Wednesday, January 31, 2018

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Saat Manis Berlima Bersama-sama

36 comments:
assalamualaikum... salam sejahtera readers blog kecik ni 💜💛💚💙

bila complete 5 sekeluarga, memang saya akan buat cadangan makan2 best.
sesekali. bukan selalu menternak gula berlebihan.
ni kali kedua kami ke Truly Two Cafe ni. kali pertama dedolu, dating berdua-duaan 💕.
maka, makanan yg best, mesti share dgn anak-anak.

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
lokasi cafe 💕
opening hours sekitar 1 ptg - 9.30 mlm

ni throwback on 19.11.2017. mak aii... jauh nyer baling belakang pagi ni 😃.
maklumlah, 2-3 bulan blog ni sepi tanpa coretan. wajarlah throwback dan throwback lagi...

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
complete as a family 💜💜💜

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
ha ha ha tak biasa selfie. maka segan plak nak tayang muka. biasanya wefie dgn anak-anak 😎

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
hero of the day...

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
ni memang sedap dan menu sihat. kami berlima makan rebut-rebut 👍

Truly Two Cafe. Coffee & Sweet Things ::: Dating Berlima Bersama-sama
cheesy nachos 😋

now, truly two. cafe ada byk lagi menu sampingan lain yg tak kurang sedapnya 👆.
menu da bertambah sejak dedolu kami dtg, menarik perhatian.
makanya, sesiapa yg tak minat kek, coklat, aiskrim... byk lagi menu yg boleh order. no worries.
next time kami dtg, boleh la order lain-lain yg special tu.
harga semua sekitar RM3 - RM23. pada saya, ok ok la. ia bukan makanan seharian. ia special.
maka, kena sgt la dgn word 'special' tu, harga pun extra la dari makanan seharian yg biasa-biasa je.
and pada saya, truly two. cafe ni satu tempat yg kita dtg utk menikmati makanan.
relax. no rushing... borak-borak. gelak-gelak 😊.
kalau jadi port lepak dgn member lama, sure sesuai.

ok korang. need to go. ari ni ada misi 'berkebun'. sepagi ni nak uruskan laman sekangkang kera.
till then, bye for now 👋.

Tuesday, January 30, 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN

14 comments:
assalamualaikum cik yan 😊... and friends yg lain.
aida join segmen blogwalking ni.


terlanjur ada masa, blogwalking la saya.
bila nanti perkara lain menuntut masa, sunyi la sekejap dari alam maya 😄.

👋👌

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

5 comments:
assalamualaikum.... salam sejahtera semua 😄
saya join giveaway ptg ni...


SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN :
3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang) & 5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)

... semoga ada le rezeki FM tu 😍

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !

20 comments:
assalamualaikum 💓
salam sejahtera...

selasa nan indah. and ari ni saya stay home saje.
santai-santai. kemas-kemas. masak-masak 😄.
hmmmm what a great life. alhamdulillah... menikmati baki 2 minggu cuti semester.

pagi-pagi ni saya nak share sesuatu yang bermanfaat. in shaa Allah. korang boleh cuba.
saya dpt ni pun hasil sharing from blogger Ayuni Rafilah. tq so much.
tu yang pepagi ni dah pun install apps Truecaller ni.

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !

antara fungsi apps ni :
Powerful Dialer: - The world’s best Caller ID will identify any unknown caller- Block spam and telemarketing calls - See names of unknown numbers in the call history- Flash messaging - Share location, emoji & status in a flash to your friends - Know when your friends are free to talk- Backup call history, contacts and settings to Google Drive
Smart SMS app: - Automatically identify every unknown SMS - Automatically block spam and telemarketing SMS - Block by name and number series 
Truecaller has full dual SIM support! Truecaller will not upload your phonebook to make it public or searchable. 

pada saya, zaman IT yang semakin mencabar ni, phone kita wajib ada satu apps sebegini.
saya sendiri, setiap hari, akan terima tak kurang 5 calls daripada unknown and weird numbers!
saya memang tak jawab calls. sebab saya tahu saya akan kena bercakap dgn telemarketeers!!!
sgt tak suka... promote itu. promote ini. and susah plak kita nak stop kan conversations dgn telemarketeers ni 😬. most of the time tried to be polite la dgn mereka.
but seriously, mereka ni boleh menaikkan kemarahan kita and politeness kita tu bakal hilang begitu sahaja.

satu contoh, mcm satu status di fb saya 👇👇👇

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !

saya merasa sungguh simpati dgn Puan dlm kisah benar tu. bukan salah dia kerana percaya!
di dalam keadaan ketakutan dan kelam-kabut, sesiapapun boleh terpedaya.
kebetulan, scammer menggunakan perkataan seperti 'kastam', 'gst', 'siasatan', 'polis', 'bukit aman'...
semua tu memang membuatkan sesiapa sahaja dalam keadaan tiba-tiba menjadi speechless 😓😓😓.
boleh plak tu dengan satu panggilan, dari pegawai kastam terus connect dengan inspektor polis.
zasss terus connect plak dgn bukit aman. ada plak kedengaran bunyi walkie talkie sebagai background... tu adalah nak menampakkan real la.
sekali lagi, memang tak logik akal, kan? jabatan kerajaan kita belum lagi semaju tu nak connect sekejap-sekejap. kita nak call jabatan kerajaan pun, Ya Allah, susah betul, kan?
pengakuan melalui telefon? tidak tidak tidak...
ketahuilah bahawa semua tu sulit. masa kan boleh dicakap-cakap melalui telefon kan.
tapi tu la. bila da ketakutan, semuanya menjadik seakan-akan benar. ada yg kata dipukau. ntahlah...
semuanya mungkin...

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
surat hantar melalui wasap 😠😠😠 impossible!

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
surat pun langsung tak ikut format surat rasmi yg anak-anak belajar di sekolah!

nombor 1 : kepala surat beralamat di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.
nombor 2 : cop pula adalah Mahkamah Majistret, Kedah Darul Aman!!!
nombor 3 : font tunggang-langgang!!! sehingga keseluruhan surat font nyer ntah hape-hape.
nombor 4 : tajuk... tgk lah tu. siap-siap bersambung dgn isi kandungan.
nombor 5 : kalau dah Puan Dora sign, nama Puan Sabariah tu utk apa? saksi?
nombor 6 : sesuka hati Pendaftar Mahkamah suruh rahsiakan dan elak polis  menjalankan tugas? tapi suruh plak serah aset kpd Audit Negara? aset? audit? kaitannya? hmmmm...

saya explain secara detail 👆👆 bukannya nak tunjuk ajar scammer. tapi utk war-warkan kepada semua angle apa yang kita kena tgk bagi membuktikan sesuatu tu real atau tidak.
tak kisah la dpt surat dari wasap ke, secara poslaju ke, secara serahan tangan ke...
maklumlah, zaman sekarang juga ada yg menyamar jadi pegawai kerajaan dan dtg dari rumah ke rumah, kan? kalau-kalau la diorang tunjuk sesuatu yang bertulis, perhatikanlah angle tertentu itu.

penemuan pertama saya yang buat saya kagum dengan apps Truecaller ialah dia boleh identify number dlm list calls kita.

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
numbers di atas saya call tanpa save those numbers dlm contact list.
apps Truecaller identify number PPD bukit baru dgn betul.
yg Us Nasaruddin tu adalah pegawai di PPD bukit baru yg saya jumpa pada 2.1.2018 yg lepas.
means, masih betul kerana kebetulan saya jumpa pegawai yg dinamakan oleh apps Truecaller 😊👍.
Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
same here... number atas sekali tu Balbir Tuition Centre.
yes, saya call juga tapi tak save numbers. identified correctly.

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
again, identified correctly number Restoran Ikan Bakar Parameswara yang saya dial sabtu lepas.

other than that is semuanya unknown numbers yg call saya for the past few weeks.
'spam reports' tu bagi hint pada kita utk tidak jwb calls lah kan. agak membantu.

Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
Apps Truecaller ::: Membantu Tapis Panggilan Telefon & SMS Dari Scammer !
hi hi hi shopping lazada 👆👆👆 courier person 😃

dari penemuan pertama saya ni, mcm ok lah apps ni. reliable... membantu. i feel good 😍.
in shaa Allah, saya akan update lepas gunakan apps ni utk beberapa tempoh masa.
ok ke. byk songel ke.
because baca review before install apps Truecaller ni ada juga review negatif. we'll see how it goes.
tak cuba, tak tahu... kan?

orait. sampai dah ke noktah terakhir dari saya utk mengakhiri celoteh pagi selasa, 👋bye.

Monday, January 29, 2018

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka & Cendol Durian

8 comments:
assalamualaikum...

isnin kembali. matahari menyinar terik 😎 cantik cuaca, alhamdulillah.
petang-petang gini, mata pun rasa mengantuk aje hi hi hi... tapi apakan daya, tak boleh nak 😴.
nak keluar jap ke Kampung Jawa, amik langsir yang di hantar alter...
dah le mlm tadi overtime meroti. memang lemah rasa badan... tapi happy la, roti menjadi.

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
hero kepada entri kali ni. yum yum yummy 😋

tapi tu la, nak la bercerita jugak, di peringkat awal mlm tadi, 1st round menguli, doh tak menjadi tau 😲. sedihnya hati!
cecepat berfikir. saya ubah cecepat kemenjadian doh tu. syukur sgt, doh dapat diselamatkan akhirnya. if not, sayang nyer lah 1kg doh. rugi masa... rugi bahan... rugi duit
walaupun makan sendiri-sendiri aje, kejadian mestilah menjadi.
maka, inilah kejadian mlm tadi 👇👇

2 buku roti cheese gula & roti sosej sos mayonis kembar 😃
da tgh mlm, tak daya dah nak memikirkan bentuk apa. belasah ajer la... janji boleh ngap!

kembali kpd tajuk ye. nak dijadikan cerita, semlm tghari kami makan plak di mitc. masih sama dgn tema hari sebelum = seafood.
mencari ikan patin masak tempoyak... restoran ni recommended by ofismet mr.asben.
anak-anak dara saya memang suka makan lauk ni. di Melaka ada servis delivery masakan ni ke rumah.
sebekas RM12, delivery charge RM5. sebekas ada sekeping ikan patin.
tapi, rasanya sekeping takkan cukup utk kami 5 beranak. semua suka makan, kan...
berjumpa lah kedai ni...

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
restoran ni bertempat di mitc melaka. lokasinya sgt mudah.
sebaris dengan rerstoran Naiman 👇👇selang beberapa pintu je.

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
menu restoran ni 👆👆

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
ni set berharga RM11.50 😍

alhamdulillah. bolehlah nampak sipi-sipi temerloh tu bila makan kat restoran ni.
not bad. puas hati.
nak ke temerloh, ntahnya bila. dpt yg ni pun memadai...

then bila da kenyang, kami relax meronda mydin pula semlm.
kak Nurin nak beli jajan utk bwk balik asrama. wajib beli kan dia seplastik jajan dah sekarang.
kak Nurin dan dormmates nyer, berpesta makanan lah ye 😃

sebelum balik, haruslah pekena cendol durian masjid MITC. cuaca pun boleh tahan panas semlm.
memang tetap sedap. duriannya berperisa! cendol durian yg marveles.

Cendol Durian & Ais Mangga | MITC Masjid Alami
Izzat tak boleh buka mata, matahari tajam katanya 😄

Cendol Durian & Ais Mangga | MITC Masjid Alami
ada kenaikan harga skit beberapa jenis menu tertentu...

Cendol Durian & Ais Mangga | MITC Masjid Alami
syuhada order ais jagung. sedap jugak korang. puas hati.

makan...
makan...
makan...
weekend yg menaikkan berat badan 😌 😆😆. tapi ok ok ajer la.
memang tiap bulan lepas dpt gaji, kami suka reward diri dgn makan-makan. kenyang perut, suka hati.
now tgh geram dgn offer pizza hut dan dominos pizza.
asyik la sms saya dgn offer buy 1 pizza, free 1 pizza, large plak tu. hu hu hu menarik!!!
tapi, nafsu tu ditangguhkan dulu... tgk la this coming weekend hi hi hi...

maka, sape yg teringin nak merasa ikan patin masak tempoyak pahang, boleh la singgah restoran ni.
harga pun ok. rasa pun ada... puas hati. bebila nanti, kami nak repeat in shaa Allah.

😄👌

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara

6 comments:
assalamualaikum...

jam menunjukkan jam 2:55 pagi. saya masih lagi perlu berjaga utk tempoh 30 minit.
meroti di malam hari, beginilah kesannya... tido lambat!
menunggu barisan roti batch kedua dibakar dlm oven. mengantuk!!!

sementara tu, muncul la idea blogging jap. mau update kisah weekend ni 😃.
tak ke mana-mana. hanya makan. makan. dan makan...
petang sabtu, kami makan seafood di Umbai. alhamdulillah... lama jugak tak layan menu seafood.

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara
 kami ke sini. da berubah sungguh tempat ni 😃. da di upgrade rupa paras.

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara
terus menuju ke tempat kegemaran. nun di hujung jalan kedainya.
Ikan Bakar Parameswara. terkenal di Melaka. memang tak asing juga lah tempat ni dgn org luar.

kami suka ke Parameswara ni, bukan kerana makanannya sedap sgt ataupun harga makanannya murah.
makanannya sederhana... ada yg tak sedap di tekak saya!
harganya... semakin mahal 😓  😃. tapi tu la, bila da terkenal, harga kena 'ada-ada' la kot kan.
sebab utama kami makan sini sebab dpt dok tepi sungai, dpt view laut dan nampak jelas Pulau Besar.

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara

kami sampai masa tu adalah lebih kurang jam 6:30 ptg.
Parameswara penuh dgn pelanggan yang baru sampai, sedang menjamu selera dan yang da selesai makan.
as usual, mostly table da fully booked. expected! saya memang ada try call to reserve a table.
but tak berjwb pun call saya. maka, pergi saje lah... untung sabut, timbul kan? in shaa Allah...

kebetulan, kami mencari table, ada la satu family baru habis makan. situ la tempat kami, yesssszzaaa tepi sungai 😍. saujana mata memandang...

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara
pertama kali ajak anak-anak dara berjalan di tepi Parameswara...
sebab selalunya dtg sini, malam... tak brape berani 😌.

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara
nun tu ialah Pulau Besar. kalau saya tak silap la...

Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka ::: Parameswara

kalau dtg ke Melaka, jgn la terlupa singgah di sini ye.
selain dari Parameswara, byk lagi kedai ikan bakar di bahagian hadapan.
masih boleh la jalan-jalan kat tepi sungai ni... just jauh skit la dari tempat makan.

gambar makanan saya tak snap la ye. sebab standard la kalau datang sini apa makanannya kan hi hi hi...
kami order siakap masak stim, kupang rebus, kerang rebus, sotong sambal & kangkung goreng belacan. fresh orange sejug. buah-buahan.
Izzat order secawan air sirap ais... total RM135.10 😊.
sesekali boleh la datang sini bwk anak-anak. kalau selalu sangat, akan boring dan bajet pun lari 😄.
alhamdulillah dgn rezeki Allah...

susah nak dpt tempat yang bebetul perfect masak seafood ni. Parameswara ni pun 1-2 lauk yg kami order tak brape la boleh kami makan dgn nyamannya.
kebetulan saya dan mr.asben sehati sejiwa, both of us memang ada elergik tersendiri dgn certain seafood. maka, kalau silap masak, tak kena cara, kami ada efek gatal merenyam tak boleh nak ditahan 😓 hu hu hu.
sib baiklah anak-anak tak mengikut elergik kami ni setakat ni. diorang makan aje apa kami bagi makan.

kebetulan, dlm pada makan-makan tu, siap-siap dah plan dgn mr.asben. next, kalau dipanjangkan umur, nak naik bot ke Pulau Besar.
tak pernah saya ke sana. teringin nak ke sana... in shaa Allah.
byk tempat utk ziarah... lihat tempat org. selama ni asyik dgr cerita aje kan...
pasti best...

ok la. sampai sini aje yg larat saya taip pepagi ni.
mau gi tgk roti dlm oven tu 😊😊... till then, bye for now!

Saturday, January 27, 2018

Cara Membantu Anak Sehingga Dapat Berbakti Kepada Ibu Ayah

3 comments:
assalamualaikum.... salam ptg Sabtu 😃
kongsi skit perkongsian dari grup PASTI Izzat. moga beri manfaat.

Cara Membantu Anak Sehingga Dapat Berbakti Kepada Ibu Ayah

Cara Membantu Anak Sehingga Dapat Berbakti Kepada Ibu Ayah

"Menerima usahanya walaupun kecil, memaafkan kekeliruannya, tidak membebaninya dengan beban yang berat, dan tidak pula memakinya dengan makian yang melukai hatinya."

in shaa Allah 😍