Tuesday, October 10, 2017

Oktober10 | Hari Kesihatan Mental Sedunia

assalamualaikum...
ptg-ptg ni, share maklumat penting. serius skit 😎.

Oktober10 | Hari Kesihatan Mental Sedunia

PETANDA-PETANDA KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA TERJEJAS :

"Dekati rakan-rakan yang anda rasa mungkin memerlukan bantuan. Berbincanglah dengan pihak pengurusan / pentadbiran / majikan anda."

1. Kognitif
  • kesilapan dalam tugasan semakin meningkat
  • mudah hilang tumpuan
  • masalah membuat keputusan
  • prestasi kerja merosot
2. Emosi
  • mudah berasa tersinggung
  • kehilangan keyakinan diri
  • raut wajah yang kurang ceria
3. Tingkah Laku
  • perubahan tingkah laku yang mendadak
  • lewat ke kerja
  • tidak berehat pada waktu rehat
  • tidak melibatkan diri dalam aktiviti sosial jabatan
4. Fizikal
  • mudah jatuh sakit
  • peningkatan atau penurunan berat badan
  • berasa lesu di tempat kerja
  • penampilan diri yang selekeh dan comot
5. Organisasi
  • ketidakhadiran pekerja meningkat
  • peratus pekerja yang melatak jawatan bertambah
  • jumlah jam bekerja secara keseluruhannya tinggi tetapi produktiviti dan motivasi anggota kerja adalah rendah


Oktober10 | Hari Kesihatan Mental Sedunia

CIRI-CIRI TEMPAT KERJA YANG POSITIF :

1. Keseimbangan kehidupan dan pekerjaan.
2. Anda berasa selamat di tempat kerja.
3. Tugasan kerja yang mencabar tetapi tidak membebankan.
4. Anda berasa dihargai dan dihormati.
5. Majikan dan pegawai atasan menyokong perkembangan kendiri.

"Tempat kerja yang kondusif akan memupuk kesihatan mental anggota pekerja dan mewujudkan suasana pekerjaan yang positif. Ini adalah tanggungjawab bersama semua anggota organisasi."

p/s : ari ni besday mak saya yg ke-71 😍. i love u, emak. 
        khamis ni plan nak belanja emak abah makan-makan. in shaa Allah...

ok 👋👋  tata...

11 comments:

  1. minta di jauhkanlah terkena penyakit macam ni

    ReplyDelete
  2. belum sampai ke tahap tu.. mudahan tidaklah

    ReplyDelete
  3. waa.. good info ni.. kena sebarkan wak biar ramai lebih peka tentang kesihatan..

    ReplyDelete
  4. cik timm dah mula nak jadi, then amik keputusan utk resign..
    alhmdulillah baru bertukar kerja yg office hour..
    byk sikit masa utk berehat n chill di hujung minggu..
    sebelum ni kje swasta, mcm sis kata bebanan kerja byk..huhuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... tahniah cik timm.
      keje byk. masa free takde.
      sgt la tak seimbang nanti life kita.
      tu yg menjadik negatif tu...

      Delete
  5. Bahaya ada sakit mental ni..kena dibendung awal-awal lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. tu yg perlukan opismet utk bantu.
      kekadang kita sendiri tak perasan yg kita ada simptom gitu...

      Delete
  6. moga kita dijauhkan dari perkara seumpama itu

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)