assalamualaikum...

isnin kembali. matahari menyinar terik 😎 cantik cuaca, alhamdulillah.
petang-petang gini, mata pun rasa mengantuk aje hi hi hi... tapi apakan daya, tak boleh nak 😴.
nak keluar jap ke Kampung Jawa, amik langsir yang di hantar alter...
dah le mlm tadi overtime meroti. memang lemah rasa badan... tapi happy la, roti menjadi.

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
hero kepada entri kali ni. yum yum yummy 😋

tapi tu la, nak la bercerita jugak, di peringkat awal mlm tadi, 1st round menguli, doh tak menjadi tau 😲. sedihnya hati!
cecepat berfikir. saya ubah cecepat kemenjadian doh tu. syukur sgt, doh dapat diselamatkan akhirnya. if not, sayang nyer lah 1kg doh. rugi masa... rugi bahan... rugi duit
walaupun makan sendiri-sendiri aje, kejadian mestilah menjadi.
maka, inilah kejadian mlm tadi 👇👇

2 buku roti cheese gula & roti sosej sos mayonis kembar 😃
da tgh mlm, tak daya dah nak memikirkan bentuk apa. belasah ajer la... janji boleh ngap!

kembali kpd tajuk ye. nak dijadikan cerita, semlm tghari kami makan plak di mitc. masih sama dgn tema hari sebelum = seafood.
mencari ikan patin masak tempoyak... restoran ni recommended by ofismet mr.asben.
anak-anak dara saya memang suka makan lauk ni. di Melaka ada servis delivery masakan ni ke rumah.
sebekas RM12, delivery charge RM5. sebekas ada sekeping ikan patin.
tapi, rasanya sekeping takkan cukup utk kami 5 beranak. semua suka makan, kan...
berjumpa lah kedai ni...

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
restoran ni bertempat di mitc melaka. lokasinya sgt mudah.
sebaris dengan rerstoran Naiman 👇👇selang beberapa pintu je.

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
menu restoran ni 👆👆

Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang Di Melaka
ni set berharga RM11.50 😍

alhamdulillah. bolehlah nampak sipi-sipi temerloh tu bila makan kat restoran ni.
not bad. puas hati.
nak ke temerloh, ntahnya bila. dpt yg ni pun memadai...

then bila da kenyang, kami relax meronda mydin pula semlm.
kak Nurin nak beli jajan utk bwk balik asrama. wajib beli kan dia seplastik jajan dah sekarang.
kak Nurin dan dormmates nyer, berpesta makanan lah ye 😃

sebelum balik, haruslah pekena cendol durian masjid MITC. cuaca pun boleh tahan panas semlm.
memang tetap sedap. duriannya berperisa! cendol durian yg marveles.

Cendol Durian & Ais Mangga | MITC Masjid Alami
Izzat tak boleh buka mata, matahari tajam katanya 😄

Cendol Durian & Ais Mangga | MITC Masjid Alami
ada kenaikan harga skit beberapa jenis menu tertentu...

Cendol Durian & Ais Mangga | MITC Masjid Alami
syuhada order ais jagung. sedap jugak korang. puas hati.

makan...
makan...
makan...
weekend yg menaikkan berat badan 😌 😆😆. tapi ok ok ajer la.
memang tiap bulan lepas dpt gaji, kami suka reward diri dgn makan-makan. kenyang perut, suka hati.
now tgh geram dgn offer pizza hut dan dominos pizza.
asyik la sms saya dgn offer buy 1 pizza, free 1 pizza, large plak tu. hu hu hu menarik!!!
tapi, nafsu tu ditangguhkan dulu... tgk la this coming weekend hi hi hi...

maka, sape yg teringin nak merasa ikan patin masak tempoyak pahang, boleh la singgah restoran ni.
harga pun ok. rasa pun ada... puas hati. bebila nanti, kami nak repeat in shaa Allah.

😄👌