Thursday, February 08, 2018

Doodle Art Kami Bersama

assalamualaikum. salam sejahtera korang...

saya dan Izzat tonight tido KL. berdua-duaan.
sebab esok ada apoinmen doktor pakar. moga semua baik-baik aje la esok pagi.
in shaa Allah 😊.

nak share kisah pendek mlm ni. serasa penting utk saya kongsi hasil doodle saya dan kak Nurin yg pertama.
al-kisah. ahad lepas. kak Nurin ada homework seni lukis. buat doodle.
hmmmm as usual...
as always, ibu lah yang sentiasa excited nak tolong kak Nurin present yang terbaik utk keje sekolah.

Doodle Art Kami Bersama
inilah hasil kami. simple. kerjasama ibu dan anak. saya puas hati dgn hasilnya 😍.

sebelum nak mendoodle ni, saya wajiblah refer internet dulu.
apa tu doodle?
camne nak buat doodle?

"Doodle adalah lukisan mudah yang boleh mempunyai makna representasi konkrit atau hanya terdiri daripada garisan rawak dan abstrak, secara amnya tanpa mengangkat peranti lukisan dari kertas, yang dalam hal ini biasanya disebut "scribble"."

sebelum ni, saya syok tgk doodle ni ialah hasil Mummy Julia.
hingga boleh buat bisnes tau. doodle dia memang hidup, cantik, teratur sgt 😍.
and... best sebenarnya buat doodle ni. free utk buat apa aje dlm erti kata yg kita nak.
konsep kita.
idea kita.
ilustrasi kita tersendiri.
meransang minda agar terus berfikir kreatif.
kak Nurin pun terus jadik minat. siap-siap bwk extra plate utk mendoodle kat asrama.

cuba la korang. best.
boleh jadik addicted! 😄

👋

36 comments:

  1. patutlah tersedak ada orang sebut rupanya..hahhaa malu tau titiew..hahah :P

    ReplyDelete
  2. Gud LUck nanti praktis byk2 tau.. pasti akan lebih menarik...

    ReplyDelete
  3. cantik nya Doodle. Sweet jer buat sama- sama dengan anak. Good bonding session pastu boleh rangsang jadi creative :)

    ReplyDelete
  4. Cantik lah kak hasil doodle tu. Kalau ana memang fail teruk sebab dr sekolah dulu tak suka melukis mewarna semua. Subjek seni lah subjek plg susah bg ana.

    ReplyDelete
  5. Nak kena belajar buat ini,sebab suka melukis tapi tak pandai melukis. Tapi nak juga melukis.

    ReplyDelete
  6. wow cantiknya
    mesti dapat full mark
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Ahhaha comelnyaaa...doodle ni pestaim saya dengar dari kawan yg buat bisnes lukis inai.
    Npak senang tapi homaigadddd.

    ReplyDelete
  8. Betul..anak dara SA di Dania pun minat sangat dunia doodle ni..kalau tgok lukisan dia sangat2 hidup..dia pun buat bisness jual hasil doodle pada kawan-kawan..

    ReplyDelete
  9. Itu doodle dekat pinggan kertas ke apa tu? Macam menarik jugak kalau buat doodle kat pinggan kertas banyak-banyak lepastu tampalkan kat bilik atau bilik darjah, jadikan dekorasi.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh... Pandai nya men doodle. Nampak kemas dan cantik. Kira berseni jugaklah tangan tu. Kita ni memang tak reti lah nak buat ☺

    ReplyDelete
  11. Wow! Such a lovely piece of art.. Nice doodling!

    ReplyDelete
  12. Wow cantik tapi tak silap doodle kena banyak watak dan cerita dalam satu lukisan yang boleh dikaitkan tapi ni cukup cantik dan kalau cikgu tengok nanti mesti di tak percaya budak yang buat hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Cantikkkkkkkkk, haaa..dapat markah lebih la ginii....kih3~

    ReplyDelete
  14. Doodle ni mmg comel n lukisan dia hidup kan. Yes ty suk tgok lukisan doodles dari mummy julia tambah pula kt kasut tu.and sorang lagi blogger is Dayang Deno.

    ReplyDelete
  15. Kreatifnya...kalau sis ni harus hancur jadiknya..entah jadi apa2 je nanti..hahaha. Tangan keras susah sikit nak dapatkan hasil seni yg halus sebegini

    ReplyDelete
  16. wow cantiknya doodle art awak.... kita dah lama tak doodling sejak baru baru ni.. rasa macam perlu start balik semula, and boleh rekomen the best ink yang murah dah high quality, mana nak beli ye.

    ReplyDelete
  17. Cantiknya doodle tu. Saya masa kecil kecil dulu memang selalu mendoodle. Tapi bila dah start masuk sekolah, universiti semua, dah lama tinggal.

    ReplyDelete
  18. cantiknya!best tengok orang pandai melukis ni sebab kita tak pandai. haha

    ReplyDelete
  19. Kteatifnya. Ni kerjasama ibu dan anak yg sgt memarik. Blh try jugakla hihi

    ReplyDelete
  20. Untung anak dapat ibu yg rajin... cantik artwork tu mesti pandai melukis ni...

    ReplyDelete
  21. Lawa lukisan doodle tu. Makin ramai yg pandai lukis doodle ni kan.

    ReplyDelete
  22. Rajin dan kreatifnya... Bonde kadang suka juga melukis tapi kena ada mood tenang.. kalau mood kusut tak jadi apa

    ReplyDelete
  23. sweetnya buat sesama.. bonding timee <3

    ReplyDelete
  24. Jelesnya dengan orang kreatif ni. Betul, kalau pandai dan kena caranya, buat doodle pun boleh buat income tau.

    ReplyDelete
  25. Done follow.. Btw kita pun suka doodle, prnah jg brjinak2 buat doodle hihi..tpi blum smpai lagi klu part bisnes ni hihi

    https://sherlyanna97.blogspot.my/2018/02/my-artwork.html

    ReplyDelete
  26. Cantiknya doodle art nie, saya memang tangan tak berseni langsung.. huhu

    ReplyDelete
  27. masyaallah tak sangka kak aida ade bakat

    ReplyDelete
  28. Dulu pernah cuba nak doodle, tapi tidak berbakat

    Bantulah Tarot dalam fundraising ini, Tarot amat menghargainya
    http://tarotthefool.blogspot.my/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete
  29. Cantik hasil doodle tu... Berseni juga Aida yea. Nice work, nice bonding time...

    ReplyDelete
  30. wow..berseni.kalau saya lah anak mntk tolong buat ni mau surrender.hehe

    ReplyDelete
  31. cantik doodlenya. praktis lagi mesti boleh buat lagi cantik

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)