Tuesday, August 21, 2018

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

No comments:
assalamualaikum 😀
selamat pagi...

esok hari raya Aidil'Adha. in shaa Allah...
masih ada yg keje ke ari ni? hi hi hi kipidap. nanti lepas keje, boleh la gerak balik ke kampung slowly ye.
berhati-hati di jalan raya.
kak Nurin & Syuhada sudah saya anta awal-awal balik umah Abah Mak Ahad ptg yg lepas.
teman Atok Uwan. lagipun cuti sekolah ni hah, dpt la diorang berdua spend masa lelebih dgn Atok Uwan.
saya, mr.asben & Izzat, in shaa Allah, jap lagi baru nak bertolak balik sana.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

semlm kontraktor pintu dtg tukar pintu tandas rumah baru kami.
setelah mencari-cari. setelah survey harga dan kualiti beberapa bulan...
menjadik lah yg ini. settle tukar ketiga-tiga pintu tandas dgn harga berjumlah kurang RM1,000 😃.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
pintu tandas yg asal.

kenapa tukar?
  1. pemaju menyediakan pintu tandas yg berkualiti rendah. ketiga-tiga pintu tandas asal telah tidak sempurna. ada kerosakan.
  2. meskipun hanya pintu tandas, pada saya ia perlulah nampak cantik terutama pintu tandas di ruang dapur. ruang dapur tersebut bakal diubah menjadi ruang makan. maka, pilihan kami ialah pintu tandas ni dgn pemilihan corak yg berwarna-warni 😍dan nampak ekslusif.
  3. pintu tandas bi fold ni menjimatkan ruang berbanding dgn swing door.
  4. pintu tandas jenis aluminium ni, dari pembacaan saya dan recommendations ahli keluarga, yg paling sesuai kerana ketahanan terhadap lembab dan karat.  

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
kontraktor dtg pasang, tak sampai pun 15 minit dah selesai ketiga-tiga pintu tandas saya.

1-2 minggu sebelum pemasangan, kontraktor akan dtg ukur dulu pintu tandas kita.
customade gitu. agar pintu yg bakal dipasang sesuai molek aje dgn ukuran jenang pintu tandas kita.
boleh la kita pilih mana-mana design pintu yg kita nak. rambang mata nak memilihnya!!!
pilihan kami adalah design yg minimalis saje. janji sedap mata memandang 😍.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
tandas di ruang dapur...
corak pintu tu pilihan my beloved mr.asben.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
saya punya ni ada bottom track ye 😃. 
harap maklum, tanpa bottom track ni, harga sebuah bi fold door adalah lebih mahal.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
corak ni pilihan kak Nurin & Syuhada bersama.
ni tandas dlm bilik diorang berdua.

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
hi hi hi ni tandas dlm bilik ibu ayah... corak pintu nyer ada 💜💜💜 gitu 😄😄😄.
pilihan ibu lah pulak kan...

Tukar Pintu Tandas | Aluminium Bi Fold Door
klik image utk terus ke fb Vnex Aluminium 👍

harga? RM990 kesemuanya.
untuk bingkai bi fold door ni, ada 3 pilihan warna - silver, putih & hitam.
pintu saya, saya pilih bingkai nyer warna silver saje.
memandangkan jenang pintu di rumah saya berwarna kelabu. so, sesuai lah...
RM330 utk satu pintu. utk dptkan harga ni, mesti tempah 2 pintu dan ke atas utk sebuah rumah.
ni promosi sebulan yg lepas, time saya call dan terus buat tempahan. current promotion, kena la klik link fb 👆. mungkin masih ada promotion nyer...

sekiranya hanya 1 pintu utk sebuah rumah, harganya adalah RM380. tak dpt harga promosi!
dan, if pilih bingkai pintu warna putih atau hitam, kena tamba RM30 utk setiap pintu.

alhamdulillah... selesai bab pintu tandas.
lepas ni ada lagi 2 projek utk dapur. 2 ni wajib sebelum kami pindah masuk dlm masa terdekat ni. in shaa Allah...
skit demi skit... hari demi hari...
dah pun 3 thn rumah ni kami miliki, tapi lom tetap duduk di sini.
keperluan anak-anak bersekolah. kedudukan rumah bkt katil yg sekarang ni sgt sesuai utk persekolahan anak-anak buat masa sekarang 😊.

moga entry ni beri manfaat kpd yg memerlukan ye. mana la tau ada yg mencari.
Vnex Aluminium ni berpejabat di Johor, Melaka & Penang. 
terjumpa fb Vnex Aluminium ni pun tanpa sengaja. sharing from officemate. alhamdulillah...
saya sendiri, tak pernah berhenti mencari info tentang bi fold door ni tau. dok la compare harga sana sini. mencari harga yg paling bajet lah 😄.
kalau ke home expo di MITC, ada jugak booth utk bi fold door gini. harga yg saya survey adalah antara  RM600 - RM800.
ku sangka di home expo lebih murah, tapi, lebih mahal dari kedai biasa-biasa sekitar melaka. kat kedai biasa dpt lah dlm RM400 -  RM550 utk 1 pintu. 
ada ler extra spesifikasi bila harga lebih mahal, kan. tanpa bottom track, extra lock dari luar dan sebagainya.
ni terpulang la kpd kita. saya amik yg minimum spesifikasi aje. tandas jer pun kan 😅.

😉 👌

Thursday, August 16, 2018

Resepi Air Fryer Philips | Peha Ayam Panggang Madu

22 comments:
assalamualaikum 😎
salam pagi khamis korang semua.
utk di JB, Kedah dan sewaktu dgn nya, ari ni last day sekolah. esok da start cuti sekolah.
bagi Melaka, esok sekolah lagi ye.
cuti sekolah seminggu sekaligus sambut AidilAdha Rabu depan, in shaa Allah...
saya, as always, maintain balik dua-dua kampung meskipun AidilAdha saje. kampung dedekat.
both abah emak saya dan mami, mak mertua, memang akan tunggu semua anak balik beraya.
AidilAdha pun kami masak-masak mcm pagi AidilFitri jugak.

ni nak share resepi baru ayam panggang yg saya buat minggu lepas.
memula nak cari drummet yg comel lote tu, tapi tak ke Aeon or Mydin. malas plak nak drive jejauh 😅.
hajat di hati nak la buat drummet sedap mcm di dominos pizza. dek kemalasan driving jejauh, beli saje la beberapa ketul peha ayam di Family Store.

biasanya saya buat ayam panggang guna resepi ni saje. resepi yg simple tapi sedap.
nak kukus boleh, nak panggang dlm oven boleh, dlm pressure cooker pun sedap dan air fry saje pun mantap. semua gajet dapur saya da guna.
tapi kali ni, nak buat ala-ala drummet dominos pizza / pizza hut. manis-manis drummet nyer. 
feveret Izzat. menggoogle la cara buatnya. resepi A campur resepi B, campur skit resepi C. 
maklumlah, bila google, kita akan dpt byk versi resepi, kan... 
pepandai kita la nak olah kan semula ikut apa ada kat rumah hi hi hi hi...

nak la citer skit, Izzat tak makan pizza. 
setakat skang ni, dia tak minat makan pizza 😓. puas la dipaksa dan digoda dgn pelbagai toppings atas pizza tu. 
hmmmmm tak dilayan nyer...
maka, wajiblah kami order drummet tiap kali makan-makan pizza. itu aje la jadi makanan Izzat.

Resepi Air Fryer Philips | Peha Ayam Panggang Madu
bahan perapan semua da siap. sebelum digaul sebati, amik gambo dulu lah...

bahan perapannya takde sukatan. agak-agak aje ye 😅 :
  1. sos cili         ]-
  2. sos tomato   ]-    cukup sekadar menyaluti peha ayam tu utk diperap
  3. sos tiram     ]-
  4. 7-8 bwg putih - ditumbuk kasar-kasar aje
  5. minyak bijan - kasik bau harum! saya sgt suka bau minyak bijan ni...
  6. madu
  7. garam & serbuk lada hitam (sesedap rasa)
perap la 30 minit - 1 jam.
air fry selama 20 minit dan suhu 180⁰c.

Resepi | Peha Ayam Panggang Resepi Air Fryer Philips | Peha Ayam Panggang Madu
tadaaaaaaaaaaaaa... ni la hasilnya.....
saya bungkus dlm aluminium foil before masukkan ke dlm air fryer.
sebab saya nak ia digoreng basah melekit gitu.

Resepi Air Fryer Philips | Peha Ayam Panggang Madu

saya punyer tu berkuah skit. tak kering sgt.
kuahnya tu boleh digaulkan dgn nasi. campur dgn kicap skit. potong cili padi! tak payah da lauk lain. potong timun, dibuat ulam.
hmmmmmmmm 2 kali Izzat bertambah nasi dgn 3 ketul peha ayam 😋. tapi Izzat takde cili padi potong lah hi hi hi hi...
Ibu dgn happy la menyuap Izzat sesuap demi sesuap demi sesuap...

peha ayam ni memang selalu beli.
selain dari tu, akan beli thigh. tak pernah la beli bahagian dada ayam, meskipun tu la bahagian yg paling sihat kan.
famili jenis tak makan bahagian yg berisi sgt. karang terbuang.
biasanya bahagian dada, saya akan potong dadu aje isi ayam tu. jadikan rencah nasi / mee goreng, rencah sayur campur atau masak tomyam / sup.
Izzat umpama Upin & Ipin, makan peha ayam begitu aje kekadang.
sekali hadap, mau nyer habis 3 ketul peha ayam!

kalau nak sihat, peha ayam tu dibuangkan kulitnya.
ini bagi yg nak diet yg sihat tapi bernutrisi dan murah.
saya? hadoilah... sgt suka kulit ayam!!! sgt sayang nak buang kulit ayam!!! rugi!!!
diet tu, diet jugak. tapi nikmat makanan, tak nak la diketepikan hua hua hua 😆...

itu aje la sharing resepi simple dimple dari dapur kecik saya ni hah.
tiap hari dok belek resepi kat youtube. mencari lauk baru 😊.
sementara bergelar 'surirumah tangga sepenuh masa' ni kan. ada la masa meragamkan lauk-pauk.
thn depan da kembali bekerja, hmmmmmm apa aje yg ada dlm fridge la ye anak-anak.
hi hi hi hi 😆

Wednesday, August 15, 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

27 comments:
assalamualaikum.
salam sejahtera korang semua. moga baik-baik saje ye.
wah, Bkt Katil hujan lebat pagi ni. dari kul 7.30 tadi da renyai. ni hah, da lebat. astro pun da hang 😄.
kita on laptop jer la. update blog.
then, pasni, nak menggosok sebakul baju. tak abis sebakul, separuh bakul pun jadik la...

nak cerita la aktiviti kenegaraan yg saya join Sabtu lepas, bersama-sama jiran.
Fun Walk Sayangi Malaysiaku sempena Hari Kebangsaan nanti. anjuran MBMB.
dpt maklumat pun 2-3 hari sebelum. bersemangat nak join. pakat ramai-ramai dgn jiran 😊.

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
kami berlima. jiran sebelah-menyebelah 😍.
tiga daripada kami, bwk anak-anak kecik bersama.

saya join sorang diri. anak-anak tak join.
Syuhada ada kelas tambahan UPKK. kak Nurin ada bengkel kemahiran di asrama.
Izzat plak stay home dgn mr.asben.
pagi tu Ibu berjimba sorang diri. relax. santai. lepak exercise dgn mak-mak yg lain.

kami-kami ni dok berjiran, tak le sepanjang masa dpt jumpa.
memasing busy dgn kerja, anak-anak, rumahtangga... sesekali bersua, tegur sapa gitu-gitu aje.
ni la time kami dpt melepak sama-sama. ada lagi plan utk beraktiviti sama-sama. in shaa Allah...

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

seawal 7.00 pagi da pendaftaran. ada zumba dlm lebih kurang 30 minit gitu.
ramai yg join. takde bayaran digunakan. free 😍. ni mcm aktiviti mendekati masyarakat lah oleh MBMB. a good inisiatif lah.

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
sebelum berpeluh, kami bergambar dulu lah...

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

sgt ramai! lautan manusia. tak dpt nak berzumba dgn aman. org lalu lalang. org kiri kanan.
tak dpt nak mendepangkan tangan dan kaki dgn selesa 😀 ha ha ha ha... lebih kpd happy happy jer lah kan.
then, selesai zumba, diikuti pula dgn pelepasan fun walk OKU sejauh 1.7 km.
bagus lah. makcik-makcik yg uzur dtg, dipimpin oleh anak-anak.
ada juga yg berkerusi roda, hadir dgn semangat anak-anak. menghirup udara segar di pagi hari.
anak-anak syurga kesayangan juga turut di bawa oleh ibu baa. comel-comel belaka.

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
jurugambar 😎

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
pelepasan fun walk OKU dulu...

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
then, barulah kami-kami...
lebih kurang jam 8 pagi masa ni.
mentari pagi da pun menjengah indah dan gah!

kami-kami kena berjalan, dah namanya fun walk kan, sejauh 5.1 km bersamaan dgn 3 pusingan.
yes. saya berjaya berjalan 3 pusingan. tapi diukur oleh MapMyRide sejauh 4.9 km saje 😆. ok la tu.

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
ada juga pertandingan mewarna dijalankan semasa fun walk sedang berlangsung...

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018

Fun Walk Sayangi Malaysiaku | Selamat Hari Kebangsaan 2018
always tak dilupakan, indoor games...
main dam & congkak.

pagi yg indah. cuaca yg sgt baik pagi tu.
saya tak tunggu sampai habis jam 11 pagi. kul 10 pagi gitu, saya da ke arah sekolah kak Nurin.
kak Nurin abis bengkel nyer kul 10.30 pagi.
ada cabutan bertuah.
penyampaian hadiah utk pemenang pertandingan mewarna dan indoor games.
memang saya tak berkaitan lah dgn semua tu hi hi hi hi...

memang rugi lah kalau saya tak join. tq my mr.asben kerana pelepasan 😍.
ni first event seumpamanya yg saya join.
ada next event fun run yg saya nak join ni. in shaa Allah, di hari merdeka nanti. moga dipermudahkan.
yg tu maybe join dgn mr.asben berdua.

jealous teramat dgn friends yg ada di KL. and terutama those yg boleh join fun run di putrajaya.
ohsem sgt event nyer. latest yg diorang share, organizer nyer was MILO.
goodie bags nyer ohsem. finisher medal nyer pun anggun bergaya...
melaka pun ada. saya baru nak aktifkan diri. in shaa Allah.

👌

Tuesday, August 14, 2018

20.20.20 | Tips Lindungi Mata

5 comments:
assalamualaikum 😀
saya suka share maklumat yg saya rasa berguna utk diri saya.

20.20.20 | Tips Lindungi Mata

Kebanyakan pekerjaan hari ini memerlukan anda untuk menggunakan komputer sepanjang hari. 

Selepas bekerja, mata fokus ke telefon pintar. Balik ke rumah, mata di tumpukan ke TV pula. 

Ini menyebabkan mata terdedah kepada “sinaran biru” sepanjang hari termasuk di waktu malam.

Sinaran biru ini telah di ketahui mendatangkan
kesan negatif kepada kesihatan.

☑️ Menjejaskan waktu tidur dan menyebabkan memori dan ingatan anda terganggu
☑️ Merosakkan retina dan menjejaskan penglihatan
☑️ Mungkin boleh menyebabkan katarak
☑️ Mengganggu pembelajaran
☑️ Risiko kegemukan, kanser dan kemurungan

Antara saranan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan
tips 20.20.20.

☑️ Setiap 20 minit, hentikan melihat skrin komputer, telefon dan TV
☑️ Lihat objek sejauh 20 kaki
☑️ Selama 20 saat

😎😎😎

now, saya dok rumah, agak kurang mengadap komputer.
if bekerja, kalau takde keje luar, saya duduk di meja, dlm bilik, depan komputer.
bila mengantuk, ke pantri, buat air... borak jap dgn ofismet.
then, back to depan komputer.
phone jgn ckp la korang oii... sentiasa on di atas meja. bateri weak, charge pun tepi meja aje.
ada masa tu, saya da boring mengadap komputer!!!
gi surau and 😴😴😴 jap 😆😆😆. provided keje da siap ye korang.
tak lupa tinggalkan mesej kat member sebelah bilik, di mana lokasi kita. pe pe hal, roger cecepat hi hi hi...

sama-sama la kita kan jaga mata dari gajet-gajet.
terutama anak-anak 👌.

Monday, August 13, 2018

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger

24 comments:
assalamualaikum 😊
salam sejahtera semua.
diharapkan semua yg membaca ni sihat-sihat belaka lah...
say NO tu monday blues ye 😀.
pagi ni saya tak riadah. ada sebukit baju utk dilipat.
ada sebakul baju utk dicuci & disidai.
then, duduk di depan desktop, nak transfer beribu-ribu gambar-gambar dari phone ke lokasi simpanan.
da start skit pagi tadi... hadoi lah 😅 agak letih mata.
create folder.
cek tarikh gambar.
hu hu hu moga hari ni la settle. sebab nak print di pixajoy & buat photobook.
nak select gambar pilihan bukan senang! 😅😅😅hmmmmm belum fikir lagi ni nak masak pe for dinner hi hi hi...

ok. nak citer pasal makan-makan last week.
nak dijadikan cerita, Selasa tghari, saya dating dgn mr.asben. lunch berdua di mcD.
alhamdulillah... sesekali aje ni. kiranya berkesempatan. kami berdua cuba burger terbaru 😍.

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
harga 😜

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
Brazil Rio Beef Burger

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
ni gambar dari SINI 😅
pedas lada hitam! makan separuh burger, da cukup buat lidah panas 😖 hi hi hi...
tapi sedap 👍. lain dari yg lain la. nice 😋.

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
Mexicana Chicken Burger

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
ni gambar dari SINI...
 burger ni sgt sedap 😋 👍. recommended!
sementara ada, korang kena cuba la. belanja anak-anak. one happy time together 😍.
daging burger yg rangup krup krap krup krap! sos yg sedap. cheesy... nice !!!

maka, Jumaat ptg, bwk la anak-anak bertiga dinner di McD.
sesuatu yg sedap mesti dikongsi bersama-sama anak-anak. takkan senang hati ni selagi tak bwk diorang.
idea si ayah ni. ayah belanja ibu & anak-anak.
bukan main happy lag diorang bertiga. excited. terutama Izzat.
recommend Syuhada & kak Nurin makan burger ni. memang bersungguh diorang makan.
alhamdulillah 😌.

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
Coke McFreeze. memang buat brain freeze beberapa saat 😅😆😆.

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger

McDonalds | Brazil Rio Beef Burger & Mexicana Chicken Burger
nampak tak? Izzat dan McChicken nyer 😅.

bila sesekali makan meriah gini, memang best.
fastfood pun memang tak digalakkan makan selalu. once in a while...
reward anak-anak.

😌