assalamualaikum...

alhamdulillah. selamat pergi dan balik dari JB uolls. ni hah baru bersenang-lenang sekeluarga depan tv. sambil-sambil la update blog jap.
2 hari 1 mlm saya dan famili jjcm di JB.
best. best. best. dpt jjcm relax jauh dari melaka. jauh ke? 😆
rabu pepagi, cari sarapan di muar. pastu lunch di JPO. check-in hotel dlm jam 3.30 ptg.
tghari tadi balik melaka, menyinggah lagi 1-2 tempat. happy di hati ku 💕💕💕.

tak nak citer lagi episod jjcm di JB, lom buat selection gambo lagi...
ni nak throwback dulu aktiviti makan-makan kami anak-beranak.
ke mee besen yg viral seantero malaya... dah bertahun ianya di viral kan, baru la bulan 29 ogos 2017 kami org melaka ni dpt merasa.
sejarah nyer uolls, saya pernah menyinggah di premis mee besen yg di bandar melaka dedolu.
hmmmmm balik aje kami, tak makan pon. kena amik nombor, pastu meja makan nyer tak lebih 10 meja, tapi yg menunggu kat luar pintu aje lebih dari 10 keluarga.
yg tgh makan kat dlm tu? penuh semua meja. so batalkan hasrat ajer la.
tak kuasa menunggu...
then, mee besen buka kedai baru di durian daun ni hah. lebih dekat dgn rumah, happy la!
tapi meleset jugak, walaupun dekat tapi 3-4 kali kami nak gi, ramai!!! style amik nombor jugak.

so, yg kami pergi 29 ogos lepas, kami redah aje. 
dlm kul 3.30 ptg kami pergi. dlm hati, kalau ramai jugak yg beratur, kami balik rumah.
maklumlah, cuti-cuti merdeka kan...
alhamdulillah... sampai aje di kedai mee besen, takde langsung org yg menunggu di luar.
meja pon byk kosong uolls. alhamdulillah!
terus aje masok pilih-pilih mana meja yg nak duduk makan.

Mee Besen Ori | Recommended !
tu khemah utk menunggu nombor giliran 😀 kosong ajer...

satu perkara penting nak puji tentang mee besen ni uolls.
dari kedai makan 1 pintu, now da upgrade kpd kedai 3 pintu uolls.
ni la baru betul, adil dan saksama.
da viral, da terkenal, pasti la untung byk, luaskan kawasan agar selesa org ramai nak dtg 👍👍👍   💥💥💥.

Mee Besen Ori | Recommended !

Mee Besen Ori | Recommended !
kami order talam western RM35...

Mee Besen Ori | Recommended !
... dan ini.

kami order mee besen saiz M = RM10. and kami pilih mee soya instead of mihun, mee kuning dan kuew teow.
tapi semlm saya terbaca di fb page mee besen, now mee soya not available anymore, mereka ada masalah supply. permanently or temporary saje, saya tak pasti...
begini 👍. puas hati dgn portion nyer. puas hati sgn rasa sup ayam nyer. sedang elok cukup utk kami 5 sefamili.
ada disediaka  kicap cili padi penambah sedap. alhamdulillah...
licinlah besen tu kami kerjakan 😃.

Mee Besen Ori | Recommended !

Mee Besen Ori | Recommended !

talam western ni pon not bad uolls.
saya paling suka mash potato nyer. sejemput! tak cukup! sedap 😍. dgn meatballs nyer memang merecik. moist. yummy!
spaghetti carbonara tu anak-anak dara la yg memghabiskan. tak kurang ohsem nyer.
kesemua 5 item dlm talam tu complete each other. portion pon sedang elok cukup utk kami sefamili 5 org.

Mee Besen Ori | Recommended !

alhamdulillah.... boleh la bebila free, duit ada, gi makan2 lagi kat mee besen.
nak cuba menu lain. seingat saya lah, ada :-

  • nasi goreng lambak
  • shell out
ari tu nampak few tables makan nasi goreng lambak. menarik uolls. terpikat!
but kemudian... ada umur, ada rezeki, dpt la anak-anak saya tu menjamu selera nasi goreng lambak di mee besen ni.
in shaa Allah..

orait. takat tu ajer nak share. mau rehat. 2 hari berjalan di JB, memenatkan 😅. nak melunjurkan kaki dan buat regangan jari-jemari jap.
till then, bye...