assalamualaikum 😀

semlm saya da share info tentang zakat pendapatan. ingat ye. declare & bayar zakat by 31.12.2017.
da boleh la audit balik pendapatan / perolehan kita.
last minit nanti susah ler plak kan... now, nak share pasal cukai pendapatan plak.
alang-alang da audit kewangan utk zakat pendapatan, skang nak masuk november da boleh jugak collect balik resit pe patut. sebab byk pelepasan yg boleh kita dpt.
kena ingat. suka nak ingatkan... resit kita byr zakat pendapatan tadi tu, jgn dilupakan 😍.

jgn konfius ye uolls. cukai pendapatan ni dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ye.
GST dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. maka, jgn la disamakan dua jenis cukai ni.
and for cukai pendapatan, is by 30.4.2018 nanti, individu mcm saya ni la.

LHDN | Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2017

kenapa ye kalau da byr zakat pendapatan kita akan dpt pelepasan / rebate cukai pendapatan?
dlm bahasa saya yg biasa-biasa, bukan bahasa saintifik atau bahasa org LHDN ye uolls. 
bahasa pembayar cukai tegar 😅. ini adalah kerana utk mengelakkan kita-kita ni byr 2 kali cukai.
sedia maklumkan, zakat pendapatan utk Muslim, rukun islam. utk membantu Muslim dlm pelbagai segi. manakala, cukai pendapatan adalah utk semua. utk negara. pembangunan negara.
ni explaination saya secara ringkas yer 😃.

orait. terus kpd pelepasan cukai lain-lain utk individu pemastautin.
ni saya screenshot direct dari website LHDN.

LHDN | Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2017
LHDN | Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2017

suka saya nak highlight perkara pelepasan ini :
  1. perbelanjaan kita terhadap ibu bapa spt rawatan perubatan, keperluan khas dan kalau ada penjaga utk ibu bapa, terhad RM5,000. dgn syarat ada pengesahan daripada pengamal perubatan yg bertauliah.
  2. yuran pendidikan diri sendiri pula ialah terhad RM7,000. utk peringkat Sarjana / PhD untuk apapun kursus / kajian. tapi utk peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda, hanya terhad kepada kursus Undang-Undang, Perkaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi.
  3. utk kesihatan pula, perbelanjaan perubatan bagi penyakit yg sukar diubati utk diri sendiri, suami / isteri atau anak terhad RM6,000. kalau kita buat medical check-up, yg ni menarik, samada utk diri sendiri, suami / isteri atau anak terhad RM500. bagus ni. saya memang cadang nak buat ni kat pathlab. in shaa Allah.
  4. SSPN. ni simpanan saya tetap tiap bulan utk anak-anak bertiga. dpt pelepasan terhad RM6,000. kena ingat ye, kena tolak pengeluaran juga yg dibuat tahun 2017. hmmmm ni saya tak suka. kata la simpanan kita setahun tu utk anak is RM1,200 (RM100 sebulan) sejak dia kecik hingga la umur dia 13 thn. sampai anak tu 13 thn nak masuk asrama, kita buat pengeluaran sebanyak RM2,500. so thn tu kita tak dpt langsung pelepasan 😒😒😒. ye ke gitu???
  5. perbelanjaan gaya hidup kita. bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran gim, langganan internet. ni terhad RM2,500. pada pendapat saya pelepasan ni kena naikkan lebih tinggi. hmmmm... 
  6. ni lagi bagus iaitu peralatan penyusuan. ni utk wanita saje ye. para suami tidak boleh tau 😄. tapi not fair kan utk para suami yg isteri nyer tidak bekerja, kan? hu hu hu.... ni terhad RM1,000 dan potongan dibenarkan sekali setiap 2 thn.
  7. ni pon saya sokong iaitu yuran anta nak ke pra-sekolah / pusat asuhan kanak-kanak. terhad kpd RM1,000. ini pon saya rasa kena dinaikkan. terutama kat bandar, tak termasuk penjagaan ptg, yuran sebulan lebih RM300 😓. tu baru sorang anak, kalau ada 2? 3?
  8. insurans nyawa & kwsp terhad kpd RM6,000.
  9. insurans pendidikan & perubatan terhad kpd RM3,000.
  10. bayaran zakat pendapatan and ni tiada had tau = 100% pelepasan 😍.

frankly speaking, saya sgt detail when it comes to income tax declaration. 
saya akan menggunakan hampir kesemua pelepasan perbelanjaan yg saya boleh dpt la.
ia telah disediakan, kita menggunakannya la utk faedah diri sendiri.
sebab tu la pada saya, beberapa item pelepasan 👆👆👆👆 perlu ditingkatkan amaun terhadnya.
dan utk no 8 dan no 9 sepatutnya tiada had = 100% pelepasan. sebab ikut logik seorang anak = RM100 = insurans pendidikan & perubatan. kalau 3 anak = RM3,600. 
itu bilangan anak yg standard la antara saya dan kawan-kawan. ada yg lebih dari 3 org anak.
pendapat peribadi saya la kan 😊😊😊. tak semestinya betol hi hi hi...

ok la. mau gi masak lunch. have a nice sunday uolls.
ingat tau. da boleh audit dan start kumpul resit 💥💥💥 ke arah declaration of zakat & cukai pendapatan.
bye...