh termenung, terutama time dia tgh belajar and tiba-tiba dia tenung aje dinding depan dia, jgn sesekali tegur dia. jgn kacau dia. tu akan mengganggu apa yg dia tgh menungkan!"
  • pendapat peribadi saya la, kita sbg ibu ayah, kita pasti arif dan boleh baca raut wajah anak kita. dia sedang termenung kosong? angan-angan? berfikir? menghafal? 
💥ANAK BOLEH MEMBUAT RUMUSAN TERHADAP SESUATU
contoh, apabila anak melihat seseorang sedang menggoreng nasi, anak terus membuat rumusan bhw org itu sedang lapar.
pakar dari What To Expect When You're Expecting, "Kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan anara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian".

💥ANAK SUKA BERMAIN DGN KANAK-KANAK YANG LEBIH BESAR
Lyn Kendall, berkata bhw kanak-kanak bijak suka bergaul dengan org lebih berusia darinya.

💥ANAK PETAH BERCAKAP
menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius.

💥ANAK ANDA SUSAH TIDUR
camne nak tidur kalau otak anak sedang ligat berfikir what to do now, what to do next.
pada mereka, hari tidak akan habis. mereka akan bermain selagi daya.
itu yg kekadang, anak-anak kita ligat bermain, tetiba, senyap je. rupanya dah tertidur di bwh meja kopi 😆.

gambar hiasan lagi....

💥ANAK GEMAR BERSOSIAL
Lyn Kendall, berkata bhw sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.

💥ANAK MENUNJUKKAN PELBAGAI EMOSI
Dr. David Palmer berkata bhw anak yang bijak itu adalah lebih beremosi dari kanak-kanak biasa.
biasalah, anak-anak kecik ni memang penuh dgn emosi, kan?
kejap ok. kejap karang sentap. pastu dlm ketawa tetiba menangis 😄.

💥ANAK SENTIASA MEMPUNYAI TENAGA YG BANYAK
anak mesti aktif. suka bermain. berkaitan juga dgn 👆👆👆 iaitu anak susah sgt nak tido!

💥ANAK MEMPUNYAI HOBI DI USIA YG KECIL
Baby Center, "anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dgn nombor".

💥ANAK SUKA BUKU
ni pasti la. kalau dari kecik da minat buku, pe lagi tandanya kan 👍👍👍.

so, anak uolls... ada tak tunjukkan semua 11 di atas?
ok la pada saya, yg bongsu Izzat pun dah lebih 5 thn.
izzat da cukup membuatkan saya rasa wow 😄. meskipun tak semua 11 di atas ada sebelum ni.
termasuklah nurin dan syuhada. mereka bertiga adalah yg terbaik selamanya 💜💜💜.